Pasukan Siasatan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak dapat memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Donestk, Ukraine berikutan insiden tembak-menembak meriam antara tentera Ukraine dan puak pemisah.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan 21 pegawai itu, yang tiba di Donestk pada Isnin, masih belum dapat memasuki kawasan nahas itu untuk memulakan kerja-kerja penggeledahan bagi mencari bukti nahas.
"Walaupun pasukan PDRM berjaya tiba di kawasan nahas, namun, setakat ini kerja-kerja penggeledahan dan mencari bukti kes masih belum dapat dimulakan kerana kejadian tembak-menembak meriam sedang berlaku antara tentera Ukraine dan puak pemisah,"katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata bagi tujuan keselamatan, puak pemisah tidak membenarkan Pasukan Siasatan Khas PDRM menjalankan kerja-kerja penggeledahan buat masa ini.
"Pasukan Malaysia hanya dapat berlindung di kawasan berhampiran lokasi nahas di sekitar tepi jalan, menunggu sehingga keadaan lebih stabil dan selamat," katanya.
Ahmad Zahid berkata Pasukan PDRM itu memaklumkan bahawa sepanjang perjalanan ke lokasi nahas, mereka dikawal rapi oleh pihak berkuasa.
"Mereka juga mendapati banyak kemusnahan akibat perang di sekeliling kawasan tersebut," katanya.
Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia, pada 17 Julai lepas.
Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - dipercayai ditembak jatuh namun, tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.
Sebanyak 43 warganegara Malaysia adalah antara penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu.
Bernama
Mon Aug 04 2014
PDRM yang diketuai Ketua Polis Negara tidak dapat memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 di Donestk, Ukraine berikutan insiden tembak-menembak meriam antara tentera Ukraine dan puak pemisah.
Jualan penyaman udara naik mendadak di negara Balkan
Menetap di negara sejuk, mereka tidak pernah terfikir memasang penyaman udara di dalam rumah memandangkan musim panas bukanlah setiap hari. Namun, cuaca panas melampau membuatkan mereka bertukar fikiran.
Malaysia kecam sekeras-kerasnya pencerobohan ekstremis Zionis Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh ekstremis Zionis Israel pada 13 Ogos.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Ahli perniagaan diberkas, terlibat dalam aktiviti kumpulan mafia
Seorang ahli perniagaan Itali ditangkap di bandar Natal, Brazil pada selasa.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Giuseppe Bruno kini menghadapi tuduhan termasuk melakukan pemerasan dan pengubahan wang haram dan juga penglibatan bersama kumpulan mafia.
Srettha hormati keputusan mahkamah
Srettha Thavisin menghormati keputusan Mahkamah Perlembagaan Thailand yang memecatnya daripada jawatan Perdana Menteri.
Lahir empat hari lepas, bayi kembar maut angkara serangan rejim Zionis
Kembar lelaki diberikan nama Asser manakala Ayssel pula nama diberi buat kembar perempuan, kedua-duanya lahir pada 10 Ogos lepas.
Lelaki tikam ibu saudara direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu saudaranya di kepala dengan gunting, semalam direman selama tujuh hari hingga 21 Ogos ini.
PN senarai pendek tiga calon, akan diumum selepas PRK Nenggiri
Perikatan Nasional telah menyenarai pendek tiga calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan berlangsung pada 28 September depan.
10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Mayat Muhammad Nidza Afham dibawa ke Hospital Shah Alam
Mayat Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan di Sungai Klang petang tadi dibawa ke Unit Forensik Hospital Shah Alam (HSA) untuk urusan bedah siasat.
MH17: Tembakan meriam halang pasukan PDRM kawasan nahas di Donestk
Pasukan Siasatan Khas Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diketuai Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak dapat memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Donestk.