KAPIT: Perjalanan hampir empat jam menaiki kenderaan pacuan empat roda menempuh jalan balak menuju ke Tunoh, satu kawasan terpencil di daerah Bukit Mabong, Kapit, barangkali boleh diibaratkan seperti menaiki roller coaster.
Melalui jalan berbatu sepanjang hampir 50 kilometer (km) yang sedikit berdebu namun diselenggara dengan baik dan bengkang-bengkok itu, membuatkan penulis sering memaut erat pemegang kenderaan itu kerana terumbang-ambing dan melantun ketika duduk di tempat duduk penumpang belakang.
"Ini ialah persimpangan ke rumah panjang mendiang James Masing (Tan Sri Dr James Masing)," kata David Eden, 40, pemandu yang sempat menunjukkan persimpangan ke Rumah Melinggang, Mujung Kapit, tempat lahir dan membesarnya bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu sewaktu melalui jalan berkenaan.
Keindahan di Tunoh ibarat satu pakej lengkap, berlatarbelakangkan sebuah bukit tersergam indah dinamakan Bukit Mabong, air terjun, selain kelihatan beberapa rumah panjang Iban yang dibina sepanjang Sungai Tunoh, aliran air jernih nan sejuk. Dikatakan penduduknya mula berhijrah ke kawasan itu dari Sungai Melinau, Baleh pada 1972.
Terletak kira-kira 100km dari pekan Kapit, Tunoh, berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh dengan populasi kira-kira 2,000 penduduk, merupakan pusat pentadbiran bagi daerah Bukit Mabong yang sedang rancak dibangunkan.
Sudah pasti ia atas jasa mendiang Masing yang merupakan ADUN di kawasan itu sejak 1983 sehingga meninggal dunia pada usia 72 tahun 31 Oktober lepas .
Pegawai Daerah Bukit Mabong, Robert Liman, berkata Tunoh yang terletak di utara Baleh dan dahulunya hanyalah sebuah kawasan hutan tebal, kini turut memiliki bekalan elektrik, air paip, klinik, sekolah, rumah rehat kerajaan, stesen pertanian dan tidak lama lagi, Pejabat Daerah Bukit Mabong yang ketika ini berada di Kapit, akan dipindahkan ke Tunoh.
Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Khas kepada Masing selama 11 tahun menjadi saksi kepada kesungguhan Masing dan kerajaan negeri dalam membangunkan kawasan itu yang dahulunya terasing dari pekan Kapit, melalui pelbagai usaha meliputi akses perhubungan seperti jambatan dan jalan raya yang telah dan sedang dilaksanakan.
Ia antara lain menerusi projek jalan akses ke Empangan Baleh bermula dari Jambatan Nanga Mujong sepanjang 73km, Jalan raya Nanga Sepanggil/Tunoh, pembinaan Jambatan Batang Baleh, Jambatan Sungai Banyau, Sungai Mujong dan Jambatan Sungai Merirai.
"Dengan wujudnya Jambatan Baleh, banyak pembangunan akan dibuat di Baleh terutama di Bukit Mabong dan sudah pasti akan memendekkan masa perjalanan," katanya, sambil menambah majoriti penduduk di kawasan itu berbangsa Iban.
Ketika ditemui Bernama, Robert berkata usaha Masing itu disebabkan beberapa faktor utama seperti potensi pertanian dengan keluasan tanah hampir 40,000 hektar yang amat subur sesuai untuk penanaman padi dan kelapa sawit, selain potensi ekopelancongan dengan keindahan alam semula jadi di kawasan itu.
Disebabkan itu, katanya, mendiang turut mengilhamkan pembinaan Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Bukit Mabong, yang walaupun pada awalnya menimbulkan persoalan kerana tidak dibina di Kapit, namun akhirnya ramai pihak menyedari signifikan di sebalik pembinaan dengan kos hampir RM200 juta itu.
Jelasnya ini kerana lapangan terbang yang dijangka siap 2023 dan untuk pesawat penumpang Twin Otter dan pesawat Cessna 208 dengan muatan tiga tan itu, antara lain bertujuan mengangkut keluar hasil tanaman di kawasan itu yang dicadangkan dijadikan sebagai pusat pertanian komersial.
"Sebelum Tan Sri (James Masing) meninggal, dia ada bagitahu saya mahu naik taraf Tunoh sebagai pusat pertanian secara komersial supaya apabila lapangan terbang ini siap orang tidak tertanya-tanya kenapa ia di buat di sini, Tan Sri ada suruh saya pantau perkara ini," katanya dan menambah kerja pembinaan lapangan terbang kira-kira 20 minit dari Tunoh itu sedang giat berjalan.
Robert berkata pembinaan lapangan terbang itu juga, seperti menurut Masing sebelum ini, adalah bagi bertujuan memperkukuh keselamatan sempadan negeri itu khususnya Bukit Mabong, antara kawasan yang hampir dengan Kalimantan, lokasi yang dicadangkan untuk pembinaan ibu kota Indonesia yang baharu.
Ia bagi membolehkan pasukan keselamatan dibawa masuk ke Kapit bagi menjaga Tunoh, yang terletak di tengah-tengah tiga aset besar Sarawak, iaitu Empangan Bakun, Murum dan Baleh, sejajar cadangan pembinaan pos kawalan sempadan dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sempadan kawasan berkenaan.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini, DUN Baleh, satu daripada lima DUN terbesar di Sarawak menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Nicholas Kudi Jantai Masing daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan dicabar oleh Kenneth Usang George (DAP), Sukarno Layau (Parti Bumi Kenyalang) dan Koh Anak Kumbong mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB).
-- BERNAMA / Hasnah Jusid
Bernama
Sun Dec 12 2021
Keindahan di Tunoh ibarat satu pakej lengkap, berlatarbelakangkan sebuah bukit tersergam indah dinamakan Bukit Mabong, air terjun, selain beberapa rumah panjang Iban yang dibina sepanjang Sungai Tunoh yang mengalir jernih dan sejuk. - Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.