PASIR MAS: "Meskipun pernah ditawarkan RM20,000 oleh seorang pembeli beberapa tahun lalu, saya tidak sanggup menjual kerana percaya nilai khazanah ini lebih tinggi," kata Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki satu nashkah akhbar The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.
Beliau yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal di sini menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, yang bertajuk "THIS IS IT!".
"Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua ibu bapa, selepas banjir besar 2014 lalu.
Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaan negara, iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaan," katanya yang mempunyai lapan orang anak berusia antara dua hingga 15 tahun.
Jelasnya, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai khazanah simpanan arwah bapanya ini, kerana tidak pernah diberitahu atau melihatnya.
Katanya arwah bapanya Ismail Salleh, yang meninggal dunia pada 1998 hanya seorang peniaga kedai runcit, manakala ibunya Saodah Omar pula baru meninggal dunia tahun lalu.
Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.
Mohd Tarmizi berkata, dia percaya naskhah akhbar yang dimilikinya itu mempunyai nilai yang tinggi dan tidak ramai yang memilikinya.
"Beberapa hari lagi akhbar ini akan berusia 64 tahun, iaitu satu tempoh yang lama apatah lagi kandungannya adalah mengenai catatan sejarah kemerdekaan negara.
"Memiliki khazanah sebegini adalah satu 'anugerah' tidak ternilai bagi saya, dan berharap dapat dijaga dengan sempurna," katanya.
Ditanya adakah khazanah itu akan dijual, Mohd Tarmizi berkata perkara itu boleh dibincangkan sekiranya harga yang ditawarkan, mencapai standard nilai barangan.
Katanya, dulu ada seorang lelaki yang datang melihat naskhah terbabit dimilikinya itu dan mengatakan ia adalah 'palsu', tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya.
"Bagi saya nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah saya.
"Saya kini sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyimpannya, bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan," katanya yang bekerja sendiri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 30 2021
Mohd Tarmizi Ismail, 45, menunjukkan akhbar The Sunday Times yang diterbitkan pada 1 September 1957 yang menyiarkan tentang pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang dimilikinya. - Bernama
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Google guna rekaan Doodle Merdeka lebih kurang sama sejak 2021
Pada tahun ini, apabila anda klik pada logo Google Malaysia, ia akan turut membawa kepada halaman carian yang dilengkapi dengan animasi letusan mercun.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Pengiktirafan global terhadap Palestin yang merdeka penting demi kestabilan serantau
Penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara berdasarkan sempadan 1967 adalah penting.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Polis cari waris mayat lelaki ditemui di Sungai Merchong
Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui tanpa identiti oleh nelayan di Sungai Merchong, Nenasi di Pekan, pada 19 Ogos lalu.
Agong, PM hadir sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya
Sambutan dimulakan dengan persembahan lagu tema Hari Kebangsaan 2023 daripada Kementerian Pendidikan melibatkan 1,500 murid.
Konsep Malaysia MADANI satukan rakyat, hargai makna Merdeka
Dalam Konsep Malaysia MADANI, perpaduan merupakan kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan.
Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dilancar hari ini
Seawal jam 6 pagi, ribuan peserta 6,600 Langkah Perpaduan mula memenuhi venue bagi menyertai program yang dirasmikan pada jam 7.30 pagi.
Kerajaan Perpaduan berjaya kembalikan wajah sebenar Malaysia - AMK
Kerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah manifestasi cita-cita bapa-bapa kemerdekaan yang sebenarnya dan telah berjaya mengembalikan wajah sebenar Malaysia.