NEW DELHI: Menteri Hal Ehwal Pendidikan India Rajkumar Ranjan Singh akan melawat Malaysia mulai Khamis bagi meningkatkan Perkongsian Strategik India-Malaysia.

Semasa lawatan tiga hari itu, beliau dijadual bertemu beberapa menteri, termasuk rakan sejawatannya, selain menghadiri acara masyarakat India di Kuala Lumpur, menurut Kementerian Luar India dalam satu kenyataan pada Rabu.

Singh akan merasmikan Pusat Sumber Pekerja India di Suruhanjaya Tinggi India dan berinteraksi dengan ahli masyarakat India serta menyertai program kebudayaan "'Bhakti-the Musical" di Temple of Fine Arts Kuala Lumpur.

Beliau juga akan menghadiri perasmian sidang kemuncak perniagaan Pertubuhan Global untuk Orang Asal India (GOPIO) pada Jumaat dan majlis anugerah pada Sabtu.

Lawatan itu turut bertujuan untuk memperkukuh persefahaman mengenai hasil Mesyuarat Suruhanjaya Bersama India-Malaysia yang berlangsung pada 7 November di New Delhi, menurut kementerian itu.

-- BERNAMA