KLUANG: Kementerian Pertahanan kini dalam proses akhir untuk mengeluarkan surat setuju terima berhubung perolehan pesawat peronda maritim (MPA) dan pesawat tanpa pemandu kategori Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aircraft System (MALE-UAS).
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata surat tersebut akan dikeluarkan selepas semua terma dan klausa serta spesifikasi dipersetujui oleh kerajaan dan syarikat berkaitan.
Beliau berkata bagi perolehan MPA dan MALE-UAS, Kementerian Kewangan telahpun memuktamadkan kedua-dua tender tersebut.
"Untuk perolehan dua MPA, kerajaan telah bersetuju dengan tawaran oleh syarikat Leonardo manakala bagi perolehan tiga unit MALE-UAS, kerajaan telah memutuskan untuk berkontrak dengan syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong berkata kedua-dua aset berkenaan antara perolehan aset-aset baharu yang dibuat menerusi perancangan kewangan di bawah Rancangan Malaysia memandangkan peruntukan daripada bajet tahunan terhad dan tidak mencukupi khususnya bagi perolehan aset-aset strategik.
"Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), antara fokus utama ialah melaksanakan perolehan beberapa jenis aset strategik antaranya MPA dan MALE-UAS. Seperti yang saya maklumkan di peringkat awal kepimpinan sebagai Menteri Kanan Pertahanan kali ini, perolehan semua aset strategik ialah berdasarkan spesifikasi dan keperluan pengguna akhir iaitu TUDM termasuklah MPA serta MALE-UAS.
"Perolehan kesemua aset ini telah dilaksanakan secara Tender Terbuka Antarabangsa bagi memastikan perolehan ini dilaksanakan secara telus dan terbuka," katanya.
Pada 13 Sept lepas, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dipetik sebagai berkata pesawat MALE-UAS dijangka tiba pada awal 2025 manakala pesawat pertama MPA dijangka diterima pada 2026.
Hishammuddin berkata bagi meningkatkan keupayaan Tentera Darat Malaysia (TDM), kementeriannya akan melaksanakan perolehan Kenderaan Jenis A 4x4 sebanyak 136 unit dan Kenderaaan Jenis B pelbagai unit dengan nilai perolehan sebanyak RM2.049 bilion.
Berhubung penyelenggaraan aset Angkatan Tentera Malaysia sedia ada, Hishammuddin berkata antara fokus utama ialah penyelenggaraan pesawat F/A-18D bagi TUDM.
"Ini penting bagi memastikan pesawat berkenaan terus berkeupayaan melaksanakan penugasan seiring tuntutan keselamatan semasa. Bagi tujuan ini, kira-kira RM2.4 bilion telah diperuntukkan bagi melaksanakan peningkatan keupayaan sistem pesawat F/A-18D serta F/A-18D Sustainment Programme.
"Kerja-kerja penyelenggaraan pesawat F/A-18D ini turut akan dilaksanakan menerusi kerjasama hasil hubungan erat Malaysia-Amerika Syarikat. Ia telah diperhalusi dan dipersetujui semasa perbualan telefon saya dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Llyod J. Austin III beberapa hari lepas," katanya.
Terdahulu, Hishammuddin menghadiri majlis penutup Karnival Tentera Darat 2022 di Stadium Mini, Taman Sri Lambak, di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2022

Kerajaan memutuskan untuk memberi kontrak kepada syarikat Turkish Aerospace Industries (TAI) bagi perolehan tiga unit MALE-UAS. - Gambar hiasan/ tusas.com
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.
![[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM [KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732850991_KhaledNordinFahmi.jpg)
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
![[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera [KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732438705_pencariantanahruntuh.jpg)
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Mindef pantau secara harian situasi anggota MALBATT di Lubnan - Adly
Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa memantau situasi terkini melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas melaksanakan misi pengaman MALBATT di Lubnan.

Keputusan perolehan Black Hawk tunggu Oktober ini - Khaled Nordin
Perkembangan kontrak sewaan helikopter Black Hawk untuk Tentera Darat Malaysia (TDM) akan diketahui pada Oktober ini.

MINDEF beri masa hingga Oktober ini untuk kontraktor hantar helikopter Black Hawk
Mohamed Khaled berkata sekiranya pihak berkenaan gagal menepati masa yang diberikan, kementerian akan membatalkan kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter itu.

Mindef tidak lantik NGO kutip dana bantu rakyat Palestin - Menteri
Kementerian Pertahanan tidak melantik mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk mengutip dana bagi membantu membiayai kos rawatan rakyat Palestin yang sedang dirawat di dalam negara ketika ini.

Mindef siasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China di perairan Beting Patinggi Ali
Mindef akan menyiasat dakwaan kehadiran kapal Pengawal Pantai China (CCG) di Laut China Selatan khususnya di kawasan sekitar Beting Patinggi Ali, Sarawak.