MOSCOW: Merriam-Webster pada Isnin memilih perkataan 'vaksin' sebagai perkataan pilihan tahun ini, lapor Sputnik.
Menurut syarikat kamus Amerika Syarikat itu, 'vaksin' mengatasi perkataan 'pandemik' yang terpilih sebagai perkataan pilihan pada 2020.
Orang ramai mencari maksud perkataan vaksin sebanyak 601 peratus lebih kerap berbanding 2020.
Bagaimanapun minat terhadap perkataan itu semakin meningkat sejak permulaan pandemik COVID-19. Pencarian perkataan itu melonjak sebanyak 535 peratus pada Ogos ketika kerajaan Amerika membahaskan kelulusan vaksin serta kadar vaksinasi dan kadar pencarian maksud berkenaan kekal stabil sehingga lewat musim luruh.
Merriam-Webster turut mengemas kini definisi perkataan bagi memberikan takrifan nuansa yang lebih menyeluruh dan kini menghambarkan penggunaan mRNA (molekul asid ribonukleik) dalam pengeluaran vaksin.
Pada Oktober, The Oxford English Dictionary memilih perkataan "vax" sebagai perkataan tahun ini.
Perkataan vaksin dan terbitannya, berasal daripada perkataan Latin 'vacca' yang bererti lembu kerana penyakit cacar lembu (cowpox), digunakan untuk memberikan imunisasi kepada manusia daripada penyakit cacar (smallpox).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 29 2021
Menurut syarikat kamus Amerika Syarikat itu, 'vaksin' mengatasi perkataan 'pandemik' yang terpilih sebagai perkataan pilihan pada 2020. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Merriam-Webster isytihar vaksin sebagai perkataan tahun 2021
Merriam-Webster pada Isnin memilih perkataan 'vaksin' sebagai perkataan pilihan tahun ini, lapor Sputnik.