Jepun membuktikan pemasangan meter pintar di Negara Matahari Terbit itu berjaya mengubah tabiat penggunaan elektrik di negara itu.
Sejak diperkenalkan, teknologi itu mendapat sambutan hangat rakyatnya kerana dapat membantu mereka menjadi semakin bijak dalam menggunakan tenaga elektrik secara efisien.
Syarikat utiliti Jepun, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) bertanggungjawab melaksanakan pemasangan meter pintar berkenaan.
Menjelang 2020, TEPCO mensasarkan untuk menambah pemasangan 29 juta unit meter pintar lagi menjelang 2020 berbanding 17 juta unit sekarang.
"Kami berhasrat untuk memasang kira-kira 29 juta meter pintar menjelang 2020,” kata Naib Presiden Eksekutif TEPCO, Dr Hiroshi Okamoto pada sidang akhbar selepas menjadi ahli panel pada sesi bertajuk Pendigitalan Industri Pembekalan Elektrik (ESI) dan Revolusi Perusahaan 4.0 di Persidangan CEPSI 2018, di KLCC pada Rabu.
Jelas Dr Okamoto, keupayaan meter pintar memberikan maklumat mengenai jumlah penggunaan elektrik pada setiap setengah jam, membolehkan pengguna merancang dan mengubah tabiat penggunaan elektrik mengikut keperluan masing-masing.
Menurutnya, setakat ini tidak timbul kebimbangan terhadap kesan gelombang dan frekuensi radio daripada meter pintar yang dipasang di premis pengguna di negara itu.
Ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan pemasangan 310,000 unit meter pintar di Melaka secara berperingkat-peringkat mengikut daerah sejak Januari lalu, sebelum meluaskannya kepada 8.8 juta pengguna di seluruh Semenanjung.
Pemasangan meter pintar adalah cara terbaik untuk pengguna mendapatkan maklumat tepat mengenai penggunaan elektrik mereka.
Jumlah meter pintar yang dipasang di seluruh dunia dijangka meningkat dalam masa terdekat.
Astro Awani
Thu Sep 20 2018
Syarikat utiliti Jepun, Tokyo Electric Power Company (TEPCO) bertanggungjawab melaksanakan pemasangan meter pintar ini. - Foto: TNB
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
MMA jumpa Dr Dzulkefly untuk perbincangan
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan pegawai kementerian bagi membincangkan isu berkaitan petugas penjagaan kesihatan dan penjagaan kesihatan awam.
Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha
Namun begitu, perlu ada penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati kemudahan asas ini dengan lebih baik.
Penggunaan tenaga secara cekap kurangkan pembebasan gas rumah hijau - SEDA
Amalan penggunaan tenaga dengan cekap adalah paling utama untuk memastikan kelestarian alam.
Hanya empat hospital beroperasi pada tahap minimum di utara Gaza - WHO
Hospital Al-Ahli Arab kini beroperasi separuh daripada perkhidmatan sebelumnya berikutan kekurangan bahan api, kakitangan dan bekalan.
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun ini - PM Anwar
Subsidi dikeluarkan kerajaan untuk rakyat di seluruh negara termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelaksanaan subsidi bersasar dorong pengguna beralih kepada tenaga suria
Seorang pengguna berkata bahawa dengan penggunaan tenaga suria, bil elektrik bukan lagi satu isu buatnya.
SESB berusaha bersama semua pihak selesai masalah elektrik Sabah - Pengerusi
Masalah bekalan eletrik di Sabah sangat besar dan mencabar, dan penyelesaiannya terletak di bahu banyak pihak.
Kelulusan dua RUU inisiatif terbaik atasi krisis elektrik di Sabah
Dengan perkembangan itu, kuasa kawal selia bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu diserahkan kepada Sabah.
DUN Sabah: Enakmen bekalan tenaga elektrik dibentang sebelum hujung tahun ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Enakmen bekalan tenaga elektrik di Sabah akan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum hujung tahun ini.
Cuaca panas: Catuan bekalan elektrik di Sabah akibat permintaan tinggi
Catuan bekalan elektrik yang dilaksanakan di beberapa daerah secara bergilir-gilir bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri.
Polis rampas 36 mesin bitcoin, premis buat sambungan elektrik haram
Polis menyerbu sebuah premis di sekitar Sitiawan dekat sini semalam yang disyaki membuat penyambungan haram bekalan elektrik dan menjalankan aktiviti perlombongan mesin bitcoin.