"Bila saya jumpa dia, saya nak tendang punggungnya."
Itu kata-kata gurauan yang diluahkan Asan Ahmad yang masih ternanti serta merindui detik bersama sepupunya ketua pramugara pesawat MH370, Andrew Nari.
Namun begitu, riak kesedihan jelas terpancar di wajahnya, tidak dapat diselindung hatta dengan kata-kata mahupun gurauan mesra.
Andrew, 49 tahun, antara yang hilang tanpa berita bersama pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014.
Bagi Asan, Andrew ialah sepupunya yang cukup rapat. Kedua-dua mereka membesar di bawah jagaan nenek mereka di Sarawak.
Sejak zaman kanak-kanak hingga ke usia remaja, mereka melakukan apa sahaja dan segalanya bersama. Mereka cuma berpisah untuk menjalani kehidupan masing-masing apabila sudah mengorak ke alam bekerjaya.
Andrew menjadi pramugara manakala Asan menceburi bidang kewartawanan.
Walaupun masing-masing terikat dengan jadual kerja yang sibuk, Asan dan Andrew bersetuju untuk berjumpa sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Kali akhir Asan bertemu Andrew adalah pada tahun 2013 apabila seorang ibu saudara mereka meninggal dunia.
Mereka sempat menghabiskan masa selama seminggu sebelum kedua-duanya kembali memenuhi tuntutan tugas.
Seminggu sebelum Andrew ditugaskan dalam penerbangan ke Beijing, beliau ada menghubungi Hassan untuk memberitahu yang dia mahu bertemu sejurus pulang ke tanah air nanti.
Menurut Hassan, Andrew selalunya ditugaskan untuk penerbangan ke Eropah. Maka, agak berlainan sedikit kali itu apabila sepupunya memberitahu yang dia perlu terbang ke Beijing.
"Ada sesuatu yang dia hendak bincangkan dengan saya, katanya. Ini amat menyedihkan saya kerana saya kini tidak akan dapat tahu apa yang dia hendak kongsi dengan saya, atau adakah saya akan dapat melihatnya lagi," ujar Asan kepada Astro AWANI.
Asan memberitahu, ketika dia mendapat khabar tentang MH370 pada 8 Mac tersebut, hari sudahpun lewat.
Dia bergegas ke rumah sepupunya untuk menemui isteri Andrew, Melani Antonio, dan ibunya, Catherine Tamoh.
Pada hari berkenaan, rumah Andrew dilimpahi dengan kehadiran anggota keluarga dan teman-teman terdekat, ujarnya.
Lazimnya suasana bersama anggota keluarga Nari memang meriah dengan gelak ketawa dan gurau senda.
Namun pada hari berkenaan, senyap sunyi menyelubungi mereka.
Semua orang tidak mampu berkata apa-apa, hanya sesekali kedengaran tangisan teresak-esak anggota keluarga perempuan yang tidak mampu menahan air mata.
Ujar Asan, apa yang mereka mahukan sekarang hanyalah khabar berita terbaharu yang sahih, ataupun lebih baik daripada itu, bukti.
Bukti bahawa pesawat tersebut benar-benar terhempas atau bukti bahawa ada nyawa yang sudah menjadi korban; juga bukti berlaku kemalangan.
Apa-apa sahaja yang boleh membuatkan pengisytiharan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dapat dihadam dalam benak fikiran waris dan keluarga mangsa.
Mengubat hati
Setahun berlalu, misi pencarian masih diteruskan.
Pada 1 Mac 2015, Australia mengumumkan kerjasama dengan Malaysia dan Indonesia dalam membangunkan sistem yang melanjutkan sela masa untuk mengesan jejak pesawat yang melintasi kawasan laut terpencil.
Sistem itu membolehkan pihak berkuasa bertindak sekiranya berlaku situasi yang tidak normal.
Walaupun sistem tersebut adalah yang 'pertama seumpamanya di dunia', namun ia bukanlah penyelesaian hebat. Ia hanya membantu memperbaik kaedah pengesanan yang digunakan sekarang ini.
Bagi keluarga mangsa MH370, segala usaha yang dilakukan kini tidak membawa sebarang makna melainkan sekelumit rasa tenang.
Masih ramai yang sedang sedang cuba menerima kejutan pengumuman DCA yang mengisytihar MH370 sebagai satu 'kemalangan' dan semua yang berada dalam pesawat dianggap telah terkorban.
Salah seorang yang berasa demikian ialah Grace Subathirai, 27, yang kehilangan ibunya, Anne Daisy, 56, dalam pesawat malang itu.
"Pengumuman tersebut datang entah dari mana. Mereka baru sahaja mengatakan bahawa pesawat dilencongkan ke suatu arah dan tiba-tiba mereka berikan pengumuman mengarut ini," ujar Grace yang bapanya, V.P.R. Nathan, 58, kebetulan merupakan bekas petugas DCA di bahagian pengurusan trafik udara.
Anne Daisy sering mengunjungi Beijing untuk bersama suaminya yang ditugaskan di sana. Pada tarikh 8 Mac, Grace yang sedang berada di England menerima panggilan telefon sewaktu di universiti tempat dia menuntut.
Dia menjangkakan panggilan itu adalah daripada ibunya yang mahu mengatakan bahawa sudah selamat tiba di Beijing. Namun, di hujung talian adalah suara bapanya yang meminta dia mendapatkan pesawat untuk segera pulang ke tanah air.
“Penerbangan pulang selama 15 jam itu adalah yang paling lama dan menyesakkan dada sepanjang hidup saya," ujar Grace menjelaskan emosinya ketika itu kepada Astro AWANI.
Grace dan Nathan telah pergi ke lapangan terbang dan seterusnya ke hotel iaitu tempat keluarga mangsa MH370 berkumpul. Mereka di situ selama lima minit sebelum kemudiannya mengambil keputusan untuk menunggu di rumah berikutan keadaan yang sangat sesak.
Baginya, internet menawarkan lebih banyak maklumat berbanding sumber rasmi.
Mereka terus menunggu dan menunggu sehinggalah sebuah pengumuman dibuat.
Mendengarkannya, Grace, bersama bapa dan adiknya, Azelia Shalini, 22, rasa luluh dan kecewa.
"Cara mereka menyampaikan pengumuman... Saya tidak tahu, mungkin mereka seharusnya boleh menyampaikan pengumuman tersebut dengan cara lebih terhormat? Mungkin?" kata Grace.
Menoleh ke detik-detik lampau, penuntut jurusan undang-undang itu mengingati ibunya sebagai wanita yang sangat berdedikasi dan telah melakukan segala pengorbanan untuk keluarga.
Walaupun Anne Daisy sudah setahun tidak kembali ke rumah, Grace, Azelia dan bapa mereka tetap merasakan wanita kesayangan itu masih berada di sisi mereka. Bagi keluarga itu, Anne Daisy sedang dalam percutian panjang dan akan kembali apabila tiba masanya.
"Saya tidak sekalipun merasakan bahawa dia telah pergi buat selama-lamanya. Kami menjalani hidup seperti biasa seolah-olah dia akan kembali. Kami tidak mengalihkan satupun barang-barang miliknya. Bagi kami, tiada yang berubah," ujar Grace.
Astro Awani
Sun Mar 08 2015

Andrew (kanan) bersama anaknya Maira Elizabeth. Bagi Asan, Andrew ialah sepupunya yang cukup rapat. -Gambar fail
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Siar karikatur tragedi MH370, majalah Perancis tidak beretika
Tindakan majalah Perancis itu menyiarkan karikatur mengenai tragedi itu dengan cara memalukan disifatkan sebagai "bodoh dan menjengkelkan'.

Waris mangsa penerbangan MH370 terkejut dengar pengumuman PM
Selamat Omar terkejut kerana kedudukan flaperon itu dari lokasi sebenar pesawat itu disahkan terhempas tahun lepas adalah terlalu jauh.

MH370: Maira mimpi ayah pulang dalam keadaan kurus kering
Setengah tahun berlalu sejak kehilangan misteri pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang di dalamnya.

"Saya mahu ayah pulang" pohon Maira
Cukup 100 hari kehilangan MH370, ditambah pula dengan sambutan Hari Bapa, Maira Elizabeth Nari hanya mempunyai satu doa dan harapan.

MH370: Kelab Liverpool, peminat beri kata-kata semangat kepada anak ketua pramugara
Anak kepada ketua pramugara pesawat Malaysia Airlines MH370 kongsi bahawa beliau tidak pernah tinggal menyaksikan perlawanan bola melibatkan Liverpool.