KUALA LUMPUR: Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN bersetuju dengan Pengiktirafan Bersama Sijil Vaksin COVID-19 bagi memastikan perjalanan rentas sempadan yang lancar dan selamat.
Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Anak Dagang berkata perkara itu dipersetujui dalam sesi perbincangan khas Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-15 yang berlangsung di Bali, Indonesia semalam.
"Pengiktirafan ini akan dilaksana menggunakan Mekanisme Verifikasi Sejagat ASEAN atau mekanisme lain yang telah dibangunkan berdasarkan spesifikasi teknikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Ia bertujuan memudahkan urusan pengesahan sijil vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan oleh setiap negara anggota ASEAN. Malaysia menghargai usaha Indonesia untuk mengambil inisiatif mengetuai pembangunan Mekanisme Verifikasi Sejagat ASEAN itu," menurutnya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata Malaysia berpandangan bahawa sistem itu, yang dilaksana secara sukarela, berpotensi tinggi untuk menyokong negara ASEAN yang belum memiliki sistem verifikasi sijil vaksinasi COVID-19.
"Ia penting bagi melancarkan pembukaan sempadan dan seterusnya mempercepat proses pemulihan ASEAN daripada COVID-19," katanya.
Aaron berkata Malaysia juga bersedia untuk terus bekerjasama dengan negara ASEAN dalam melaksanakan Pengiktirafan Bersama Sijil Vaksin COVID-19 bagi memastikan pembangunan rantau itu yang lebih sihat dan selamat selain menjamin kelangsungan hidup rakyat.
Beliau mengetuai delegasi Malaysia ke AHMM ke-15 yang berlangsung dari 11 Mei hingga hari ini dan mesyuarat itu antara lain memfokus kepada pengukuhan daya tahan sistem kesihatan serta pemulihan ASEAN daripada COVID-19.
Katanya Malaysia juga akan mengetuai Projek Memperkukuh Kapasiti Makmal berkaitan Biogenomik COVID-19 bagi Negara Anggota ASEAN yang merupakan antara projek Memperkukuh Inisiatif Serantau di ASEAN mengenai Respons COVID-19 dan Inisiatif Kesihatan Awam lain.
"Projek ini akan memfokus kepada aspek teknikal dalam pelaksanaan jujukan penuh genom COVID-19, pengesanan mutasi virus, pembinaan pepohon filogenetik COVID-19 serta analisis genom dan menggiatkan sistem survelan COVID-19. Inisiatif ini diharap dapat memacu ASEAN dalam pemulihan COVID-19," katanya.
Aaron berkata buat julung kalinya juga, satu sesi khas Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN-AS diadakan pada AHMM ke-15 bagi membincangkan hala tuju kerjasama dalam bidang kesihatan dengan tema Charting ASEAN-US Future Collaboration Towards Strenghtening Health Systems for Public Health Emergencies.
Beliau berkata Malaysia akan terus komited untuk menjalin kerjasama di platform ASEAN dan ASEAN Campur Tiga dengan Republik Korea, Jepun serta China dalam usaha mengukuhkan daya tahan sistem kesihatan dan pemulihan pascapandemik COVID-19 di rantau itu selain menjadi rakan dialog blok tersebut.
"Malaysia juga menyokong penuh pembangunan dan pelaksanaan ASEAN-Agenda Pembangunan Kesihatan Pasca 2015 selain program serta aktiviti di bawah Kluster Kesihatan ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN bersetuju dengan Pengiktirafan Bersama Sijil Vaksin COVID-19 bagi memastikan perjalanan rentas sempadan yang lancar dan selamat. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (8 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 9 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dakwa atau tangkap, Presiden Yoon sedia dibicara - Peguam
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan ditahan setelah mahkamah melanjutkan tempoh waran tangkap terhadapnya atas pertuduhan melaksanakan undang-undang tentera secara tidak sah, Disember lalu.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Peguam, Yun Gap-keun menyatakan bahawa anak guamnya, Suk Yeol bersedia untuk hadir ke mahkamah jika didakwa namun mereka tidak akan mematuhi waran yang dianggap tidak sah.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Seorang wanita nekad redah api selamatkan rumah
Dengan kebakaran Eaton Fire yang terus mengganas, seorang jururawat, Lynne Levin Guzman nekad meredah api untuk menyelamatkan rumah ibu bapanya daripada hangus dijilat api.
Pendaki ditemui dua minggu selepas hilang
Seorang pelajar yang hilang hampir dua minggu ketika mendaki di kawasan pergunungan Australia ditemukan selamat pada Rabu. Hadi Nazari, 23 tahun, pelajar perubatan dari Melbourne itu hilang dari rakan-rakannya ketika mendaki di Taman Negara Kosciuszko pada 26 December 2024.
Suspek kes tembak ahli politik Kemboja di Bangkok diburu
Polis Thailand mengeluarkan waran tangkap ke atas seorang lelaki bersenjata yang disyaki menembak mati seorang ahli politik pembangkang Kemboja dalam serangan di pusat bandar Bangkok.
Pengambilan pegawai berteras prinsip meritokrasi - KPPA
Urusan pengambilan pegawai dalam perkhidmatan awam berteraskan prinsip meritokrasi serta kesaksamaan peluang.
PM Anwar galak pelaburan perusahaan Indonesia di Malaysia
Malaysia mengalu-alukan pelaburan langsung daripada perusahaan Indonesia serta menggalakkan kolaborasi strategik seperti penggabungan antara syarikat milik entiti kedua-dua negara itu.
TMM2026: Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MiTDA), Kapten Mahadzir Mansor berpendapat, nama Malaysia makin terkenal kerana Anwar menjadi simbol kepimpinan luar biasa di mata dunia.
Menteri Kesihatan ASEAN setuju dengan pengiktirafan bersama sijil vaksin COVID-19
Ia bertujuan memudahkan urusan pengesahan sijil vaksinasi COVID-19 yang dikeluarkan oleh setiap negara anggota ASEAN.