Pengarah Eksekutif Agensi Maklumat Geo dan Pembangunan Teknologi Angkasa Thailand (GISTA), Dr Anond Snidvongs berkata 300 imej baru yang dikesan Thailand baru-baru ini berkemungkinan boleh memberikan sasaran yang lebih jelas kepada usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 melalui udara.
Bagaimanapun kata beliau, penemuan objek menerusi imej-imej tersebut adalah bergantung kepada nasib kerana cuaca di selatan Lautan Hindi tidak begitu baik sejak beberapa hari lepas sehingga menyebabkan operasi pencarian tergendala.
Meskipun begitu, Dr Anond berkata terdapat peluang untuk objek-objek tersebut dikaitkan dengan imej-imej yang dikesan sebelum ini dan juga serpihan pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac itu.
"Ada peluang tetapi ia amat sukar untuk menentukan sama ada ianya objek yang sama atau tidak. Kami harap supaya imej-imej itu dapat diperolehi bukan sahaja dari satelit kami sendiri tetapi satelit lain juga," katanya ketika satu temubual atas talian dalam program Agenda AWANI, pada Khamis.
Imej satelit Thai telah mengesan sebanyak 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika operasi pencarian pesawat MH370, kata seorang pegawai pada Khamis.
Menurut GISTA, objek-objek yang berukuran di antara dua hingga 15 meter itu bertebaran di sekitar 2,700 barat daya Perth.
Anond Snidvongs memberitahu AFP, maklumat-maklumat tersebut telah pun diserahkan kepada Malaysia.
Jelasnya, imej-imej itu telah diambil oleh satu-satunya satelit pemerhati bumi Thailand, Isnin lalu, tetapi memerlukan beberapa hari untuk diproses.
Katanya objek-objek tersebut telah dikesan kira-kira 200 kilometer dari kawasan tumpuan satelit Perancis sebelum ini dalam usaha mereka mencari pesawat tersebut.
Haider Yutim
Thu Mar 27 2014
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
MH370: 300 imej baru dari Thai mungkin mampu beri sasaran lebih jelas kepada SAR
Penemuan objek menerusi imej-imej tersebut adalah bergantung kepada nasib kerana cuaca di selatan Lautan Hindi tidak begitu baik sejak beberapa hari lepas.