KUALA LUMPUR: Proses pengadilan Datuk Seri Najib Tun Razak telah sampai ke pengakhirannya hari ini, setelah empat tahun proses mahkamah, sembilan orang hakim dan tiga tahap mahkamah.
Jelasnya, mahkamah telah berjaya mempertahankan kewibawaan tanpa campur tangan politik melalui tiga zaman pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, Pakatan Nasional dan Barisan Nasional hari ini.
Masyarakat tidak harus lupa bahawa dengan campur tangan politik, Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu telah cuba menghalang proses keadilan daripada tertegak melalui intitusi kerajaan seperti PDRM, SPRM, Suruhanjaya Siasatan Diraja, Pejabat Peguam Negara dan mengetepikan tiga Ketua Institusi Utama negara iaitu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Gabenor Bank Negara dan Peguam Negara.
Hanya disebabkan perubahan politik yang berlaku pada Mei 2018, pada PRU14 yang telah dipimpin oleh Tun Dr Mahathir ketika itu, kita dapat lihat keputusan hari ini boleh berlaku.
Walaupun masih ada penyokong-penyokong tegar Najib dan UMNO masih mahu menegakkan benang basah dan mengatakan proses mahkamah ini adalah pandakwaan politik terpilih.
Mahkamah telah berjaya menunjukkan dengan bukti demi bukti bahawa penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram telah berlaku.
Kes SRC Najib Tun Razak ini hanyalah salah satu dari banyak lagi kes-kes yang penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pecah amanah yang belum dibongkar, disiasat dan diadili.
Keputusan hari ini juga membuktikan dengan jelas bahawa kepimpinan politik Melayu juga harus melakukan perubahan mendasar.
Politik Melayu hari ini sudah seperti disinonimkan dengan politik rasuah, politik wang dan penyalahgunaan kuasa.
Sehingga hari ini pemimpin-pemimpin politik UMNO masih cuba menegakkan pemimpin yang mereka yang korup dan menyalahgunakan kuasa.
Institusi pilihan raya juga cuba digunakan untuk mengelakkan proses kehakiman dapat berlaku dengan adil dengan mengetepikan kepentingan menjaga kebajikan rakyat dan kemaslahatan negara dengan mempercepatkan pilihan raya.
Ini dibuat demi mengembalikan kuasa politik mereka secara mutlak agar mungkin berlaku campur tangan dalam proses keadilan seperti sebelum ini.
Keputusan hari ini memberi justifikasi kenapa politik Melayu harus diubah secara menyeluruh dan membuktikan kepimpinan politik Melayu mampu menampilkan kepimpinan yang berwibawa yang mampu
menguruskan dan memajukan negara dengan baik dan memberi keadilan kepada semua.
Ini adalah asas kepada penubuhan Gerakan Tanah Air (GTA) untuk memberi tawaran baharu kepada orang Melayu bahawa politik mampu dimurnikan dan kita masih punya kepimpinan politik berwibawa untuk ditawarkan.
Keputusan hari ini seharusnya menjadi peringatan kepada kita bahawa setiap undi yang membawa kepada perubahan politik itu sangat penting, dan tidak sia-sia.
Setiap undi berharga. Setiap undi itu adalah langkah kecil yang menghantar mereka yang menyeleweng dan menjarah harta rakyat ke penjara.
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini harus menjadi peringatan untuk kita terus melakukan kerja-kerja pembetulan demi mengembalikan negara serta etika dan moral rakyatnya ke landasan yang betul.
GTA mengharapkan kejayaan keputusan pengadilan hari ini akan memberi harapan kepada rakyat untuk terus kuat berusaha memperbaikki Malaysia demi menjadi negara yang maju dan bermaruah.
* Artikel ini ditulis oleh Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Nizam Mahshar.
** Penulisan artikel ini merupakan pandangan penulis semata-mata dan tidak mewakili pandangan editorial Astro AWANI.
Kenyataan Media
Tue Aug 23 2022
Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini harus menjadi peringatan untuk kita terus melakukan kerja-kerja pembetulan demi mengembalikan negara serta etika dan moral rakyatnya ke landasan yang betul. - Gambar fail
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
Leading the Way: Malaysia's data centre rise & global impact
Malaysia has been ranked first among regional peers in Southeast Asia in Knight Frank’s SEA-5 Data Centre Opportunity Index for the second consecutive year with an annual take-up of 429 megawatts (MW). In its Data Centre Research Report 2024, the global property consultancy said growth is driven by strategic investments from tech giants like Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google, and Oracle, totalling 23.3 billion USD.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
SIRIM: 50 tahun terajui transformasi teknologi dan inovasi
SIRIM, sejak penubuhannya pada 1975, telah menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi dan penetapan piawaian. Temu bual ekslusif bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, SIRIM, Datuk Indera Ir. Dr Ahmad Sabirin Arshad, FASc berkongsi tentang pencapaian dan rancangan masa depan SIRIM dalam mengukuhkan ekosistem teknologi dan inovasi negara.
[Data & Statistik] Dividen Amanah Saham Bumiputera lebih tinggi?
Kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dijangka lebih tinggi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, agihan dividen antara 5.1 dan 5.2 peratus bagi ASB dilihat agak munasabah berdasarkan iklim pelaburan semasa.
Suami tikam isteri marah tidak dapat pinjam duit
Kejadian tikaman berlaku semasa mangsa sedang memasak di dapur.
Tinjauan 2025: Keyakinan PMKS meningkat, landskap global jadi pemboleh ubah
Landskap geopolitik yang tidak menentu, cabaran harga bahan mentah dan pelbagai lagi menjadi cabaran utama kepada PMKS di negara ini. Bagaimana mereka harus mendepaninya? Ulasan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro, Abd Azharee Abdul Wahid.
Hormati keputusan mahkamah bebas Rosmah - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis.
Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.