Penglibatan Malaysia sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama MH17 yang tertumpu kepada siasatan berunsur jenayah dijangka dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata: "Penglibatan kita (Malaysia) dalam siasatan ini amat penting dan saya yakin ia dapat membantu pasukan menemui bukti-bukti yang penting untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan."
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis graduasi Institut Kojadi di Wisma MCA, di sini hari ini.
Liow berkata proses siasatan tragedi itu sedang dijalankan yang Malaysia kini berada bersama-sama Belanda, Australia, Belgium dan Ukraine dalam kumpulan siasatan teknikal dan jenayah Isnin lepas, Jabatan Peguam Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Malaysia diterima sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama yang tertumpu kepada aspek siasatan jenayah susulan nahas tersebut.
Penerimaan negara sebagai anggota penuh dan setaraf dalam pasukan siasatan itu dimaklumkan Pejabat Pendakwa Raya Kebangsaan Belanda melalui surat bertarikh 28 Nov lepas kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Sebagai sebahagian daripada proses siasatan jenayah bersama antarabangsa yang sedang dijalankan, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah belepas ke The Hague pada Rabu untuk menghadiri Mesyuarat Koordinasi Eurojust Ketiga mengenai siasatan jenayah Khamis lepas.
MH17 dipercayai ditembak jatuh di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur yang kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia telah terkorban.
Menyentuh mengenai tindakan ahli keluarga penumpang pesawat yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysia, Liow berkata kerajaan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Walau bagaimanapun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat berkaitan tindakan memfailkan saman oleh pihak tersebut, katanya.
"Saya baru pulang dari Chongqing, China dan belum menerima apa-apa maklumat terperinci berhubung dengan kes (memfailkan saman) ini, tetapi Malaysia sentiasa bersedia menghadapi sebarang dakwaan di Mahkamah.
"Kita tahu dan faham bahawa saman ini adalah hak penumpang dan ahli keluarga yang terlibat dalam nahas dan kita perlu bersedia menghadapi apa kemungkinan sekalipun," katanya
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita Daily Mail United Kingdom pada Rabu yang memetik News.com.au yang mendakwa lapan keluarga mangsa MH17 dari Australia akan menyaman Rusia, Ukraine dan Malaysia berikutan nahas tersebut.
Peguam Jerry Skinner yang mewakili keluarga tersebut daripada New South Wales, Canberra, Victoria, Queensland dan South Australia dipetik sebagai berkata beliau menunggu maklumat lanjut sebelum memfailkan kes di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.
Bernama
Sat Dec 06 2014
Penglibatan Malaysia sebagai anggota penuh Pasukan Siasatan Bersama MH17 dijangka dapat mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab. -Gambar fail
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
Bukan hanya MAS pernah alami gangguan teknikal - Loke
Masalah sama pernah melanda Cathay Pacific, Singapore Airlines dan Thai Airlines namun beliau hairan mengapa hanya isu berkaitan MAS diperbesarkan.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Kes Daim: SPRM panggil Tajudin Ramli, siasat transaksi MAS - Laporan
Tokoh perniagaan, Tan Sri Tajudin Ramli, dilaporkan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung transaksi syarikat penerbangan MAS.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Adakah satu tiket penerbangan hanya boleh digunakan satu telefon bimbit? - Ka Siong
Beliau berkongsi kisah seorang wanita cemas apabila bapanya tidak menaiki pesawat di lapangan terbang itu.