JOHOR BAHRU: Polis merampas 427 kotak mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM854,000 dalam satu serbuan di sebuah gudang di kawasan perindustrian Taman Scientex Senai di Kulai, Ahad lepas.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata serbuan pada 5.30 petang dilakukan menerusi Op Taring Landai oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan hasil pemeriksaan mendapati gudang berkenaan dijadikan tempat penyimpanan pelbagai jenis mercun dan bunga api tidak berlesen.
"Kejayaan rampasan ini hasil intipan Unit Risik Marin (URM) selama seminggu, mercun serta bunga api itu dipercayai untuk dijual bagi sambutan Aidiladha. Pelbagai barangan lain turut disimpan di gudang berkenaan bagi mengaburi kegiatan sindiket," katanya pada sidang media di Markas PPM Wilayah Dua di sini hari ini.
Seorang lelaki tempatan berusia 47 tahun turut ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Kumar berkata URM PPM Wilayah Dua turut merampas 3,000 liter minyak diesel subsidi bernilai RM6,540 hasil pemeriksaan terhadap sebuah lori di sebuah stesen minyak di Tampoi di sini pada 12 tengah malam, semalam.
Beliau berkata sindiket itu menggunakan lori tiga tan dan hasil pemeriksaan menemukan lima tangki yang telah diubah suai untuk menyedut minyak diesel disembunyikan di ruangan belakang lori terbabit.
Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yag merupakan pemandu lori berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 12(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

M. Kumar bersama Komander PPM Wilayah Dua ACP Muhd Zailani Abdullah (dua, kiri) menunjukkan pelbagai jenis mercun pada sidang media di Markas PPM Wilayah Dua, hari ini. - Gambar Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Kumpulan militan serang kereta api di Pakistan, tawan 35 penumpang
104 penumpang telah diselamatkan, 17 yang cedera dibawa ke hospital, manakala 16 militan berjaya dibunuh.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

10 maut, tiga cedera dalam runtuhan bangunan di Mesir
Letupan berlaku di tingkat dua bangunan tiga tingkat di kawasan kerdasa berhampiran piramid Giza.

Rumah terbakar, meletup kena rumah jiran, sekolah
Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang musnah terbakar 60 peratus sebelum satu letupan berlaku dari rumah tersebut.

Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.

Korban letupan gedung beli-belah Taiwan meningkat kepada 5 orang, 13 lagi cedera
Letupan gas di sebuah gedung beli-belah di Taichung, Taiwan, sekitar 11 pagi Khamis mengakibatkan lima maut, manakala 13 lagi cedera.

4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.

Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.