Sebahagian daripada anggota keluarga kepada penumpang MH370 pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang Sabtu lalu telah mula menerima hakikat atas apa jua perkhabaran yang bakal mereka terima mengenai pesawat itu nanti.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Noraini Mohd Hashim, itu adalah sebahagian maklum balas daripada 47 orang kaunselor JKM yang ditempatkan di Everly Hotel di sini.
“Sudah masuk hari keenam… ada keluarga yang mula menerima hakikat apa sahaja perkhabaran yang mereka akan dengar nanti,” kata Noraini.
Difahamkan, seramai 133 orang rakyat negara Malaysia ditempatkan di hotel ini, manakala seramai 24 rakyat China lagi ditempatkan di Cyberview Lodge di Cyberjaya. Pullman hotel turut disediakanuntuk menempatkan ahli keluarga penumpang, namun setakat inibelum menerima sebarang keluarga lagi..
“Ada yang masih mengalami tekanan dan sedih, dan ada juga yang sudah pulang ke rumah kerana mereka rasa mereka perlu bersama anak yang lain di Ipoh,” katanya.
Untuk keluarga yang tinggal di rumah sendiri, Noraini menasihatkan mereka untuk memaklumkan JKM negeri jika memerlukan khidmat kaunselor.
Teoh El Sen
Thu Mar 13 2014
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
MH370: 'Keluarga mula menerima hakikat' - JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat berkata sebahagian daripada keluarga kepada penumpang MH370 telah mula menerima hakikat he atas apa jua perkhabaran yang bakal mereka dengar nanti.