Sarjan Nazri Mod Saad memasang niat mahu memeluk tiga anaknya sebaik sahaja pulang ke rumah hari ini dan bertekad mahu meluangkan lebih banyak masa dengan keluarganya.
Hasrat bertemu anaknya - Khairul Ikhwan, 8: Khairul Ikmal, 6, dan Nur Ellisha Amani, dua bulan - semakin kuat apabila Nazri, 33, mengusung keranda kecil Kaelamayajay Goes, 21 bulan, pada istiadat penghormatan jenazah pesawat MH17 di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.
"Saya teringatkan anak-anak, khususnya yang bongsu (Nur Ellisha Amani) kerana jenazah yang diusung juga kanak-kanak perempuan. Tambahan pula, saya dan isteri Shahrul Azwa Abd Hamid memang menantikan kelahiran anak perempuan selepas mempunyai dua 'hero'," katanya kepada Bernama selepas istiadat itu.
Nazri yang menyertai Angkatan Tentera Malaysia sejak 16 tahun lalu berkata perasan sedih mula dirasai sejak dimaklumkan akan bertugas membawa keranda Kaelamayajay, menyebabkan beliau memilih untuk menatap muka anaknya sebelum keluar bekerja pagi ini.
"Saya jangka tidak akan sedih sangat sebab dah tahu (akan usung keranda kanak-kanak). Tapi bila dalam keadaan sebenar, memang tak boleh nak tahan sedih. Itu anak orang, saya tak boleh bayangkan bagaimana perasaan seorang bapa, jika perlu mengusung jenazah anak sendiri," katanya.
Beliau bagaimanapun bersyukur kerana Kaelamayajay dapat 'terus bersama ibu bapanya' Paul Goes dan Subashni J.Retnam yang turut tiba di kompleks itu pagi ini dengan menaiki pesawat komersial MH19 dari Amsterdam.
"Mereka dapat bersemadi sebagai satu keluarga," katanya serta mendoakan usaha mencari baki mangsa rakyat Malaysia yang masih belum ditemui berjaya.
Bagi Sarjan Paul Anak Christopher, 31, beliau sebak apabila ditugaskan mengusung keranda cilik yang diliputi Jalur Gemilang, ketika kali pertama menyertai istiadat penghormatan itu.
Sebagai bapa kepada dua anak lelaki iaitu Daniel Dickson, 7, dan Dani Dickson, 3, Paul berasa sebak apabila mengenangkan nasib kanak-kanak itu.
"Kita mudah ambil ringan dengan apa yang Tuhan berikan dan apabila berlaku kejadian seperti ini, baharu kita sedar betapa ia bernilai. Saya berdoa supaya saya dapat membesarkan anak dengan baik," katanya.
Kaelamayajay antara 298 penumpang pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak di Wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Bernama
Tue Sep 02 2014
![MH17: Askar sayu usung keranda kanak-kanak mangsa tragedi MH17: Askar sayu usung keranda kanak-kanak mangsa tragedi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/81408797118_295x200.jpg)
Anggota tentera sayu usung keranda kanak-kanak mangsa tragedi. - Gambar fail
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
![Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris? Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41704813566_PearlyTandanThina.jpg)
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
![Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721175184_Pemudaberatkgk.jpg)
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
![Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81709006000_RINGGIT.jpg)
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
![Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719159376_TBKLM.jpg)
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
![Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668692138_JudgeHendrikSteenh.jpg)
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648036783_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641165230_protest.jpg)
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
![Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626876230_Banjir.jpg)
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
![Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17 Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623214179_MALAYSIA.jpg)
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
![Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61625611126_PeterRdeVries.jpg)
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
![Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618030064_UEFAEuroCup.jpg)
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
![Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41608247167_MarkMoogalian.jpg)
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.
![MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/71593835905_MHCOURT.jpg)
MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines
Salah seorang suspek yang didakwa dalam perbicaraan kes tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 menafikan penglibatannya.