AYER KEROH: Selepas 10 tahun aktif dalam perniagaan pelaburan mata wang asing, impian seorang lelaki yang juga abang kepada pelakon filem Pulau, Ikmal Amry untuk bergelar jutawan terlebur apabila mendakwa keuntungan RM3.7 juta yang sepatutnya diterima telah dimanipulasi.
Mangsa, Mohd Zulhakim Amry Ghazali, 37, berkata, lebih memeritkan apabila usahanya untuk mendapatkan penjelasan daripada ejen syarikat terlibat sejak setahun yang lalu menemui jalan buntu.
Beliau berkata, urus niaga itu bermula apabila dia mula melabur hampir AS$10,000 (RM45,000) pada Mei 2021 sebelum mendapati transaksi dagangan itu berjaya mencapai keuntungan pada AS$800,000.
Namun, dia terkejut apabila usahanya untuk membuat pengeluaran keuntungan berkenaan tidak berjaya.
“Memandangkan pengalaman saya sudah 10 tahun terlibat dalam dunia pelaburan ini, saya memang sudah jangka akan mendapat keuntungan terbesar berjumlah hampir RM3.7 juta.
“Namun apabila saya cuba ‘withdraw’, saya dapati duit keuntungan itu sudah tiada dan lebih mengejutkan rekod transaksi berkenaan juga sudah hilang dan mungkin telah dikeluarkan (wang) lebih awal oleh pihak syarikat,” katanya dalam sidang media, di sini.
Mengulas lanjut, Mohd Zulhakim berkata, dia aktif membuat pelaburan bersama syarikat yang berpangkalan di Johor itu sejak tahun 2018 lagi dan sebelum ini pihaknya tidak mengalami sebarang masalah.
Malahan, dia juga pernah menerima pembayaran keuntungan sekitar AS$100 (RM430) sehingga AS$10,000, (RM43,000) serta membuat pengeluaran keuntungan lebih 10 kali.
“Syarikat itu memang tidak ada masalah menguruskan pembayaran keuntungan sebelum ini, namun, apabila dimanipulasi kali ini saya akhirnya terpaksa mengambil langkah undang-undang dan membuat laporan polis di Kluang, Johor selepas mendapat nasihat daripada rakan dan peguam.
“Syarikat itu masih aktif lagi sehingga kini dan saya cuma tidak mahu ada lagi individu lain yang menerima nasib yang sama seperti saya,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan memberitahu, siasatan lanjut sedang dijalankan.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Feb 07 2023
Mohd Zulhakim Amry Ghazali menunjukkan rekod transaksi pelaburan mata wang asing yang diceburinya sehingga mengakibatkan dia kehilangan keuntungan RM3.7 juta akibat dimanipulasi. - Gambar Astro AWANI
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Remaja 17 tahun antara 77 individu ditahan terlibat sindiket Forex
Tangkapan melibatkan 38 lelaki dan 28 wanita tempatan, selain 11 warga asing termasuk enam wanita.
'Mimpi' jadi jutawan terlebur, abang pelakon dakwa keuntungan RM3.7 juta tidak dibayar
Pelaburan jangka panjang Mohd Zulhakim dalam perniagaan mata wang asing dimanipulasi ejen.