Tiada lagi rampasan akan dibuat terhadap berus yang diperbuat daripada bulu binatang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, arahan itu telah dikeluarkan kepada pegawai-pegawainya selepas mesyuarat kabinet semalam.
"Semalam pada mesyuarat pasca-kabinet saya telah memaklumkan kepada pegawai-pegawai saya bahawa sepatutunya kita lakukan dengan secara lebih berhemah dan mengarahkan supaya mereka berhenti lakukan serbuan kepada kedai-kedai.
"Saya nak beritahu kepada pegawai-pegawai saya, jangan lah buat macam seolah-olah ada masalah yang besar dalam negara kita," katanya pada sidang media bagi memperjelaskan tentang isu berus cat bulu babi yang kembali hangat baru-baru ini.
Turut hadir ialah Presiden Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia, Datuk Kang Hua Keong; Presiden Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia, Hong Chee Meng; dan Pengerusi Eksekutif Persatuan Pemborong Barangan Logam Malaysia, Low Cheng Ho.
Ujar Hamzah, langkah itu juga selari dengan konsep masyarakat berbilang kaum yang hidup secara harmoni dan saling menghormati.
Beliau bagaimanapun menegaskan pengusaha perlu melabel barangan yang diperbuat daripada bulu binatang seperti babi atau anjing.
Tempoh satu hingga dua bulan kepada peniaga untuk melabelkan produk berkenaan atau berdepan tindakan.
"Kita sudah ada undang-undang yang mengatakan mesti ada label di situ. Sama ada wajib atau tidak, memang sudah ada undang-undang."
"Selepas kita beri amaran kepada pengusaha dan jika mereka didapati masih tidak melabel produk sedemikian, kami akan ambil tindakan terhadap mereka," ujar beliau.
Namun ujarnya, peniaga produk bulu binatang sepatutnya lebih beretika dan bertanggungjawab dalam memaklumkan pembeli tentang kewujudan bahan seperti bulu babi atau anjing.
"Kita minta kalau boleh peniaga ambil kertas bersaiz A4 misalnya, dan tulis di situ 'Barang-barang ini dibuat daripada bulu binatang'.
"Kalau tidak pasti, tulis di situ 'Produk ini tidak ada kepastian sama ada ia dibuat daripada bulu binatang atau tidak' iaitu was-was," katanya.
Tegas beliau lagi, isu berus bulu binatang tidak seharusnya digunakan sesetengah pihak untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia.
"Jangan jadikan isu ini polemik untuk pecah belahkan sesama kita kerana kita hidup dalam negara yang berbilang kaum dan agama. Saya tidak mahu ia menjadi isu politik dan kita perlu berhenti memburukkan perkara ini," katanya.
Tan Su Lin
Thu Feb 09 2017

HAMZAH: Saya nak beritahu kepada pegawai-pegawai saya, jangan lah buat macam seolah-olah ada masalah yang besar dalam negara kita. - Foto Astro AWANI / Tan Su Lin
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

Rampasan berus cat bulu babi dipulangkan kepada peniaga yang label produk
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata peniaga diberi tempoh sebulan untuk berbuat demikian.

Menteri arah hentikan rampasan terhadap berus bulu babi
Tiada lagi rampasan akan dibuat terhadap berus yang diperbuat daripada bulu binatang, kata menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin.