Malaysia terus menerima bantuan teknologi dan kepakaran dari negara luar dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.
Dalam sidang media petang tadi, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu sebanyak lima buah kapal telah dikerahkan oleh negara China termasuk beberapa bantuan lain yang telah tiba di pada jam 11 pagi.
Sementara itu, Jepun turut menghantar bantuan iaitu dua buah P3 Orion dalam usaha menjejaki pesawat MH370 di koridor selatan.
“Pagi tadi saya sempat bercakap dengan Pemangku Suruhanjaya Tinggi Britain untuk mengesahkan Perdana Menteri telah bercakap dengan Perdana Menteri Britain di mana MHS Echo telah pun dalam perjalanan menuju ke bahagian selatan Lautan Hindi.
“Pihak British juga akan menyediakan satu senarai kemungkinan aset yang dapat mereka sediakan jika diperlukan. Tambahan daripada bantuan teknikal, mereka juga telah mengesahkan mereka akan menyediakan khidmat pakar serta bantuan penyiasatan,” kata Hishammuddin.
Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan berkata, Perancis turut menawarkan bantuan serta kepakaran individu yang telah mengetuai siasatan mencari pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009.
“Sekitar jam 9.15 malam ini saya akan bercakap dengan Setiausaha Pertahanan AS bagi meminta bantuan dalam usaha pencarian ini termasuk kenderaan kawalan jauh untuk misi pencarian laut dalam,” tambahnya.
Semasa menjawab soalan pemberita di sidang media khas petang tadi yang bertanya jika objek yang dikesan satelit Australia adalah milik MH370, apakah persiapan untuk ahli keluarga mangsa, Hishammuddin berkata, kerajaan telah mula membuat persiapan untuk semua kemungkinan.
Menurutnya kerajaan akan terus memberi maklumat yang diterima daripada mana-mana pihak kepada pihak keluarga secepat mungkin.
Walaubagaimanapun, Hishammuddin tidak menjawab soalan pemberita yang bertanya jika objek tersebut tiada kaitan dengan MH370 adakah kerajaan akan memperluaskan pencarian ke koridor utara.
Dalam sidang media yang sama, Hishammuddin turut memberitahu bahawa penumpang etnik Uyghur berusia 35 tahun yang sebelum ini disiasat telah disahkan oleh Polis Ukrain bahawa siasatan ke atas latar belakangnya tiada kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah mahupun keganasan.
Arfa Yunus
Fri Mar 21 2014
Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.56 mata kepada 1,598.76 daripada 1,596.20 pada Isnin.
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Sabah peruntuk RM70 juta kepada badan keagamaan bukan Islam
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM13.25 juta berbanding tahun ini iaitu RM56.75 juta.
Banjir: MAIWP diminta salur bantuan secepat mungkin - Mohd Na'im
Datuk Mohd Na'im Mokhtar meminta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) segera menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri-negeri yang terjejas.
Kerajaan kaji bantuan bersesuaian ringan beban petani terjejas banjir
Kerajaan komited untuk mengkaji jenis bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban petani yang terkesan akibat banjir.
CIMB, Maybank, Affin Bank tawar bantuan kepada pelanggan terjejas banjir
Tiga syarikat perbankan umum program bantuan banjir untuk membantu individu dan perusahaan yang terjejas akibat banjir.
Pakistan zahir hasrat hantar sumbangan banjir kepada Malaysia - PM
Menerusi perbualan telefon mereka petang Sabtu, Shehbaz turut menyatakan simpati kepada Malaysia susulan musibah tersebut.
MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam di Malaysia untuk segera menunaikan zakat bagi membolehkan bantuan berterusan disalurkan kepada golongan memerlukan.
Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas
17 maut dalam nahas bas di timur Brazil
Bas mmebawa 40 penumpang itu dilaporkan hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam gaung di kawasan pergunungan daerah Uniao dos Palmares.
Bantuan kepada rakyat Palestin cedera diteruskan, mekanisme berubah - PM Anwar
Beliau bagaimanapun berkata mekanisme penyaluran bantuan berkenaan akan diteliti, bagi memastikan ia lebih efektif dan berkesan.