Pasukan penyiasat Belanda yang mengetuai misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 mengetengahkan satu teori alternatif pada Khamis, yang menyatakan kemungkinan pencariannya selama ini di kawasan yang salah.
Agensi berita Reuters melaporkan, Pengarah Projek Fugro Paul Kennedy berkata, mereka percaya penerbangan pesawat yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi pada dua tahun lalu itu mungkin dapat meluncur lebih jauh berbanding teori ia menjunam pada saat-saat akhir.
Ia sekali gus membuka satu lagi persoalan mengenai ketepatan zon pencarian yang selama ini dilakukan.
“Jika ia tidak (ditemui) di situ, ia bermakna berada di kawasan lain,” ujar Kennedy.
Kawasan pencarian yang dibuat selama ini ditentukan pada 2014. Ia melibatkan kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan lautan Hindi di perairan barat Australlia. Lokasi tersebut ditetapkan berdasarkan kepada kapasiti bahan bakar pesawat Boeing 777 itu.
Namun Kennedy mengandaikan, jika juruterbang masih cuba mengawal pesawat itu pada detik-detik terakhir, ia mungkin dapat meluncurkan pesawat itu lantas bergerak lebih jauh daripada kawasan pencarian, walaupun dalam keadaan kehabisan bahan bakar.
“Jika ia dapat dikendali secara manual, ia boleh meluncur jauh. Lebih jauh daripada kawasan pencarian,” kata Kennedy yang menambah, juruterbang yang berpengalaman boleh meluncurkan pesawat itu kira-kira 193 kilometer dari altitudnya selepas kehabisan bahan bakar.
Sebelum ini, pasukan penyiasat berpegang kepada teori bahawa jika pesawat itu kehabisan bahan bakar, ia mungkin menjunam terus ke laut.
“Jika anda kehilangan semua kuasa, mod auto pilot tidak berfungsi. Jika tiada siapa sedang mengawalnya secara manual, pesawat akan jatuh menjunam,” kata laporan yang memetik kata kapten yang berpengalaman menerbangkan Boeing 777.
Fugro berkata, pihaknya ’95 peratus yakin’ bahawa pesawat yang hilang itu tidak berada di kawasan pencarian.
Misi pencarian itu sepatutnya berakhir dalam tempoh tiga bulan, dan esok (Jumaat) akan berlangsung mesyuarat antara menteri-menteri pengangkutan dari Malaysia, China dan Australia yang antara lain dijangka membincangkan tentang masa depan dan perancangan mengenai usaha pencarian itu.
Pesawat MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014 sewaktu dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan membawa sejumlah 239 penumpang dan anak kapal.
Astro Awani
Thu Jul 21 2016
![MH370: Pasukan pencari akui mungkin misi di kawasan salah selama ini MH370: Pasukan pencari akui mungkin misi di kawasan salah selama ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81469092040_PaulKennedy.jpg)
KENNEDY: Ia mungkin berada di kawasan lain. - Foto YouTube ATSBinfo
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![MH370: Pasukan pencari akui mungkin misi di kawasan salah selama ini MH370: Pasukan pencari akui mungkin misi di kawasan salah selama ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81469092040_PaulKennedy.jpg)
MH370: Pasukan pencari akui mungkin misi di kawasan salah selama ini
Pengarah Projek Fugro berkata, pesawat MH370 mungkin meluncur lebih jauh jika ia dikawal secara manual oleh juruterbang, walaupun ketika kehabisan bahan bakar.
![MH370: Usaha mencari dijangka disambung semula bergantung kepada cuaca - JACC MH370: Usaha mencari dijangka disambung semula bergantung kepada cuaca - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71453692337_Fugro.jpg)
MH370: Usaha mencari dijangka disambung semula bergantung kepada cuaca - JACC
JACC berkata Fugro Discovery yang meninggalkan Pelabuhan Fremantle selepas pemeriksaan rapi akan menyertai Fugro Equator dan Havila Harmony di kawasan pencarian.
![Usaha pencarian MH370 di dasar laut dijangka selesai Jun 2016 - JACC Usaha pencarian MH370 di dasar laut dijangka selesai Jun 2016 - JACC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51445507826_MHImage.jpg)
Usaha pencarian MH370 di dasar laut dijangka selesai Jun 2016 - JACC
Usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 di dasar laut di Lautan Hindi dijangka selesai sekitar Jun 2016, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).
![Cuaca mencabar menunggu kapal Fugro dalam mencari MH370 Cuaca mencabar menunggu kapal Fugro dalam mencari MH370](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61440602216_MHfugrodiscov.jpg)
Cuaca mencabar menunggu kapal Fugro dalam mencari MH370
Menurut pusat itu, usaha mencari Penerbangan MH370 akan diteruskan hingga ke musim sejuk, walaupun mungkin dihentikan sekali sekala.