Kelab Veteran Komando Malaysia berharap Menteri Pertahanan yang baharu, Mohamad Sabu atau dikenal 'Mat Sabu' dapat menyelesaikan beberapa masalah berkaitan kebajikan golongan veteran tentera yang sering dibangkitkan sebelum ini.
Presidennya, Sani Osman berkata antara masalah yang sering membelenggu golongan itu adalah daripada segi penentuan kadar pencen antara tentera terdahulu dengan sekarang serta tuntutan kos perubatan sampingan bagi tentera berpencen dan tidak berpencen.
"Berhubung kadar pencen, saya cadang agar semakan semula pencen dapat dibuat supaya tidak berlaku jurang yang terlalu jauh antara anggota tentera terdahulu dan sekarang. Tatacara bagi masalah perubatan di hospital kerajaan pula, saya mohon dikembalikan semula permohonan segala perihal perubatan sama ada kos peralatan atau perubatan kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM.
"Sebelum ini ia di bawah JHEV ATM di mana pesara boleh buat tuntutan bayaran daripada JHEV sahaja tetapi sejak 30 Jun 2017, ia diuruskan oleh Kementerian Kesihatan yang mana terdapat banyak masalah berhubung tuntutan kerana lambat untuk pesara tentera dapat bayaran balik," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media khas berhubung pembentukan kabinet baharu mengumumkan Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Menteri Pertahanan.
Dr Mahathir turut mengumumkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.
Sementara itu, Sani turut mengharapkan supaya Bantuan Bakti Negara (BBN) sebanyak RM1,200 setahun kepada veteran tidak berpencen yang diperkenalkan kerajaan terdahulu dapat diteruskan bagi meringankan beban veteran memenuhi keperluan diri dan keluarga mereka.
"Kita sebagai badan bukan kerajaan (NGO) menyokong kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk memperjuangkan masalah-masalah berbangkit demi kebaikan veteran ATM, dan saya harap pelantikan ini memberi sinar baharu kepada golongan veteran.
"...kita juga juga meminta kerajaan baharu ini dapat merealisasikan pemberian tanah dan lot tapak rumah kepada veteran sebagaimana termaktub di dalam Perintah Majlis Angkatan Tentera 1973," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 12 2018
Mohamad, yang juga Presiden Amanah diumumkan Dr Mahathir sebagai Menteri Pertahanan dalam sidang media pada Sabtu. - Gambar fail
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
DAP mengalu-alukan kesediaan BN kerjasama dengan PH
DAP mengalu-alukan kesediaan Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
HerLead, platform DAP pilih calon wanita untuk PRU-16
Program HerLead iaitu program pendidikan kepimpinan anjuran Wanita DAP akan menjadi platform bagi memilih calon wanita parti itu bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
[KOLUMNIS] Dari KKB ke Sungai Bakap
Atas kertas, sehingga kini, mood kemenangan diramalkan memberi kelebihan kepada PH.
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan - Nie Ching
Teo Nie Ching mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama apabila bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng didakwa di mahkamah.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
PRK Kuala Kubu Baharu: PH yakin pertahan kemenangan - Loke
Pakatan Harapan (PH) optimis mampu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.