Analisis baru yang dikeluarkan penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan firma satelit Britain, INMARSAT mengatakan bahawa penerbangan pesawat MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.
Titik akhir hasil siasatan INMARSAT ini menjadi titik mula pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu Lautan Hindi.
Menurut Timbalan Dekan Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik USM, Prof. Madya Dr. Mohd Rizal Arshad berdasarkan data-data yang dikeluarkan satelit INMARSAT, pihak Search And Rescue (SAR) tiada pilihan lain melainkan memulakan pencarian di dasar laut Lautan Hindi.
“Berita baik dalam misi pencarian di dasar laut ini ialah permukaan dasar Lautan Hindi lebih rata dan visual yang dihasilkan akan lebih jelas” Kata Mohd Rizal ketika menjadi tetamu Buletin AWANI Khas pada Selasa.
“Kita perlu menggunakan masa yang tinggal ini dengan sebaiknya dalam mengesan kotak hitam dengan menggunakan Pengesan Ping yang boleh mengesan julat bunyi yang besar” jelas Mohd Rizal.
Mohd Rizal turut mengambil contoh pencarian pesawat Air France yang mengambil masa lebih dua tahun, pihak pencari menggunakan tiga Pengesan Ping yang bergerak secara berkumpulan dalam mengesan rangka dan kotak hitam pesawat.
Namun begitu menurut Mohd Rizal, penggunaan Pengesan Ping punya kebaikan dan keburukannya yang perlu diberi perhatian oleh pihak SAR.
“Baiknya ialah, ianya tidak terikat dengan kapal induk dan jika cuaca berubah ia masih boleh meneruskan pencarian, buruknya jika ia terdedah kepada arus yang kuat dari dasar laut dan memungkinkan Pengesan Ping akan hilang dan tidak dapat dikesan lagi.
“Pengesan Ping yang menggunakan kabel pula kebaikannya tidak akan terkesan dengan cuaca di dasar laut namun kapal induk pula akan bermasalah jika ia berdepan dengan cuaca buruk” katanya lagi.
Tambah Mohd Rizal, sekiranya kita menggunakan maklumat objek yang dicerap satelit sebelum ini, ia perlu mengambil kira keadaan cuaca, kadar kekuatan angin dan aliran arus.
Perkara tersebut dapat menganggarkan di mana titik pesawat MH370 jatuh ke atas permukaan laut.
“Walaupun kita ada titik di mana pesawat itu jatuh, ia tak semestinya jatuh di titik tersebut kerana ada risiko di bawa air.
“Oleh sebab itu, kita boleh memanfaatkan hari-hari yang ada untuk mengesan serpihan dan kotak hitam dengan menggunakan tiga fasa” terang Mohd Rizal.
Tiga fasa tersebut adalah dengan menentukan kedudukan sumber ping kotak hitam, mendapat semula serpihan atau kotak hitam dan pmenggunakan banyak Pengesan Ping.
“Apa yang penting adalah pencarian yang optimum” kata Mohd Rizal yang turut merasakan kerjasama dari banyak negara memberi peluang menyingkatkan masa pencarian.
Astro Awani
Tue Mar 25 2014


Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini
Singgahsana Istana Negara hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Malaysia2020: Mandat kini diberikan kepada calon, bukannya parti
Felo Penyelidik Undang-undang dan Perlembagaan, UTM Dr Muhammad Fathi Yusof berkata dalam Akta Pilihan Raya dan Perlembagaan Undang-undang, ia menyebut tentang calon dan bukannya parti.

MH370: Optimumkan pencarian, ketahui kekurangan dan kelebihan yang ada
Titik akhir hasil siasatan INMARSAT menjadi titik mula pencarian pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu Lautan Hindi.