Gara-gara mengenakan harga RM3.20 bagi segelas minuman 'Milo Ping' pada dua tahun lalu, sebuah premis makanan di negeri ini diheret ke mahkamah untuk dikenakan tindakan undang-undang hari ini.
Timbalan Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah, V Ravichandran berkata, premis terbabit sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, hari ini dan didenda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda tersebut.
Merupakan kes pertama di Malaysia melibatkan pengusaha premis makanan dibawa ke mahkamah, beliau berkata, isu pihak peniaga itu sengaja menaikkan harga minuman Milo Ping atau Milo Ais terbabit adalah berdasarkan laporan orang awam kepada KPDNHEP pada 7 Mac tahun 2016.
Jelasnya lagi, laporan itu seterusnya membawa kepada pengeluaran notis di bawah Seksyen 21(2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, terhadap pemilik premis berkenaan untuk mengemukakan punca kenaikan harga Milo Ais di premis berkenaan.
Namun, kerana gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan kes berkenaan telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
"Kes ini merupakan kes pertama di Malaysia yang melalui perbicaraan penuh dan setelah menjalani perbicaraan hari ini, tertuduh telah dijatuhkan hukuman denda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.
"Pemilik premis itu telah dipertuduhkan di Mahkamah Sesyen pada 24 Oktober 2016 atas kesalahan di bawah Seksyen 21(5) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kerana gagal mematuhi arahan melalui notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 21 (2) Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk melengkapkan maklumat dan mengemukakan resit jualan bulan Januari 2015 hingga Mac 2016,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Pejabat KPNDHEP, hari ini.
Menurut Ravichandran, kes itu wajar dijadikan iktibar oleh peniaga bagi mengelakkan tindakan serupa dikenakan dan jika KPDNHEP mengeluarkan notis, peniaga perlu mengemukakan dokumen yang diperlukan atau jika gagal kes berkenaan akan dibawa ke mahkamah.
Tambah beliau, orang ramai juga diseru agar membuat aduan kepada pihak KPDNHEP sekiranya meragui harga yang dikenakan oleh peniaga.
Ruzaini Zulkepli
Fri Sep 07 2018
!['Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah 'Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453734246_MiloAis.jpg)
Isu pihak peniaga itu sengaja menaikkan harga minuman Milo Ping atau Milo Ais terbabit adalah berdasarkan laporan orang awam kepada KPDNHEP pada 7 Mac tahun 2016.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.
![Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740032529_HusseinOmarKhan.jpg)
Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
![Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740133923_PolistumpasSindik.jpg)
Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.
![Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740134070_cabul.jpg)
Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.
!['Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga' 'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740133599_tercekikgulagula.jpg)
'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
![Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711809618_makanancolekpopula.jpg)
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
![Dakwaan culas bayar bil: Pelanggan diminta hubungi restoran, selesaikan masalah Dakwaan culas bayar bil: Pelanggan diminta hubungi restoran, selesaikan masalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693634159_restoran.jpg)
Dakwaan culas bayar bil: Pelanggan diminta hubungi restoran, selesaikan masalah
Dalam hantaran terbaharu di Facebook, pihak restoran terbabit sekali lagi tampil bagi menjelaskan situasi yang berlaku ketika itu dengan pelanggan tersebut.
![Kenakan harga mahal ibarat ambil harta manusia secara batil - Mufti Kenakan harga mahal ibarat ambil harta manusia secara batil - Mufti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641994715_WanSalimWanMohdN.jpg)
Kenakan harga mahal ibarat ambil harta manusia secara batil - Mufti
Apa jua tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat dan menafikan rahmat dan kasih sayang antara sesama manusia adalah haram menurut hukum syarak.
![Hospital swasta caj pelitup muka mahal dikompaun RM200,000 Hospital swasta caj pelitup muka mahal dikompaun RM200,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61590137359_KPkespenipuan.jpg)
Hospital swasta caj pelitup muka mahal dikompaun RM200,000
Sebuah hospital swasta dikompaun RM200,000 kerana menjual topeng muka tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
![Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' cekik darah! Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' cekik darah!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537369978_MaggiKetam.jpg)
Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' cekik darah!
Sebuah keluarga dari Jitra, Kedah terkejut apabila dikenakan harga -cekik darah- iaitu RM50 bagi semangkuk 'maggi ketam' yang dimakan di sebuah gerai di persisiran Pantai Cahaya Bulan, Jumaat lalu.
!['Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah 'Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61453734246_MiloAis.jpg)
'Milo Ping' dikenakan caj RM3.20, pengusaha restoran diheret ke mahkamah
Kes itu merupakan kes pertama di Malaysia melibatkan pengusaha premis makanan dibawa ke mahkamah.
![Kabinet akan bincang penurunan kadar faedah pinjaman perumahan - TPM Zahid Kabinet akan bincang penurunan kadar faedah pinjaman perumahan - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51511356084_Bajet.jpg)
Kabinet akan bincang penurunan kadar faedah pinjaman perumahan - TPM Zahid
Cadangan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh institusi kewangan akan dibawa ke mesyuarat kabinet akan datang.
![Ikan kembong mahal: Ayam dan ikan kering pilihan utama pembeli Ikan kembong mahal: Ayam dan ikan kering pilihan utama pembeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/61483789720_ikankeringAlorSetar.jpg)
Ikan kembong mahal: Ayam dan ikan kering pilihan utama pembeli
Kenaikan harga ikan kembong sehingga mencecah lebih RM12 sekilogram di sini hari ini menyebabkan ramai pengguna mula beralih kepada ayam, ikan kering dan bahan mentah lain yang lebih murah.