Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mendedahkan log data permainan pada simulator penerbangan milik juruterbang pesawat MH370 yang hilang, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dipadamkan sebelum penerbangan ke Beijing.
Khalid berkata beberapa pakar forensik dari Cyber Security, Malaysia Airlines (MAS) dan juga pakar dari luar negara sedang berusaha untuk mendapatkan semula log data yang telah padam itu.
"Apa yang dimaksudkan dengan telah dipadam ini adalah data log daripada permainan flight. Data ini telah dipadam pada 3 Februari lalu.
"Simulator ini yang kita ambil itu ada 3 permainan iaitu, Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan Flight Simulator X Light 10.
"Yang penting sekarang ini ahli keluarga juruterbang dan pembantu juruterbang memberi kita kerjasama sepenuhnya. Kami tidak ada masalah untuk dapatkan apa-apa maklumat yang diperlukan," katanya pada sidang media harian mengenai perkembangan terkini usaha mengesan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, di sini, pada Rabu.
Tambah Khalid, siasatan berkaitan simulator itu masih terus dijalankan oleh pakar forensik untuk mencari petunjuk kehilangan pesawat milik MAS itu.
Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.
Ia kemudian dipasang semula di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.
Pada Selasa, akhbar Berita Harian melaporkan landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Zaharie.
Selain lapangan terbang Diego Garcia, hasil siasatan yang diperolehi dari simulator itu juga menunjukkan adanya Lapatan Terbang Antarabangsa Male di Maldives dan tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.
Astro Awani
Wed Mar 19 2014
![MH370: Data simulator sudah dipadam - Tan Sri Khalid Abu Bakar MH370: Data simulator sudah dipadam - Tan Sri Khalid Abu Bakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61367708986_295x200.jpg)
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
Gara-gara mabuk, rakan serumah tikam lelaki 11 tikaman
Seorang lelaki cedera ditikam dengan 11 tikaman orang rakan serumahnya yang mabuk di Desa mentara, Sungai Way Petaling Jaya pada Rabu.
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Kematian 27 anjing liar dalam tempoh tiga hari dipercayai diracun di sekitar kawasan sebuah pangsapuri di Tanjong Bungah, George Town awal bulan ini mungkin dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan pertambahan populasi haiwan tersebut di situ.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![21 hari hilang ketika cari belitung, anak masih harap ayah ditemui 21 hari hilang ketika cari belitung, anak masih harap ayah ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720609517_TBSiputBelitung.jpg)
21 hari hilang ketika cari belitung, anak masih harap ayah ditemui
Mohamad Noor Azlan Yahya, 28, berkata beliau serta ahli keluarga lain mencari Yahya dari hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
![Pemilik burung kakak tua tawar ganjaran RM6,000 Pemilik burung kakak tua tawar ganjaran RM6,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718683063_TBKAKAKTUA.jpg)
Pemilik burung kakak tua tawar ganjaran RM6,000
Seorang pemilik burung menawarkan ganjaran RM6,000 kepada mana-mana individu yang menemui burung kakak tua miliknya selepas hilang sejak enam hari lalu.
![Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718556694_TBbotkaram.jpg)
Dua hilang, tiga selamat insiden bot karam di Belaga
Dua penumpang hilang manakala tiga lagi terselamat dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Sungai Rajang, Belaga, petang tadi.
![Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000 Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686051132_HawariHashim.jpg)
Usaha kesan Hawari diteruskan dengan ganjaran AS$5,000
Ganjaran itu akan diberikan kepada sherpa atau individu khususnya yang berada di Everest pada musim mendaki tahun ini.
![Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714626823_mayat.jpg)
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
![Kanak-kanak perempuan ditemukan selamat Kanak-kanak perempuan ditemukan selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713053635_kanakkanakditem.jpg)
Kanak-kanak perempuan ditemukan selamat
Mangsa berusia lapan tahun itu didakwa dilarikan sebuah kereta berwarna hitam kira-kira jam 6.30 petang.
![Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711874276_PDRM.jpg)
Warga emas hilang selepas keluar rumah belum dijumpai
Seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang sejak keluar dari rumahnya kira-kira 8 pagi semalam, masih belum dijumpai.
![Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41711922985_menjala.jpg)
Polis kenal pasti identiti lima sekeluarga dihanyut arus deras ketika menjala
Yang masih hilang ialah ibunya yang dikenali sebagai Juliana, 38, dan adik perempuan bongsunya, Riska Amelia, empat tahun.
![Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711024118_TBNURSEHILANG.jpg)
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.
![1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia 1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711383184_TBLandslide.jpg)
1 maut, 9 hilang dalam tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia
Seorang maut manakala sembilan lagi, termasuk kanak-kanak hilang selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di wilayah Jawa Barat Indonesia pada Ahad.