Seorang akauntan warga Pakistan dihukum penjara tujuh tahun lapan bulan dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, bagi kesalahan memiliki pasport dua individu lain dan pelbagai cap palsu milik Jabatan Imigresen Malaysia pada Februari lepas.
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Qayyum, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Melayu.
Warga Pakistan itu dituduh memiliki pasport warga India dan Filipina yang dikeluarkan untuk milik orang lain di sebuah restoran makanan segera di Taman Sri Gombak, Batu Caves, di sini pada 7.30 malam, 19 Feb lepas.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(A) akta sama yang membawa hukuman denda minimum RM10,000 sehingga RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.
Dia juga dituduh memiliki satu cap pas khas Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu cap jata jabatan bahagian penguat kuasa Kuala Lumpur, satu cap pas lawatan sosial, Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar, satu cap keluar Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), satu cap pas lawatan sosial, Pejabat Imigresen KLIA, tiga pelekat pas lawatan kerja sementara (PLKS) dan satu I-Kad atas nama Pinto Riza, yang didapati dipalsukan di tempat, masa dan tarikh sama.
Tuduhan mengikut Seksyen 56 (1A)(a) Akta Imigresen 1959/63 dibaca bersama Seksyen 55D akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM30,000 dan penjara maksimum 10 tahun serta sebatan tidak lebih daripada enam kali, jika sabit kesalahan.
Bapa kepada dua cahaya mata itu dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda RM50,000 bagi pertuduhan di bawah Akta Pasport dan penjara lapan bulan lagi jika gagal membayar denda itu dan bagi pertuduhan di bawah Akta Imigresen, dia dihukum penjara tujuh tahun dan tiga sebatan.
Minggu lepas, Abdullah melalui peguamnya telah menghantar representasi ke Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengurangkan 11 pertuduhan yang dihadapinya pada awalnya kepada dua pertuduhan iaitu satu pertuduhan di bawah Akta Pasport dan satu pertuduhan mengikut Akta Imigresen.
Terdahulu sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Wan Mohd Norisham berkata tertuduh bernasib baik kerana representasinya untuk mengurangkan pertuduhan daripada 11 kepada dua pertuduhan dibenarkan.
"Ini merupakan kesalahan serius. Dalam kes ini tertuduh mempunyai cap imigresen yang telah dipalsukan, tertuduh telah merampas hak 16,000 pegawai Imigresen untuk menjalankan tugas," katanya.
Pegawai Pendakwa daripada Jabatan Imigresen, Mohd Khairul Amri Mohd Zainuddin memohon hukuman setimpal atas alasan ini merupakan kesalahan berat bagaimanapun, Abdullah yang diwakili peguam Edwin Navis memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah insaf selain menyesal akan perbuatannya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 10 2018
Abdullah Qayyum dihukum penjara tujuh tahun lapan bulan dan tiga sebatan bagi kesalahan memiliki pasport dua individu lain dan pelbagai cap palsu milik Jabatan Imigresen Malaysia pada Februari lepas. --fotoBERNAMA
CNN rancang berhentikan ratusan pekerja, beralih ke operasi digital
CNN turut merancang untuk memindahkan beberapa rancangannya dari Washington dan New York ke Atlanta bagi mengurangkan kos operasi produksi.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Miliki cap palsu imigresen: Akauntan warga Pakistan dipenjara, sebatan
Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdullah Qayyum, 26, selepas dia mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Melayu.