Kenderaan persendirian yang Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh tidak melebihi tiga tahun boleh membuat pembaharuan cukai jalan tanpa perlu menjalani pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), berkuat kuasa esok.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata kerajaan membuat keputusan itu selepas mengambil kira permintaan pemilik kenderaan yang mahu diberi kelonggaran memandangkan ada yang menghadapi kekangan kewangan untuk pemeriksaan kenderaan di Puspakom dalam situasi pandemik COVID-19.
Berdasarkan rekod, katanya, terdapat lebih 4.27 juta kenderaan yang dikesan telah tamat cukai jalan dalam tempoh satu hingga tiga tahun.
"Pemilik kenderaan yang cukai jalan atau LKM luput dalam tempoh kurang tiga tahun atau 36 bulan boleh terus buat pembaharuan," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani program kolaborasi strategik antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), di sini, hari ini.
Sebelum ini, kenderaan persendirian yang tamat LKM dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kenderaan di Puspakom sebelum dibenarkan memperbaharui cukai jalan dengan kos pemeriksaan ditanggung pemilik kenderaan.
Mengenai tawaran diskaun saman sebanyak 70 peratus sehingga 30 Sept ini, Wee berkata masih ramai rakyat Malaysia didapati suka membuat pembayaran di kaunter.
"Saya galakkan orang ramai bayar secara online kerana mereka juga dapat menikmati diskaun saman sebanyak 70 peratus jika bayar secara dalam talian," katanya.
Mengenai program kolaborasi JPJ, UiTM, UKM dan JPK itu, Wee berkata ia selaras dengan pendekatan dalam Pelan Strategik JPJ 2016-2020 bagi mendaya upaya sumber manusia JPJ ke arah melahirkan modal insan yang kompeten bagi mendepani landskap Revolusi Industri 4.0.
Di bawah Perjanjian Program Pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan Pengangkutan dan Penguatkuasaan antara JPJ dan UiTM, seramai 30 pegawai pengangkutan jalan kumpulan pelaksana telah memulakan pengajian sejak September tahun lepas selama 15 bulan di Akademi JPJ Malaysia, Melaka dan dijangka tamat pengajian pada 23 Januari tahun hadapan.
Bagi Program Pengajian Sarjana Polisi Pengangkutan, Logistik dan Penguatkuasaan antara JPJ dan UKM pula, seramai 25 pegawai perkhidmatan awam akan dipilih untuk menjalani pengajian selama 18 bulan di Akademi JPJ Malaysia, Melaka, yang bermula pada Mac atau September tahun depan.
Di bawah Program Pembangunan Modal Insan bagi Bidang Pengangkutan Jalan antara JPJ dan JPK pula, ia bertujuan untuk pembangunan modal insan melalui pelaksanaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) kepada sumber manusia dalam bidang pengangkutan jalan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
![Menteri Pengangkutan sah cukai jalan tamat kurang tiga tahun tidak perlu jalani pemeriksaan Puspakom Menteri Pengangkutan sah cukai jalan tamat kurang tiga tahun tidak perlu jalani pemeriksaan Puspakom](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-09/61599141717_DATUKSERIIRDRWE.jpg)
Katanya, terdapat lebih 4.27 juta kenderaan yang dikesan telah tamat cukai jalan dalam tempoh satu hingga tiga tahun.
Pelan asal hab anak muda libat naik taraf balapan
Pelan asal pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan.
![Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721195863_lapanrumahmusnah.jpg)
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Wanita melecur, lapan rumah di Tawau musnah
Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau Sabah pada awal pagi Rabu.
Penganggur tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas seorang penganggur atas kesalahan menikam seorang remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian pada 2010
[TERKINI] Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.
![Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721199094_insidentembakanber.jpg)
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
![Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693632996_EmmanuelMacron.png)
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
![Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721191154_GrandHyattErawanh.jpg)
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
![Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721191129_DzulkeflyAhmad.jpg)
Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly
Penubuhan dana kesihatan negara yang sedang dipertimbang adalah sebagai kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan masa hadapan.
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Bengang lori ditahan, lelaki maki anggota JPJ Bengang lori ditahan, lelaki maki anggota JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702519104_TBmakianggotaJPJ.jpg)
Bengang lori ditahan, lelaki maki anggota JPJ
Kejadian kira-kira jam 9.50 pagi semasa anggota JPJ menjalankan tugas rondaan di Bahau bagi pemeriksaan kenderaan perdagangan.
![Bayaran 'online' lesen memandu, cukai jalan masih dalam fasa ujian - Anthony Loke Bayaran 'online' lesen memandu, cukai jalan masih dalam fasa ujian - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691220082_AnthonyLokeSiewFo.jpg)
Bayaran 'online' lesen memandu, cukai jalan masih dalam fasa ujian - Anthony Loke
Pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan diumumkan selepas pelaksanaan Bukti Konsep (POC) mengenainya selesai.
![Cawangan JPJ diarah turun notis tiada cukai jalan fizikal Cawangan JPJ diarah turun notis tiada cukai jalan fizikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81690970980_AnthonyLoke.jpg)
Cawangan JPJ diarah turun notis tiada cukai jalan fizikal
Beberapa cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diarah menurunkan notis yang mengatakan bahawa JPJ tidak mengeluarkan cukai jalan kenderaan persendirian secara fizikal.
![Kerajaan cadang perkenal nombor plat khas kenderaan elektrik Kerajaan cadang perkenal nombor plat khas kenderaan elektrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688197361_keretaelektrik.jpg)
Kerajaan cadang perkenal nombor plat khas kenderaan elektrik
Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang memperkenalkan nombor plat khas untuk kenderaan elektrik (EV).
![Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675788614_myeg.jpg)
Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas
MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar.
![Eh, ingat masih moratorium... antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan Eh, ingat masih moratorium... antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645158616_TBOPSKENDERAANBERAT.jpg)
"Eh, ingat masih moratorium..." antara alasan tidak perbaharui lesen, cukai jalan
Pengguna jalan raya diingatkan sentiasa memeriksa lesen memandu lebih-lebih lagi menjelang tarikh ulang tahun kelahiran.
![Penjawat awam boleh bayar insurans kenderaan, cukai jalan melalui potongan gaji Penjawat awam boleh bayar insurans kenderaan, cukai jalan melalui potongan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630493943_MenteriSumberManus.jpg)
Penjawat awam boleh bayar insurans kenderaan, cukai jalan melalui potongan gaji
Penjawat awam berpeluang membuat pembayaran ansuran untuk memperbaharui insurans kenderaan bermotor milik sendiri dan cukai jalan tanpa faedah melalui potongan gaji.
![Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628353996_PosMalaysia.jpg)
Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin
Janji temu boleh dibuat secara dalam talian atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai Ahad dengan membuat pilihan negeri dan cawangan pejabat pos.
![MOT cadang lanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan MOT cadang lanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598701434_JPJ.jpg)
MOT cadang lanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan
Kementerian Pengangkutan (MOT) bercadang melanjutkan tempoh pengecualian pembaharuan cukai jalan kenderaan persendirian selama dua bulan lagi.
![MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71606023151_MyCar.jpg)
MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah
MyCar mendapat banyak rungutan dan aduan daripada pihak pemandu yang tidak dapat memperbaharui cukai jalan disebabkan ketiadaan EVP.