KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan dalam membatalkan Ordinan Darurat yang didakwa tidak mengikut prosedur sepatutnya diibaratkan umpama tindakan 'pasar malam'.

Tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pembatalan itu sewajarnya dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan diperkenankan sebelum diumumkan.

"Terkait keperluan memaklumkan bukan dengan pengumuman begitu, pengerusi (Speaker) sedia maklum proses Parlimen. Dia (Menteri) tidak boleh isytiharkan hari ini darurat dan kemudian kata kita dah batalkan, ini pasar malam ke? Tidak boleh.

"Saya hendak lihat kertas pembentangan kelulusan. Kalau ini tidak dilakukan, dan ini dianggap suara Ketua Pembangkang, ini sudah silap besar," katanya pada sidang Mesyuarat Khas Parlimen hari ini.

IKUTI SISI TV PARLIMEN DI SINI 

BACA LAPOR LANGSUNG SIDANG MESYUARAT KHAS PARLIMEN DI SINI 



6 Ordinan Darurat telah dibatalkan berkuat kuasa 21 Julai 2021

Malah jelas Anwar, pembatalan Ordinan Darurat juga sepatutnya mengikut Artikel 150(3) Perlembagaan Persekutuan dan perlu dibahaskan di Parlimen.


Batal Ordinan Darurat tanpa prosedur ibarat 'pasar malam', - Anwar

"Pada pemikiran saya, melihat kepada sidang hari ini dengan pengumuman dibuat akan mempertajamkan krisis Perlembagaan yang kita hadapi.

"PM dan Menteri harus bertanggungjawab kerana mengemukakan satu usul melibatkan satu kuasa yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan 103 peruntukan ini mengenepikan Institusi Raja dari segi mempersembahkan dan mendapat perkenan terlebih dahulu," tegasnya lagi.


Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan  dalam sidang Mesyuarat Khas Parlimen memaklumkan bahawa enam Ordinan Darurat yang diisytiharkan pada tahun ini telah dibatalkan pada 21 Julai lalu.

Kenyataan beliau itu bagaimanapun mengejutkan ahli Parlimen susulan tiada pengumuman awal dibuat sebelum ini.