JOHOR BAHRU: Parti Amanah Johor akan mengadakan mesyuarat khas sebelum 10 Ogos ini untuk menamakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor Aminolhuda Hassan berkata pengurusan Amanah negeri telah mengadakan mesyuarat sebelum ini dan meminta pimpinan Pulai dan Bakri untuk mengemukakan senarai calon mereka.
"Senarai nama calon akan dihantar kepada Amanah Nasional selepas itu. Keutamaan adalah calon pemimpin Johor dan mestilah daripada kalangan pimpinan yang terbaik di peringkat kawasan atau negeri.
"Selain itu, mestilah berintegriti, mudah didekati oleh rakyat dan berjiwa rakyat serta mampu meneruskan agenda Rahmah peninggalan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Aminolhuda yang juga Pengerusi Amanah Johor berkata beliau yakin kedua-dua kerusi tersebut kekal milik parti itu berdasarkan prestasi baik Salahuddin sebagai wakil rakyat.
"Selain Allahyarham yang sering turun ke lapangan, terdapat kakitangan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram dan Parlimen Pulai yang sangat komited mendekati rakyat serta membantu menyelesaikan masalah rakyat jika ada," tambah Ahli Parlimen Sri Gading itu.
Beliau turut berterima kasih atas sokongan dan dukungan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memberi laluan kepada Amanah kekal bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.
"Dari segi persiapan dan jentera parti, insya-Allah telah siap sedia dan saya yakin kerjasama daripada rakan-rakan Barisan Nasional Johor akan turut serta membantu memastikan kemenangan milik Kerajaan Perpaduan," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal 5 Sept dan hari pengundian pada 9 Sept depan.
PRK bagi kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan ekoran kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Perikatan Nasional (PN) Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata pihaknya telah menyenarai 15 nama calon untuk dikemukakan ke peringkat pusat.
Beliau berkata sembilan nama calon untuk Parlimen Pulai dan enam bagi DUN Simpang Jeram itu akan dibawa ke mesyuarat PN di Kuala Lumpur minggu depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kepong itu berkata nama-nama tersebut adalah hasil mesyuarat yang diadakan Bersatu, PAS dan Gerakan di Pagoh, petang semalam.
"Bagi PRK kali ini, kita menyenaraikan calon yang berusia bawah 50 tahun dan terdiri daripada anak tempatan agar mudah untuk mereka menjalankan tanggungjawab masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023

Aminolhuda yakin kedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan kekal milik Amanah berdasarkan prestasi baik Salahuddin sebagai wakil rakyat. - Gambar fail

Remaja ditahan bakar gerabak kereta api di Yogyakarta
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jakarta yang disyaki membakar tiga gerabak kereta api di landasan Stesen Tugu, Yogyakarta.

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya.
Pemandu maut kemalangan dua kereta di Setiu
Kemalangan tragis di Kilometer 48 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu melibatkan dua kereta Proton Wira menyebabkan seorang pemandu maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

Muhammad Irfan capai misi, rangkul perak di Australia
Muhammad Irfan melakukan catatan 60.00 meter (m) sekali gus mencapai misi diletakkannya sebelum bertanding pada saingan itu.

Herry akui misi Seluruh England 2025 gagal
Herry yang baharu memulakan tugas secara rasmi bulan lepas, mengakui keputusan mengecewakan itu antara pencapaian buruk sepanjang kariernya.

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs
Katanya, walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga main peranan penting sebagai suri rumah.

Paus Francis sambut ulang tahun ke-12 sebagai ketua Vatican di hospital
Paus dimasukkan ke Hospital Gemelli selama 28 hari selepas mengalami jangkitan pernafasan pada Februari sebelum disahkan menghidap radang paru-paru.

Ismail Sabri keluar dari SPRM, hampir empat jam beri keterangan
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keterangan selama hampir empat jam di ibu pejabat SPRM, bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram.
AWANI Ringkas: Isu lulus kewarganegaraan kepada rakyat China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sosial media: Albania mula haramkan TikTok
Pengguna TikTok di Albania kini menghadapi kesukaran mengakses aplikasi popular itu selepas kerajaan melaksanakan larangan selama setahun bermula Khamis.

Suhaizan selesai angkat sumpah jawatan Ahli Parlimen Pulai
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Zulkifli umum awal mahu tanding jawatan Ketua Bahagian Pulai
Menurut Zulkifli, biarpun belum diumumkan secara rasmi, pihaknya sudah pun melakukan persiapan menjelang pemilihan berkenaan.

PRK Pulai: 35 tahun anyam 'bakul rotan gajah' di JARO
Kalau pertama kali jejak kaki di JARO, sudah tentu anda akan terpukau dengan sentuhan 'magis' produk kraf tangan yang dihasilkan oleh golongan orang kurang upaya (OKU).

PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
Dalam tempoh akhir, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.

PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

PRK Pulai: 90 peratus keluar undi awal - SPR
Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan memaklumkan peratusan tersebut melibatkan seramai 831 daripada 927 pegawai dan anggota.

PRK: 'Kes Ahmad Zahid berita baik untuk saya' - Calon PN Pulai
Beliau menambah, PN mempunyai jentera gerak kerja yang tersusun dalam mendekati semua lapisan masyarakat.

PRK Pulai: 28 laporan diterima, empat kertas siasatan dibuka - KP Johor
Daripada jumlah tersebut, dua kertas siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman melibatkan Muhyiddin.

PRK Pulai: SPR sasar 99 peratus keluar undi awal - Abdul Ghani
Jangkaan dibuat berdasarkan trend keluar mengundi yang menggalakkan pada sebelah pagi di dua Pusat Mengundi Awal hari ini.

PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.