ISKANDAR PUTERI: "Mereka boleh penjarakan kami, tetapi mereka tidak boleh kurung akal dan jiwa kami, malah janji Allah tentang kemenangan kepada mereka yang sabar menguatkan lagi semangat kami ketika di penjara."
Demikian luahan seorang wanita Palestin, Samar Sbeih, 39, ketika berkongsi pengalaman pahit berada di dalam penjara rejim Israel sekitar 2005.
Ibu kepada tiga orang anak itu, berkata dia merupakan seorang aktivis yang menentang kekejaman Israel dan telah ditahan tanpa alasan kukuh.
"Mereka menahan saya yang ketika itu baru sebulan mengandung anak sulung dan saya dikurung dalam penjara bawah tanah yang tiada cahaya matahari boleh menembusinya.
"Saya juga dinafikan makanan dan ubat-ubatan untuk menjaga kandungan," katanya ketika ditemui selepas majlis minum petang bertemakan 'What's Behind the Caged Eyes' anjuran MyCARE Johor, di sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu Pengurus MyCARE Johor Rozi Abdul Ghani dan Pengurus Besar Econsave Mas Imran Adam.
Di penjara, Samar berkata dia turut menyaksikan kekejaman Israel terhadap rakan Palestin yang lain termasuk ke atas wanita dan remaja.
"Terlalu banyak kekejaman zionis sehingga tidak cukup sehari kalau mahu diceritakan satu persatu," katanya yang bersalin dalam keadaan kaki dan tangannya turut diikat.
Samar turut diberi jolokan "ibu kepada tahanan paling muda" kerana selepas bersalin bayi lelakinya turut ditahan dan mereka hanya dibebaskan tiga tahun selepas itu.
"Selepas keluar dari penjara, saya dan anak mengambil masa untuk kembali kepada masyarakat akibat trauma dikurung dalam penjara bawah tanah terlalu lama.
"Alhamdulillah, atas bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan, saya kembali aktif dan dapat bercerita kisah kekejaman Israel agar mereka di luar sana tahu mengenainya," katanya dalam Bahasa Arab, yang diterjemahkan oleh sukarelawan MyCARE Johor Nurhanis Abdul Halim.
Samar berkata anak sulungnya itu kini berusia 16 tahun dan telah berjaya menghafaz al-Quran, selain dua lagi anaknya yang merupakan pasangan kembar lelaki dan perempuan berusia 13 tahun.
Sementara itu, aktivis Palestin Abeer Z Barakat berkata antara masalah utama dihadapi wanita Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel ialah kesan psikologi.
"Kebanyakan wanita yang berdepan kekejaman Israel tidak mempunyai ruang untuk meluahkan perasaan, sebaliknya hanya memendamkannya sehingga kadangkala membawa kepada pelbagai masalah lain di Gaza. Jadi, kita cuba bantu mereka," katanya yang setakat ini telah membantu kira-kira 250 wanita Palestin.
Setakat April lepas, seramai 4,450 rakyat Palestin berada di penjara rejim zionis termasuk 160 kanak-kanak dan 32 wanita, dengan 549 daripada keseluruhan tahanan terbabit menjalani hukuman penjara seumur hidup manakala 499 individu sudah lebih 20 tahun dikurung dan dipenjarakan tanpa kesalahan yang jelas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 18 2023
![Mereka tidak boleh penjarakan akal dan jiwa kami - Bekas tahanan Israel Mereka tidak boleh penjarakan akal dan jiwa kami - Bekas tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676695906_TBSamarSbeih.jpg)
Samar Sbeih, 39, berkongsi pengalaman pahitnya ketika berada di dalam penjara rejim Israel sekitar 2005. - Bernama
KDN haramkan tiga buku
KDN mewartakan perintah larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 dan 22 Januari, tiga tajuk buku iaitu "My Shadow Is Purple, Koleksi Puisi Masturbasi dan All That's Left In The World.
KPM tidak pernah benarkan syarikat swasta, perunding kewangan buat aktiviti di sekolah: Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat swasta atau perunding kewangan untuk menjalankan aktiviti dalam kawasan sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Keputusan tidak teruskan garis panduan hadiri rumah ibadat bukan Islam tepat - GRS
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai dalam kenyataan pada Jumaat
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
Sarawak tidak perlu garis panduan agama - SUPP
Menyifatkan Sarawak sebagai negeri “sekular”, Setiausaha Agung SUPP, Sebastian Ting, berkata mereka mendapati garis panduan yang dicadangkan itu “tidak perlu dan keterlaluan”.
Garis panduan lawat rumah ibadat bukan Islam ikut negeri
Garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam yang telah diguna pakai di setiap negeri sudah memadai untuk dijadikan rujukan.
![Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738997770_civilianscampMun.jpg)
Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo
Pegawai tertinggi dari negara-negara Afrika Timur dan Selatan menggesa gencatan senjata segera di Republik Demoktratik Congo.
Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Penggunaan uniform celoreng Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi peserta program latihan khidmat negara (PLKN) 3.0 tidak seharusnya menjadi isu hangat atau berbangkit.
67 pelatih siri pertama berlatih menembak senjata ringan
Seramai 67 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama 2025 menjalani latihan menembak senjata ringan di Lapang Sasar Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi pada Sabtu.
Mereka, yang menyertai program itu secara sukarela, terdiri daripada 40 lelaki dan 27 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan 10 jurulatih daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ikuti laporan penuh oleh wartawan Faida Rahim dan jurukamera Abdul Wafi Norazmi di lokasi.
Mereka, yang menyertai program itu secara sukarela, terdiri daripada 40 lelaki dan 27 perempuan ini memulakan sesi latihan pada 9 pagi dengan pantauan 10 jurulatih daripada Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Ikuti laporan penuh oleh wartawan Faida Rahim dan jurukamera Abdul Wafi Norazmi di lokasi.
![Sekatan terhadap ICC khianati sistem keadilan antarabangsa - Amnesty International Sekatan terhadap ICC khianati sistem keadilan antarabangsa - Amnesty International](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738991063_TrumpNetanyahu.jpg)
Sekatan terhadap ICC khianati sistem keadilan antarabangsa - Amnesty International
Setiausaha Agung Amnesty International Agnes Callamard mengecam perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenakan sekatan terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
![TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738996904_RamananRamakrishnan.jpg)
TEKUN RM100 juta: Selepas 14 hari dilancarkan, 143 usahawan India terima RM3.6 juta - Ramanan
Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, jumlah tersebut telah disalurkan kepada usahawan yang memohon dana TEKUN Nasional.
![Mereka tidak boleh penjarakan akal dan jiwa kami - Bekas tahanan Israel Mereka tidak boleh penjarakan akal dan jiwa kami - Bekas tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676695906_TBSamarSbeih.jpg)
Mereka tidak boleh penjarakan akal dan jiwa kami - Bekas tahanan Israel
"Mereka menahan saya yang ketika itu baru sebulan mengandung anak sulung dan saya dikurung dalam penjara bawah tanah."