Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini selepas pelantikan enam anggota baharu termasuk pengerusinya.
Mesyuarat yang diadakan di Bilik Jawatankuasa 2, Bangunan Parlimen dipengerusikan oleh pengerusinya yang baharu iaitu Anggota Parlimen Rompin, Datuk Hasan Ariffin, yang dilantik memegang jawatan itu berkuatkuasa 19 Oktober lepas.
Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri susulan rombakan Kabinet pada Julai.
Selain Hasan, anggota PAC yang baharu dilantik ialah Anggota Parlimen Putatan, Datuk Dr Marcus Mojigoh dari BN dan Anggota Parlimen Kota Baharu, Datuk Takiyuddin Hassan dari PAS.
Turut dilantik Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN-Langkawi) dan Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah) yang masing-masing menggantikan Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Timbalan Menteri Luar) dan Datuk Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan).
PAC kini mempunyai 14 anggota termasuk masih mengekalkan keanggotaan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) walaupun banyak kritikan dan desakan supaya beliau digugurkan daripada PAC susulan kenyataannya terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selain didakwa mendedahkan dokumen siasatan PAC mengenai syarikat itu.
Bagaimanapun, Hasan ketika ditemui media di lobi Parlimen sebelum mesyuarat bermula enggan mendedahkan perkara yang bakal dibincangkan pada mesyuarat pagi ini.
Akhbar hari ini melaporkan PAC akan menyatakan pendiriannya berhubung debat antara Tony Pua dan Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda berhubung syarikat itu.
Bernama
Mon Nov 02 2015
![Mesyuarat pertama PAC hari ini selepas pelatikan anggota baharu Mesyuarat pertama PAC hari ini selepas pelatikan anggota baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445581899_HasanArifinChairm.jpg)
Hassan Ariffin menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri susulan rombakan Kabinet pada Julai. - Gambar fail
!['Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso 'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723710107_TBFAhmi.jpg)
'Stringer' raih banyak faedah sekiranya mencarum dengan Perkeso
Pengamal media sambilan yang mencarum dengan Perkeso akan dilindungi dan menerima banyak faedah sekiranya berlaku kemalangan ketika menjalankan tugas.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723712785_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
![Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723712690_kemalangantrelerP.jpg)
Pemandu maut lori terbalik, kesesakan 2 jam di Lebuhraya PLUS Ipoh-Kuala Kangsar
Seorang pemandu lori maut manakala kelindan cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 257 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat sini, petang ini.
RADIO 360: Integrasi teknologi kumpul maklumat pendengar, data lebih komprehensif
RADIO 360 Malaysia merentasi 11 stesen radio Astro yang boleh diakses di aplikasi SYOK termasuk Era, Sinar, Gegar, Hitz, Mix, My dan Raaga.
![Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723706908_TBFaisalHalim.jpg)
Tindakan Faisal Halim undang rasa sebak penyokong bola sepak
Tindakan bintang Selangor FC, Faisal Halim yang bertemu pemain Sabah FC ketika perlawanan Liga Super minggu ke-9 mengundang rasa sebak.
![KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723712231_LotusKPDNKBBM.jpg)
KPDN fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke empat negara - Armizan
KPDN menyasarkan penembusan produk buatan Malaysia di pasaran antarabangsa dengan kerjasama beberapa rangkaian pasar raya besar luar negara.
Ekonomi Gig: Persediaan awal belia ke arah pekerjaan stabil
Menurut Pensyarah, Asia Pacific University (Apu), Dr Nor Azrul Mohd Zin, platform ini memberi peluang kepada belia untuk menimba ilmu, mempelajari pelbagai kemahiran dan memperoleh pendapatan sementara menunggu peluang pekerjaan yang lebih stabil.
URA: Akta Pembangunan Semula Bandar ganggu hak pemilik rumah - Pakar
Kerajaan tidak sewajarnya meneruskan penggubalan Akta Pembangunan Semula (Urban Development Act, URA) yang menghilangkan hak pemilik rumah.
Kolaborasi MAPIM, ZUS mahu wujudkan jenama susah senang Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM Malaysia, Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata kolaborasi MAPIM dan ZUS Coffee merupakan kolaborasi yang unik antara syarikat kopi buatan Malaysia itu untuk menjadi jenama susah senang Malaysia.
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
Selain daripada memberi tumpuan kepada Gaza, perbincangan MAPIM dan ZUS juga melihat kepada peluang memberi perkhidmatan dan manfaat dalam negara seperti mangsa banjir, asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan.
#AWANInews
[TERKINI] Pemain bola sepak bawa kerambit suspek kes baling bom petrol
Polis sahkan pemain bola sepak amatur yang ditahan kerana membawa disyaki kerambit merupakan suspek kes membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, pada Mei lalu.
![Mesyuarat pertama PAC hari ini selepas pelatikan anggota baharu Mesyuarat pertama PAC hari ini selepas pelatikan anggota baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445581899_HasanArifinChairm.jpg)
Mesyuarat pertama PAC hari ini selepas pelatikan anggota baharu
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini selepas pelantikan enam anggota baharu termasuk pengerusinya.