PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menerima kunjungan Menteri Luar Turkiye Mevlut Cavusoglu bermula Rabu hingga Khamis.
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), lawatan sulung itu susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri ke Turkiye pada bulan lepas, serta sebagai persediaan bagi lawatan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Turkiye.
Saifuddin dan Cavusoglu akan mengadakan mesyuarat dua hala untuk merangka hala tuju bagi pelbagai isu yang mempunyai kepentingan bersama sejak hubungan Malaysia dan Turkiye dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
"Selain daripada mengukukuhkan kerjasama sedia ada, kedua-dua negara juga akan meneroka bidang baharu yang berpotensi seperti keselamatan makanan, perbankan digital Islam, e-dagang, industri pertahanan, petroleum dan gas serta tenaga boleh diperbaharui," menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan semalam.
Kedua-dua menteri luar itu juga akan bertukar-tukar pandangan dalam pelbagai perkembangan serantau dan antarabangsa semasa perbincangan dua hala.
Semasa lawatan itu, Cavusoglu juga dijadual untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dan destinasi eksport terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.
Jumlah dagangan Malaysia-Turkiye pada 2021 bernilai lebih US$4.09 bilion (RM16.97 bilion).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022

Mevlut Cavusoglu juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kanan Pertahanan. - Gambar fail AP
Rundingan Iran-AS tidak mungkin lagi berlaku
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi berpendapat rundingan nuklear baharu dengan Amerika Syarikat tidak mungkin lagi diadakan kecuali berlaku beberapa perubahan drastik.

Inflasi dijangka meningkat antara 2.0-3.5 peratus, kekal terurus tahun ini - BNM
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.5% hingga 5.5% pada 2025, didorong oleh permintaan domestik dan perbelanjaan sektor swasta yang stabil.

"Jangan sukarkan lagi keadaan" - Diana Danielle tak halang Farid Kamil jumpa anak
PELAKON, Diana Danielle enggan menjadikan perceraiannya sebagai batu penghalang untuk anak-anak bertemu bapa mereka, Farid Kamil.
Penggunaan elektrik berlebihan punca kebakaran meningkat
Penggunaan tenaga elektrik secara berlebihan antara punca peningkatan berlakunya kebakaran kediaman dan premis pada musim perayaan.

Anak-anak pulang beraya ke kampung bekas suami - Diana Danielle
Diana Danielle tidak kisah sekiranya anak-anaknya pulang menyambut lebaran di kampun bekas suaminya, Farid Kamil di Sungai Petani, Kedah.

Mesir seru EU sertai usaha laksana pelan pemulihan semula Gaza
Mesir menggesa Kesatuan Eropah (EU) agar turut serta dalam pelaksanaan pelan pemulihan semula Gaza yang digerakkan oleh negara-negara Arab.

Titah Adendum: Keputusan permohonan rayuan Peguam Negara 28 April
Permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu berkaitan Titah Adendum, akan diumumkan pada 28 April ini.

Isteri Edika Yusof failkan cerai, sudah tidak tinggal serumah
Isteri kepada pelakon Edika Yusof, Nor Hidayah Yusri dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap suaminya sejak pertengahan Februari lalu.

BNM pastikan kestabilan monetari kekal teguh dalam mendepani cabaran global
Inflasi dijangka terkawal pada 2025, dengan permintaan dalam negeri menjadi penampan terhadap kejutan luaran.
Maybank, TikTok Shop meterai MOU pacu pendigitalan PKS ASEAN
Program ini bermatlamat untuk membantu PKS mengguna pakai perdagangan digital dan mengembangkan perniagaan mereka.

Menteri Luar Turkiye adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Menteri Luar Turkiye Hakan Fidan dijadual melawat Malaysia pada 15 hingga 16 Julai.

Menteri Luar Turkiye lawat Malaysia mulai Rabu
Ia sebagai persediaan bagi lawatan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah ke Turkiye.