Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara berhubung prosedur untuk mengeluarkan sijil kematian bagi mangsa pesawat MH370.
Ketua Pengarahnya, Datuk Sulaiman Keling berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan secara terperinci terhadap aspek perundangan bagi melicinkan sebarang proses yang perlu jika ada tuntutan melibatkan jabatan berkenaan.
"Kita mempunyai prosedur dan bagi memudahkan anggota keluarga mangsa MH370, kita akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perisytiharan kerajaan Malaysia semalam bahawa penerbangan Malaysia Airlines MH370 merupakan satu kemalangan dan kesemuia 239 penumpang dan anak kapalnya dianggap telah meninggal dunia.
Pesawat Boeing 777-200ER itu, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Beijing pada pukul 12.41 tengah malam, 8 Mac 2014.
Pesawat MAS itu dijadual tiba di ibu negara China itu pada pukul 6.30 pagi, hari yang sama.
Sementara itu, seorang peguam, Shaharudin Ali berkata waris mangsa boleh membuat permohonan mendapatkan perintah mengisytiharkan kematian di Mahkamah Tinggi Sivil sekiranya JPN tidak mengeluarkan sijil kematian.
Beliau berkata mahkamah boleh mengeluarkan perintah tersebut sebagai ganti sijil kematian mengikut Seksyen 108 Akta Keterangan 1950.
"Mahkamah tidak akan mengeluarkan sijil kematian. Mahkamah mengeluarkan perintah isytihar yang sah dan mengikat. Bagi maksud (kes) penumpang dan anak kapal MH370, memadai untuk memohon surat pesaka dan lain-lain dengan melampirkan perintah Mahkamah Tinggi," katanya.
Shaharudin, yang diminta mengulas mengenai hak ahli keluarga untuk mendapatkan status kesemua mangsa, berkata perintah tersebut juga membolehkan ahli keluarga menuntut insurans, harta pusaka dan lain-lain.
Katanya mengikut Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 ada dinyatakan bahawa isu sama ada seseorang itu masih hidup atau telah meninggal dunia, jika ia dibuktikan selama tujuh tahun tidak didengari atau dijumpai hidup oleh orang-orang yang lazimnya boleh mendengar atau berjumpa dengannya dan jika dia hilang selama tujuh tahun berturut-turut, maka boleh diandaikan bahawa individu itu telah meninggal dunia.
"Tetapi ada juga yang menyatakan sekiranya bukti menunjukkan penumpang sesuatu pesawat atau semuanya mati serentak dalam satu nahas yang dahsyat maka tak perlulah tunggu tujuh tahun kerana Seksyen 108 itu hanyalah satu peruntukkan yang menolong mengandaikan kematian.
"Jika kita dapat buktikan yang lain maka mahkamah boleh bertindak atas bukti-bukti yang lebih cepat, yang lebih awal.
"Permohonan spesifik untuk mengisytiharkan seseorang itu mati di bawah Seksyen 108 Akta Keterangan perlu dibuat namun tak boleh andai sebarangan. Ahli keluarga perlu pergi mendapatkan perintah daripada mahkamah," katanya.
Beliau berkata bagi mereka yang telah diisytihar mati oleh mahkamah, JPN tidak akan mengeluarkan sijil kematian tetapi mereka akan merekodkan perintah hakim dalam sistem komputer JPN.
Selain itu, peguam Datuk Mohd Haziq Pillay, yang turut dihubungi, berkata status kehilangan nyawa telah melayakkan ahli keluarga membawa isu kematian mangsa ke mahkamah jika JPN tidak mengeluarkan sijil kematian.
Katanya mahkamah boleh mengeluarkan perintah mengikut Seksyen 108 Akta Keterangan 1950.
"Ada kemungkinan JPN tidak akan mengeluarkan sijil kematian kerana mereka mempunyai syarat tertentu dalam hal ini namun mahkamah boleh mengeluarkan satu perintah bahawa individu tersebut tidak boleh dijumpai dan mahkamah akan membuat andaian perihal kematian," katanya.
Mohd Haziq berkata walaupun peruntukkan tersebut meletakkan syarat pembuktian sehingga tujuh tahun namun sekiranya ahli keluarga serta pengumuman kemalangan itu telah dibuat, pihak keluarga boleh membuat permohonan secepat mungkin.
"Kesian pada ahli keluarga. Perlu ada status mengenai mangsa bagi membolehkan mereka menuntut pampasan. Mungkin pihak kerajaan boleh membuat pengisytiharan (mengenai sijil kematian) seperti mana dilakukan oleh Amerika Syarikat apabila berlakunya serangan September 11 bagi memudahkan keluarga mangsa," kata Mohd Haziq.
Mengenai sijil kematian warga asing, Mohd Haziq berkata pada kebiasaannya setiap negara mempunyai peruntukan tersendiri namun jika mereka memerlukan pengesahan daripada kerajaan Malaysia, ahli keluarga terbabit juga boleh membuat permohonan di mahkamah.
Bernama
Fri Jan 30 2015

MH370: JPN bincang dengan Jabatan Peguam Negara isu sijil kematian - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.

Polis terima laporan dakwa terlihat pesawat terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang mendakwa ternampak sebuah pesawat ringan terhempas sebelum terjunam ke dalam laut di Tanjung Bungah.

MAB berjaya ketepikan saman berhubung MH370
Berikutan keputusan itu, MAB kini tidak lagi merupakan defendan dalam saman yang difailkan pada 3 Mac 2016 oleh para waris 32 penumpang.

Tun M percaya kerosakan disengajakan, DCA tidak boleh pastikan dakwaan sabotaj
DCA masih tidak boleh memastikan punca masalah pesawat yang sepatutnya dinaiki Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ke Langkawi pada Jumaat disabotaj atau sebaliknya.

Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Tiada apa yang baharu daripada pertemuan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman dengan pengendali Seabed Constructor di Perth, Australia.

Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
Azharuddin berada di Perth untuk berjumpa pengendali operasi Ocean Infinity (OI) serta dua anggota Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).

Tiada kelulusan DCA bagi aktiviti SeaPlane@Putrajaya - KP
AOC yang dikeluarkan oleh ketua pengarah DCA merupakan syarat bagi mana-mana operasi pesawat melibatkan pengangkutan penumpang bagi sewaan atau ganjaran.

Bukan semua dron perlu kelulusan DCA
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memperjelaskan bahawa bukan semua dron atau kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) perlu mendapatkan kelulusan jabatan itu sebelum ia diterbangkan.

Pesawat ringan terhempas tidak dapat kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di Sungai Mati di sempadan Melaka dan Johor tidak mendapat kebenaran untuk terbang daripada DCA.

Pesawat terhempas di Sungai Rambai tiada kebenaran terbang - Polis
Pesawat ringan GT500 yang terhempas ke dalam sungai di Sungai Rambai, Melaka pagi semalam tidak mendapat kebenaran terbang dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).