Kadar caj perkhidmatan penerbangan akan ditentukan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ujar Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.
Jelasnya, keputusan rasmi akan diumumkan minggu ini selepas mesyuarat diadakan antara menteri dan pemain industri penerbangan.
"DCA telah melakukan enggagement dengan pihak industri sebelum ini dan akan ada lagi perbincangan dengan mereka termasuk bersama menteri esok. Menteri akan membuat keputusan mengenai kadar caj berkenaan dan kami hanya mengemukakan cadangan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DCA di sini hari ini.
Cadangan kenaikan caj perkhidmatan penerbangan berkenaan termasuk semakan semula kadar Caj Penerbangan Udara (ANFC) iaitu sehingga sepuluh kali ganda daripada kadar asal.
Selain itu katanya, kenaikan juga perlu dibuat memandangkan pihaknya memerlukan kos yang tinggi untuk lesen penerbangan juruterbang selain peralatan canggih lain.
"Berdasarkan kajian kes melibatkan Airbus 320 yang melebihi 45,000 kilogram, caj kemudahan penerbangan di Malaysia adalah RM800 berbanding New Zealand (RM3,279), Azerbaijan (RM,2798), Thailand (RM1,940) , Vietnam (RM1,019) dan Hong Kong (RM861)," kata Azharuddin.
Jelas beliau, perubahan teknologi adalah antara sebab mengapa caj perkhidmatan penerbangan yang dicadangkan DCA perlu dilakukan.
"Kalau 30 ke 40 tahun dulu masa itu satu keadaan ekonomi baik, peralatan pun tidak perlu yang sebagus sekarang ini. Kita perlukan peralatan dan perkhidmatan yang lebih baik dan mencabar. Kalau kita tidak melakukan perubahan itu kita akan ketinggalan," tambahnya.
Pada masa sama, katanya sistem penerbangan negara juga perlu diaudit International Civil Aviation Organization (ICAO) dan ia sekali gus memerlukan peralatan dan perkhidmatan penerbangan yang lebih baik.
"Kami tidak boleh menjadi sebuah badan keuntungan tetapi kami memerlukan kewangan untuk menaik taraf perkhidmatan selaras dengan pemodenan yang dicapai hari ini. Kami juga perlu orang bekerja bersama kami termasuk juruterbang, jurutera, pengawal trafik udara, dan semua ini perlu dibayar dengan yang sepatutnya. Inilah keperluan yang perlu dipatuhui melalui ICAO," katanya lagi.
Selain itu, DCA juga telah berbincang dengan ahli ekonomi berhubung kenaikan caj berkenaan termasuk jumlah kadar sebenar yang sepatutnya dicadangkan.
"Dengan kenaikan caj ini, kita yakin kita mampu meningkatkan keberkesanan perkhidmatan, dan produktiviti penerbangan kita. Selain itu ia turut menggalakkan pelaburan baru, dan memanfaatkan pemain industri," tambah beliau.
Kali terakhir yuran dan caj perkhidmatan penerbangan disemak semula ialah pada 1996.
Ketika ini katanya, terdapat 1,100 pergerakan bagi pendaratan dan pelepasan pesawat direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam sehari.
Pada Ahad Liow memberi jaminan tidak akan menaikkan harga tiket kapal terbang walaupun caj perkhidmatan penerbangan dinaikkan DCA.
Jelasnya, caj berkenaan tidak pernah dinaikkan sejak 40 tahun DCA beroperasi.
Rahimah Abdullah
Mon Apr 11 2016
Menurut Azharuddin Kali terakhir yuran dan caj perkhidmatan penerbangan disemak semula ialah pada 1996. - Foto Bernama
PM tiba di Sibu untuk lawatan kerja
Anwar mempunyai program padat, bermula dengan Majlis Ramah Mesra bersama pemimpin Komuniti Masyarakat Daerah Kapit di Dewan Suarah Kapit.
Jiwa SME 2024: Berhibur sambil berinformasi pada hari kedua
Jiwa SME 2024 kembali di Ipoh pada 28 & 29 September 2024 dengan tumpuan kepada usahawan dan industri. Acara ini menampilkan perkongsian bersama penaja utama Unifi Business mengenai teknologi perniagaan terkini, serta persembahan penyanyi terkemuka tanah air. Peluang uji bakat sebagai penyampai berita Astro AWANI juga tersedia buat para pengunjung.
DUN Mahkota: Kalah majoriti besar, PN perlu buat penilaian
Kemenangan dengan majoriti lebih 20,000 adalah sesuatu yang luar biasa walaupun untuk sebuah negeri yang dianggap kubu kuat UMNO.
Kebocoran paip dipercayai antara punca tanah mendap di Tanjung Tualang
ADUN Malim Nawar V Bavani berkata, kedudukan rumah yang berhampiran cerun turut menyumbang kejadian itu.
Membunuh Hassan kejayaan bersejarah buat Israel
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dengan angkuh mengakui bahawa, rejim itu menyelesaikan banyak isu serta masalah dengan membunuh pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Malah, Netanyahu secara bongkak menyifatkan pembunuhan Hassan itu satu kejayaan bersejarah buat rejim berkenaan.
Malah, Netanyahu secara bongkak menyifatkan pembunuhan Hassan itu satu kejayaan bersejarah buat rejim berkenaan.
Israel akan menyesal kerana bunuh pemimpin Hezbollah
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyeru umat Islam untuk bersama rakyat Lubnan dan Hezbollah dalam menghadapi kejahatan rejim Israel dan Tehran memastikan Israel diburu sesalan kerana membunuh pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah.
Erdogan seru badan dunia bertindak tegas ke atas zionis
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menyeru badan dunia bertindak tegas atas kekejaman zionis di Lubnan.
Beliau dalam satu hantaran di X pada Sabtu berkata, ini kerana Lubnan dan rakyatnya kini menjadi sasaran terbaharu Israel untuk genosid selepas serangan di Gaza pada 7 Oktober.
Beliau dalam satu hantaran di X pada Sabtu berkata, ini kerana Lubnan dan rakyatnya kini menjadi sasaran terbaharu Israel untuk genosid selepas serangan di Gaza pada 7 Oktober.
#AWANIRingkas 29 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 September 2024
1️⃣ Pembunuhan Hassan Nasrallah dikesali
2️⃣ Analisis kemenangan BN di Mahkota
3️⃣ Tiada akaun bank, STR dibayar tunai
#awaniringkas
1️⃣ Pembunuhan Hassan Nasrallah dikesali
2️⃣ Analisis kemenangan BN di Mahkota
3️⃣ Tiada akaun bank, STR dibayar tunai
#awaniringkas
Mangsa banjir: Jasad Salmah ditemukan 50 meter dari jasad anak
Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 7.45 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat.
AWANI Ringkas: Analisis kemenangan BN di Mahkota
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Menteri Pengangkutan akan tentukan kadar baru caj perkhidmatan penerbangan - DCA
Keputusan rasmi akan diumumkan minggu ini selepas mesyuarat diadakan antara menteri dan pemain industri penerbangan.