KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Feb 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.
Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia Dr Fariza Yunus berkata perubahan cuaca itu berlaku disebabkan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada pertengahan bulan depan hingga Mac 2024.
Semasa tempoh itu, beliau berkata episod hujan lebat diramal berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula November hingga Disember, sebelum beralih ke Johor dan Sarawak pada Disember hingga Januari 2024.
"Hujan lebat yang berterusan boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Risiko banjir juga akan meningkat sekiranya hujan lebat itu berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan luruan ribut," katanya ketika menjadi tetamu jemputan Program Malaysia Petang Ini yang membincangkan "Jangkaan Corak Berisiko Bencana", terbitan Bernama TV hari ini.
Oleh itu, Fariza menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa cakna dengan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia supaya dapat melakukan persiapan termasuk menyimpan dokumen penting di tempat yang tinggi serta berpindah ke tempat selamat apabila diarahkan oleh pihak berkuasa.
"Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pemakluman mengenai permulaan MTL ini akan dikeluarkan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari sebelum ia berlaku.
"Kita mempunyai pelbagai medium (platform) untuk maklumat termasuk melalui laman web MetMalaysia dan televisyen selain menghebahkannya melalui radio bagi memastikan penduduk yang tiada akses Internet turut mendapat maklumat terkini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023
MetMalaysia menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Feb 2024. - Gambar fail/BERNAMA
Azerbaijan konsisten pertahan kepentingan negara Islam - Presiden Aliyev
Azerbaijan sentiasa menjadi anggota dunia Islam yang dihargai dan ia secara konsisten mempertahankan kepentingan negara Islam dalam semua pertubuhan antarabangsa.
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
SPRM: Reman pengurus akaun badan berkanun di Perlis disambung
Reman terhadap seorang pengurus akaun sebuah badan berkanun di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari bermula esok.
Wujud unsur kecuaian pengasuh taska, tinggal bayi tanpa pemantauan - Polis
Terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) berhubung kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan, 3 Jan lepas.
Lelaki nekad buka pintu pesawat selepas bertengkar dengan kekasih
GARA-GARA bertengkar dengan teman wanita, seorang lelaki nekad membuka pintu pesawat yang bersedia untuk berlepas walau cuba dihalang penumpang yang lain.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
Kanak-kanak autistik dilapor hilang, ditemui lemas di Sungai Kedah
Kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun yang dilapor hilang di Taman Tunku Tabor, semalam ditemui lemas di Sungai Kedah, hari ini.
Banjir Kota Tinggi: 10 jalan terputus hubungan
Sebanyak 10 jalan di daerah ini terputus hubungan susulan banjir yang melanda disebabkan hujan lebat sejak pagi Jumaat.
AWANI Ringkas: Sistem kod QR diperluas di lapangan terbang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Minggu penuh bermakna dan produktif buat Malaysia' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tempoh sepanjang minggu ini sebagai penuh bermakna dan produktif buat Malaysia.
Kota Tinggi kembali dilanda banjir, 8 PPS dibuka
Sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kota Tinggi, selepas daerah itu dilanda banjir di beberapa kawasan susulan hujan lebat tanpa henti sejak jam 7 pagi tadi.
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis
Keadaan itu berpunca daripada analisis model ramalan cuaca terkini, yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara.
Beberapa rumah di Kampung Sungai Rokam, Taman Cempaka dinaiki air akibat hujan lebat
Beberapa buah rumah dinaiki air di beberapa kawasan di Kampung Sungai Rokam dan Taman Cempaka di sini akibat hujan lebat lebih sejam, petang tadi.
Ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya dan lapan negeri hingga malam ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta lapan negeri sehingga 9 malam ini.
Amaran hujan berterusan di empat negeri ditamatkan - MetMalaysia
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Jan lepas, kini ditamatkan.
Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga 5 petang ini
Di Perak, ia melibatkan kawasan Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Selangor, ia diramalkan melanda Hulu Selangor, Gombak serta Petaling.
Amaran ribut petir, angin kencang di Sabah, Sarawak dan Labuan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir dengan hujan lebat dan angin kencang di Sabah, Sarawak dan Labuan hingga 12 tengah hari ini.
Terengganu kembali dilanda banjir, dua PPS dibuka
Terengganu kembali dilanda banjir apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Hulu Terengganu pada petang ini.