Empat pelajar sekolah menengah dikompaun oleh anggota penguatkuasaan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang kerana kesalahan merokok di kawasan larangan merokok bersebelahan sebuah stesen minyak di sini, hari ini.
Ketua Cawangan Inspektorat Dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Ong Ang Guan berkata, keempat-empat pelajar itu ditahan ketika masih memakai uniform sekolah.
"Mereka ditangkap atas kesalahan memiliki bahan tembakau iaitu kotak rokok dan rokok di dalam poket uniform yang dipakai dan berikutan itu kami keluarkan empat kompaun bernilai RM50 setiap satu," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata jika keempat-empat pelajar itu tidak membayar kompaun, mereka akan dihadapkan ke mahkamah yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kami juga turut mengeluarkan satu notis kompaun kepada penjual yang menjual rokok kepada pelajar di bawah umur di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, Ong berkata dalam operasi hari ini, pihaknya turut memeriksa 25 kedai iaitu tujuh restoran dan 18 gerai di bawah Akta Makanan 1983 dan hasil pemeriksaan itu mendapati dua restoran dan sebuah gerai beroperasi dalam keadaan tidak bersih.
"Arahan penutupan selama 14 hari bermula hari ini telah dikeluarkan bagi pengusaha terbabit menjalankan kerja-kerja pembersihan," katanya.
Beliau berkata sejumlah 38 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya pengendali makanan tidak menerima suntikan tifoid dan tidak ada latihan kursus pengendalian makanan seperti yang ditetapkan.
"Ada juga pengendali makanan didapati tidak memakai apron, topi serta memakai cincin mahupun gelang. Kesemua kesalahan ini adalah di bawah Akta Makanan 1983," katanya dan menambah keseluruhan kompaun bernilai RM16,150. -- Bernama
Bernama
Mon Oct 29 2018
Keempat-empat pelajar itu ditahan bersebelahan sebuah stesen minyak ketika masih memakai uniform sekolah. - Gambar hiasan
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
Pengunjung diminta patuh peraturan keselamatan sepanjang GP Malaysia 2023
Pengunjung perlumbaan GP Malaysia 2023 di SIC yang akan berlangsung esok hingga Ahad ini dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak polis dan penganjur acara berkenaan.
Merokok di kawasan larangan, 4 pelajar sekolah dikompaun
Keempat-empat pelajar itu ditahan bersebelahan sebuah stesen minyak ketika masih memakai uniform sekolah.
30 persatuan perubatan sokong larangan merokok di tempat makan
Terdapat juga pihak yang menyatakan bahawa tindakan kerajaan adalah sedikit radikal dan kurang sesuai untuk dilaksanakan kerana orang awam harus diberikan hak bersama dalam isu ini.