KUALA LUMPUR: Bapa kepada bayi perempuan berumur 11 bulan yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Kuala Lumpur pada 2 Mei lalu bermimpi orang ramai mengunjungi rumahnya dalam keadaan menangis beberapa hari sebelum kejadian.
BACA: Bayi perempuan 11 bulan maut terjatuh dari tingkat 3
BACA: Bayi maut terjatuh pangsapuri: 'Sentiasa pantau anak' - Ibu
Menurut ibu mangsa, Norasikin Juliar, 37, suaminya bagaimanapun tidak mengetahui punca kunjungan tersebut namun tidak menyangka itu mungkin petanda kehilangan anak mereka.
Katanya, suami, Khairul Faizal Abd Rahim, 37 amat terkesan dengan kehilangan anak bongsu mereka, Nur Aira Batrisya dan masih belum mampu menerima kenyataan tersebut.
“Suami ralat kerana ketika kejadian, dia sedang tidur akibat penat bekerja dan menyalahkan dirinya tidak bermain dengan anak-anaknya,” katanya ketika ditemui media di rumahnya pada Ahad.
Pada 3 Mei lalu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan seorang bayi perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat tiga di PPR Sri Aman.
Beliau berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6 petang dan mangsa ketika itu sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bersebelahan dengan tingkap dalam bilik rumah itu.
Mengulas lanjut ibu kepada tujuh orang anak itu berkata, suaminya belum bersedia untuk berjumpa orang ramai dan hanya pulang pada waktu malam setelah semua orang tidur.
“Kekuatan saya dan dia tidak sama kerana saya pernah melalui pengalaman kehilangan ibu dan nenek.
“Saya juga bersyukur mendapat sokongan daripada adik-adik dan jiran, berbeza dengan suami yang lebih suka berdiam diri.
“Saya berhasrat menghantar suami ke sesi kaunseling untuk memulihkan semangatnya,” katanya.
Norasikin juga merayu masyarakat tidak menghukum anak-anaknya atas kejadian yang menimpa adik bongsu mereka.
“Anak-anak saya sudah cukup terseksa dengan kematian Aira, namun masih ada masyarakat yang menganggap mereka cuai,” ujarnya.
Menurut Norasikin, dia tidak menyalahkan anak-anaknya yang lain kerana kejadian itu adalah ketentuan ALLAH SWT dan mereka sekeluarga hanya memperbanyakkan doa.
“Aira dah seronok berjumpa keluarga dan rakan-rakan di sana. Saya tidak mahu anak-anak rasa bersalah dengan perkara ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, dia turut menerima kunjungan daripada Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dominic Lau Hoe Chai yang menyerahkan sumbangan barangan asas dan bantuan jeriji tingkap.
Dominic meluahkan rasa kecewa selepas mendapat tahu perumahan berkenaan tidak dilengkapi dengan jeriji tingkap.
Artikel asal di Sinar Harian: 'Mimpi ramai orang datang rumah petanda Aira pergi'
Sinar Harian
Sun May 09 2021

Norasikin menangis tidak dapat menahan sedih ketika bercerita mengenai Aira. Gambar kanan: Nur Aira Batrisya. -Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mimpi ramai orang datang rumah petanda Aira pergi - Bapa
Suaminya bagaimanapun tidak mengetahui punca kunjungan tersebut namun tidak menyangka itu mungkin petanda kehilangan anak mereka.