PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan pihaknya menghentikan pengagihan vaksin Sinovac ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kelantan, dan menggantikannya dengan vaksin Pfizer.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, menjelaskan langkah itu diambil kerana jumlah Pfizer jauh lebih banyak di negara ini berbanding Sinovac.
Katanya, sebanyak 45.7 juta dos vaksin Pfizer ditempah kerajaan berbanding hanya 15.9 juta dos Sinovac.
Menurutnya bukan sahaja Kelantan, vaksin ke negeri-negeri lain juga akan digantikan dengan Pfizer dalam masa terdekat.
"Di Kelantan memang kita beralih kepada Pfizer kerana sebelum ini banyak Sinovac diagihkan kepada negeri itu.
"Bukan sahaja Kelantan, kita akan perluaskan ke negeri-negeri lain juga dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin memaklumkan Jabatan Kesihatan negeri itu akan menghentikan pengagihan vaksin Sinovac dengan digantikan vaksin Pfizer di semua PPV di Kelantan.
Menurutnya, bekalan vaksin berkenaan akan ditamatkan mulai akhir Julai ini.
Mulai 18 Julai ini, semua PPV hanya akan dibekal dengan dos kedua vaksin Sinovac.
BACA: Kelantan ganti vaksin Sinovac dengan Pfizer di semua PPV mulai bulan depan
Dalam pada itu, Adham menjelaskan, tujuh negeri yang memasuki fasa kedua setelah memenuhi nilai ambang tidak akan diarahkan melakukan 'u turn'.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini memaklumkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak, Pulau Pinang dan terbaharu Sarawak telah memenuhi dan menepati tiga indikator ditetapkan beralih ke fasa seterusnya.
Umavathi Ramayah
Thu Jul 15 2021
Dr Adham Baba menjelaskan, negeri-negeri lain juga akan digantikan dengan vaksin Pfizer dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Kempen Komuniti Penyayang 2024 Ayam Brand tumpu pemakanan sihat, kecergasan fizikal
Tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi Omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif.
Penyasaran subsidi kesihatan awam mampu dilaksana - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyasaran subsidi kesihatan awam sedang diteliti dan dilihat mampu dilaksanakan dengan algoritma dan sifir khusus.
Parlimen laksana tiga program promosi gaya hidup sihat untuk wakil rakyat
Parlimen hari ini melaksanakan Program Kesejahteraan Kesihatan Bersama Ahli Parlimen untuk mempromosi gaya hidup sihat.
Akta 852: JKN Perlis pergiat gerak kerja beri penerangan, pemahaman masyarakat belum mantap
JKN Perlis mempergiat gerak kerja memberikan penerangan mengenai Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Okt lepas bagi meningkatkan kefahaman masyarakat.
KKM nafi kecam lagu APT nyanyian Rose Blackpink, Bruno Mars
KKM menjelaskan, sebarang kenyataan berhubung artikel yang dikaitkan dengan KKM itu tidak dikeluarkan atau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia.
Anggur 'Shine Muscat' tiada racun berbahaya - KKM
Tiada sampel anggur daripada jenis 'Shine Muscat' mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan (MRL), kata KKM.
KKM tubuh dua jawatankuasa kerja tingkatkan tahap kesihatan Orang Asli
Kementerian Kesihatan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dan Jawatankuasa Teknikal Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli dalam masa terdekat.
Alasan sakit mental lepas buat jenayah, KKM teliti solusi perundangan - Dr Dzulkefly
Masih terlalu awal untuk Kementerian Kesihatan meminda perundangan membabitkan kes jenayah dilakukan oleh pesakit mengalami masalah mental.
CUEPACS mohon KKM teliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan
CUEPACS memohon Kementerian Kesihatan agar segera meneliti isu pembekalan kain untuk pakaian seragam petugas kesihatan yang dikatakan berkualiti rendah.
84 maut dalam tempoh 24 jam, angka korban Gaza meningkat kepada 42,603
Angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi dengan anggaran 10,000 mayat masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah di seluruh Gaza.