KUALA LUMPUR: Menteri ekonomi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mencadangkan supaya sijil vaksin digital bersama diperkenalkan untuk mempercepat pembukaan semula sektor yang terjejas paling teruk seperti pelancongan, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata, bagaimanapun, tempoh untuk pengenalan sijil vaksin digital bersama itu tidak ditetapkan memandangkan perkara itu perlu dibawa kepada mesyuarat peringkat menteri kesihatan terlebih dahulu.
"Ini cadangan baharu, saya telah dimaklumkan (mengenainya) oleh Brunei yang berperanan sebagai pengerusi.
"Tiada penetapan tempoh dibuat berhubung cadangan tersebut, tapi saya yakin sekiranya ia dimuktamadkan dalam jangka terdekat, sudah pasti ia akan membantu memudahkan pergerakan antara anggota ASEAN," katanya selepas Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN ke-27 secara dalam talian, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata semasa pemukiman itu, menteri ekonomi ASEAN juga membincangkan kemajuan pelaksanaan Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN sebagai alat untuk pemulihan rantau ini.
Para menteri berikrar untuk menggiatkan usaha meneroka semua peluang bagi memperkukuh dan memperluas penyepaduan serantau dalam pelbagai bidang kepentingan bersama yang akan menyumbang kepada kemampanan pendapatan serta daya tahan ekonomi-ekonomi ASEAN, katanya.
Mohamed Azmin berkata penekanan turut diberikan kepada penambahan senarai barangan keperluan di bawah Memorandum Persefahaman bagi Pelaksanaan Langkah Bukan Tarif ke atas Barangan Keperluan berdasarkan Pelan Tindakan Hanoi dalam Mengukuhkan Kerjasama Ekonomi ASEAN dan Kesalinghubungan Rantaian Bekalan sebagai Respons terhadap Pandemik COVID-19 yang dimeterai pada November 2020.
"Berkenaan jumlah produk yang dicadangkan supaya dipertimbang untuk ditambah, saya rasa kita perlu bersikap realistik mengenai kuantum memandangkan jumlah sekarang agak kurang munasabah dengan apa yang sebenarnya kita boleh capai.
"Para menteri turut bersetuju dengan perlunya penyertaan ASEAN yang besar dalam rantaian nilai global (GVC) untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN.
"Ini akan mewujudkan perniagaan dan peluang pekerjaan yang lebih ketara, terutama dalam usaha ASEAN membangunkan kembali daya tahannya ketika global sedang melaksanakan penyusunan semula," katanya.
Beliau berkata pandemik itu, yang menjadi gangguan utama, menunjukkan jurang sedia ada dalam GVC kesan daripada ketidaktentuan ketara luar jangka yang dialami permintaan dan penawaran barangan keperluan.
Mengenai kemungkinan langkah mendorong India mempertimbangkan semula penyertaan dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), Mohamed Azmin berkata Malaysia sebagai penyelaras negara bagi hubungan ekonomi ASEAN-India terlebih dahulu akan membincangkan Semakan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA).
"AITIGA telah dilaksanakan selama 10 tahun dan sudah sampai masanya untuk kita menyemak beberapa peruntukan. Kita sedang menunggu maklum balas dari India, dan setelah diterima, kita akan menubuhkan jawatankuasa untuk menyemak AITIGA.
"Pada waktu yang sama, saya percaya kita akan dapat meyakinkan India mempertimbangkan semula dan meneliti kembali keputusannya tidak menyertai RCEP yang dibuat tahun lepas," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Singapura telah memberi jaminan kepada Malaysia bahawa penangguhan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) antara kedua-dua negara, yang mengakibatkan perniagaan di kedua-dua negara mengalami banyak kesukaran, adalah sementara.
Beliau berkata rakan sejawatannya dari Singapura, Chan Chun Sing mengatakan pengaturan RGL akan disambung semula setelah keadaan COVID-19 bertambah baik, dan program vaksinasi dijalankan republik itu juga akan merangkumi rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di sana.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 03 2021

Azmin berkata bagaimanapun, tempoh untuk pengenalan sijil vaksin digital bersama itu tidak ditetapkan. -Gambar fail

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.

Utusan Khas ASEAN bincang krisis Myanmar dengan Setiausaha Agung
Mereka membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, termasuk usaha meningkatkan penyampaian bantuan kemanusiaan kepada rakyat Myanmar.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.