Mimpi ibu yang telah uzur tentang kehadiran ramai orang di kediamannya tidak disangka menjadi petanda kepada pemergian Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Ismail Salam, 52, pagi tadi.
Siti Rohiah Salam yang merupakan kakak sulung Allahyarham Ismail berkata ibunya, Fijon Paidar, yang berumur lebih 80 tahun hanya memberitahunya hari ini tentang mimpi yang dialaminya itu selepas mendengar khabar mengejutkan itu.
"Emak beritahu dia bermimpi ramai orang datang ke rumah ini seperti banyak baju dilihatnya dan seterusnya berjalan keluar melalui pintu rumah, petang semalam.
"Arwah juga pernah berpesan sekiranya dia meninggal dunia, beliau meminta untuk dikebumikan di Kuching ini, bersebelahan kubur bapanya," katanya sewaktu ditemui Bernama di kediaman keluarga arwah di Batu 10, Jalan Matang di sini.
Beliau berkata Ismail yang merupakan anak keenam daripada tujuh beradik begitu komited dengan kariernya, namun akan sentiasa cuba meluangkan masa untuk bersama-sama mereka walaupun dalam waktu terhad.
"Kali terakhir kami berjumpa pada awal tahun lepas dan tahun ini pun arwah tidak dapat balik pada Hari Raya Puasa sebab sibuk dengan tugas baharunya (sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia) di Brunei," katanya.
Ismail disahkan meninggal dunia kira-kira 8.33 pagi tadi selepas dilaporkan pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan.
Allahyarham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Kementerian Luar pada 1992 dan pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian Eropah dari Januari 2018 sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei.
Allahyarham meninggalkan balu Rosita Ismail dan dua anak Nur Hidayah, 23, dan Haziq, 21 yang sedang menuntut di Hungary.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 18 2019

Ismail disahkan meninggal dunia kira-kira 8.33 pagi tadi selepas dilaporkan pengsan di kediamannya di Bandar Seri Begawan. -Foto Bernama

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kesedaran mencarum SKSSR di Kelantan masih rendah - Perkeso
Tahap kesedaran rakyat negeri ini untuk mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) masih lagi rendah, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.

Sasaran tanam semula sawit masih ketinggalan, kerajaan pertingkat usaha - Johari
Kemajuan dalam penanaman semula sawit masih ketinggalan, dengan Malaysia hanya berjaya menanam semula 114,000 hektar atau 2.0 peratus daripada jumlah kawasan bertanam pada 2024.
Tumpuan Rabu – 26 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar adakan kunjungan hormat ke atas Lam, Jose Ramos-Horta di Vietnam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam To Lam di ibu pejabat parti berkenaan.

Ponteng puasa: Terengganu pantau kedai serbaneka, restoran bukan Islam
Kerajaan negeri akan menjalankan pemantauan termasuk di kedai serbaneka dan restoran bukan Islam sepanjang Ramadan ini bagi mengelakkan orang Islam yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.
LKAN 1/2025: Nilai semula kadar elaun Ahli Lembaga, KPI syarikat subsidiari - Penganalisis
Susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff mencadangkan kadar dan kaedah pembayaran elaun ahli Lembaga Pengarah syarikat subsidiari kerajaan dikaji semula. Manakala, Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin cadangkan Indeks Prestasi Utama (KPI) syarikat-syarikat berkenaan ditetapkan dengan mengambil kira aspek manusiawi. #AgendaAWANI

Mimpi ibu tak disangka jadi petanda pemergian Ismail
Fijon Paidar hanya memberitahu tentang mimpi yang dialaminya itu selepas mendengar khabar mengejutkan tentang Allahyarham Ismail.