Bukan calang-calang pekerjaan dan tidak semua orang berupaya melaksanakan fardhu kifayah untuk menguruskan jenazah.
Hari ini, jasa dan sumbangan Sitaton Osman yang bertanggungjawab menguruskan jenazah termasuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai Tokoh Pendakwah sempena majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1441H.
Bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam JAWI, Sitaton bukan sahaja terlibat dalam memandi dan menguruskan jenazah tragedi yang menggemparkan negara pada lima tahun lepas tetapi juga pernah menguruskan mayat pesakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan HIV.
"Satu tugas paling mencabar apabila saya terlibat dalam menguruskan jenazah-jenazah tragedi MH17 iaitu 38 orang selama 45 hari. Sebenarnya hampir kesemua mayat itu sempurna anggota badan," katanya kepada Bernama selepas menerima anugerah itu.
Ditugaskan dalam pasukan enam orang untuk menguruskan jenazah mangsa MH17, Sitaton bersama seorang lagi petugas wanita bertanggungjawab menguruskan jenazah wanita yang terkorban dalam tragedi ngeri berkenaan di Amsterdam.
"Pengalaman tidak mungkin saya lupakan juga adalah ketika menguruskan jenazah yang berpenyakit SARS. Oleh kerana ia adalah penyakit yang berjangkit dan tular ketika itu, kami tidak boleh mengangkat jenazah sewenang-wenangnya dan harus berada di tempat terkawal dengan peralatan yang terhad," kata Sitaton, yang merupakan seorang ibu tunggal.
Berpengalaman selama 21 tahun menguruskan jenazah, Sitaton berkata beliau bersedia dan akur menerima arahan menguruskan jenazah tanpa mengira status dan keadaan.
"Apabila melaporkan diri di Unit Pengurusan Jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, saya sentiasa bersedia menerima arahan. Walaupun tidak ramai yang boleh lakukan tetapi saya ambil itu sebagai satu cabaran.
"Saya juga berpengalaman memandikan jenazah bukan islam yang berminat untuk dimandikan dengan cara Islam atas permintaan keluarga," katanya yang menerima RM4,000, kepingan emas tajaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), piala iringan dan sijil.
Sitaton berharap masyarakat terutamanya golongan belia tidak memilih dan mengelak daripada tugasan yang diberi supaya mempunyai pengalaman dan ilmu yang luas.
Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menerima anugerah Tokoh Utama Maal Hijrah yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.
"Saya amat berbesar hati dan terharu dengan penganugerahan ini. Ia menjadi motivasi kepada saya untuk bekerja dengan lebih baik dan cermat sebagai seorang yang terus menyebarkan agama Islam," kata Syaikh Ismail yang menerima wang tunai RM5,000, kepingan emas tajaan YaPIEM, piala iringan dan sijil.
Beliau turut menyeru umat Islam agar mengekalkan keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa dan agama untuk mengingkatkan perpaduan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Sitaton Osman yang bertanggungjawab menguruskan jenazah termasuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 mendapat pengiktirafan apabila dipilih sebagai Tokoh Pendakwah. Foto: Bernama
PM ucap tahniah kepada penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dan Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Prof Dr Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor lebuh raya DASH tidak berasas - Prolintas
Prolintas menegaskan tuntutan RM100 juta lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan DASH sebagai tidak berasas.
AWANI Ringkas: Kerajaan teliti isu buli siber
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRU16: Kerjasama BN-PH diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi
Keputusan berkenaan kerjasama BN dengan PH pada PRU16 hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan
Parti Buruh United Kingdom yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British "secepat mungkin".
Seorang anggota bomba tercedera berjaya diselamatkan
Seorang anggota bomba yang cedera dan terperangkap diselamatkan dari Kebakaran hutan Basin di California, Amerika Syarikat.
Rakaman video yang dikeluarkan pada Sabtu oleh Pengawal Kebangsaan California menunjukkan sebuah helikopter pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.
Rakaman video yang dikeluarkan pada Sabtu oleh Pengawal Kebangsaan California menunjukkan sebuah helikopter pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi.
47 terbunuh dalam hujan lebat monsun di Nepal
Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh selepas hujan lebat monsun di Nepal mencetuskan banjir kilat, tanah runtuh dan kilat pada Jumaat.
Berucap di Dewan Undangan Negeri, Menteri Buruh Dol Prasad Aryal berkata empat orang terbunuh dalam banjir yang mencetuskan monsun dan 24 yang lain terbunuh dalam tanah runtuh.
Berucap di Dewan Undangan Negeri, Menteri Buruh Dol Prasad Aryal berkata empat orang terbunuh dalam banjir yang mencetuskan monsun dan 24 yang lain terbunuh dalam tanah runtuh.
Tiga kanak-kanak maut dalam kebakaran di Sydney
Seorang bayi perempuan berusia sepuluh bulan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney pada Ahad.
Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.
Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.
Jejambat BSP dibuka secara rasmi pada Ahad
Jejambat Bandar Saujana Putra (BSP) telah dibuka secara rasmi pada Ahad untuk kegunaan orang awam.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi laman media sosialnya.
KKM adakan program reformasi sumber manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah dan akan menyelesaikan isu berkenaan menerusi program reformasi sumber manusia di seluruh negara.
Mengurus jenazah MH17, Sitaton dipilih Tokoh Pendakwah Maal Hijrah WP
Jasa dan sumbangan Sitaton Osman yang bertanggungjawab menguruskan jenazah termasuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 mendapat pengiktirafan.