Bekas suami seorang pelakon bersama seorang rakannya yang direman empat hari bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan meminta suapan sebanyak RM1 juta, dibebaskan hari ini.
Majistret Muhammad Bukhori Md Raslan membenarkan dua individu itu dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin masing-masing selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meminta lanjutan reman.
Suspek yang tidak bekerja berumur 37 dan 38 tahun direman empat hari bermula Khamis bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Mereka ditahan pada 5.30 petang dan 10.00 malam Rabu di sebuah hotel di ibu negara ketika proses rundingan dan penyerahan bayaran tersebut berlangsung.
Menurut jurucakap SPRM, bekas suami pelakon berumur 38 tahun yang bertindak selaku perantara mendekati mangsa yang juga seorang ahli politik bergelar Datuk bagi menawarkan bantuan menyelesaikan kes rasuah yang didakwa melibatkan individu itu.
Katanya modus operandi lelaki tersebut ialah mengaku mengenali pegawai SPRM yang boleh membawanya berjumpa "pegawai tinggi" suruhanjaya itu dan membantu menyelesaikan kes.
Difahamkan, kedua-dua suspek juga dikatakan turut menggunakan surat rasmi kerajaan yang diperoleh daripada internet bagi meyakinkan mangsa.
Semakan SPRM bagaimanapun mendapati mangsa tidak mempunyai rekod sedang disiasat suruhanjaya itu seperti didakwa suspek.
Sumber berkata mangsa yang curiga mengenai perkara itu membuat laporan kepada SPRM dan berpakat bagi menangkap kedua-dua lelaki tersebut.
"Susulan itu, satu pertemuan diatur antara suspek dan mangsa di sebuah hotel sebelum kami menyerbu dan menahan mereka," katanya.
Beliau berkata sebanyak RM50,000 yang dibayar sebagai wang pendahuluan oleh mangsa turut dirampas selain 2 telefon bimbit serta serta beberapa dokumen berkaitan milik suspek.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 01 2018
![Menyamar pegawai SPRM: Bekas suami seorang pelakon, rakan dibebaskan Menyamar pegawai SPRM: Bekas suami seorang pelakon, rakan dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81527783134_SPRMlogo.jpg)
Menurut sumber, mangsa yang curiga mengenai perkara itu membuat laporan kepada SPRM dan berpakat bagi menangkap kedua-dua lelaki tersebut. - Gambar hiasan
![Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719741220_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
![Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721056502_tbNurFarahKartini.jpg)
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
![Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692355642_DCA.jpg)
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
![Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718952637_MAHB.jpg)
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
![Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668707069_TBjpg.jpg)
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
![Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721182026_tbMOT.jpg)
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721176547_Mbappe.jpg)
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
![Saman Indira Gandhi terhadap KPN, kerajaan ditolak Saman Indira Gandhi terhadap KPN, kerajaan ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Saman Indira Gandhi terhadap KPN, kerajaan ditolak
Mahkamah Tinggi hari ini telah menolak saman RM100 juta seorang guru tadika M. Indira Gandhi terhadap Ketua Polis Negara (KPN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan.
![Jaclyn Victor tumpang gembira bekas suami berkahwin semula Jaclyn Victor tumpang gembira bekas suami berkahwin semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717497694_TBJacclyn.jpg)
Jaclyn Victor tumpang gembira bekas suami berkahwin semula
Penyanyi Jaclyn Victor melahirkan rasa gembira apabila mengetahui bekas suaminya, Shawn Rivera sudah mendirikan rumah tangga April lalu.
![Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703147857_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami
Difahamkan, penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa berusia lingkungan 60-an bergelar Datuk, pada 28 April lalu.
![Bekas suami ditahan berhubung kes bunuh wanita 24 tahun Bekas suami ditahan berhubung kes bunuh wanita 24 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Bekas suami ditahan berhubung kes bunuh wanita 24 tahun
Polis menahan dua lelaki berhubung kes bunuh seorang wanita yang merupakan pembantu kedai berusia 24 tahun di Sibu Jaya di sini semalam.
![Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Kes ESSCOM: Wanita mengaku bunuh bekas suami dengan gunting
Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi Tawau bahawa beliau telah menikam bekas suaminya, Nurman Bakaratu dengan gunting selepas berlaku pertengkaran antara mereka.
![Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654687914_domesticviolence.jpg)
Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang
Suspek yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai akauntan telah memarahi pengadu berkaitan hutang berjumlah RM87,000.
![Wanita anak tiga maut ditikam bekas suami Wanita anak tiga maut ditikam bekas suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688273743_tikam.jpg)
Wanita anak tiga maut ditikam bekas suami
Cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita maut ditikam bekas suaminya dalam satu kejadian di Taman Desa Darulnaim, Kubang Kerian.
![Suri rumah didakwa pukul, toreh badan bekas suami Suri rumah didakwa pukul, toreh badan bekas suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663137375_Surirumahdidakwap.jpg)
Suri rumah didakwa pukul, toreh badan bekas suami
Bukan hanya mencederakan bekas suaminya, tertuduh juga ancam untuk membunuh mangsa selepas mereka berselisih faham.
![Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh! Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61654852813_TBbritneyspears.jpg)
Britney Spears kahwin secara eksklusif, bekas suami pula buat kecoh!
Penyanyi pop terkenal Britney Spears akhirnya berkahwin dengan pasangannya Sam Asghari.
![Ras Adiba akui kahwin kali kedua dengan mantan suami Ras Adiba akui kahwin kali kedua dengan mantan suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654332537_RasAdibaKawin.jpg)
Ras Adiba akui kahwin kali kedua dengan mantan suami
Ras memilih merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia sebagai perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.