KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di dua kawasan dan amaran hujan tahap waspada di sembilan kawasan sehingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Rompin, Pahang dan Mersing, Johor.

"Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu serta Kuantan dan Pekan di Pahang," katanya.

Menurut MetMalaysia di Johor, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

-- BERNAMA