KUALA LUMPUR:Hari yang amat sedih buat Malaysia, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulas tentang pemergian Tun Rahah Mohamed Noah pada Jumaat.
Bahkan beliau sempat mengimbas kenangannya menghadiri pengebumian suami kepada Tun Rahah iaitu Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 1976.
Menurutnya, kedua-dua tokoh itu memberikan sumbangan besar kepada negara.
“Sudah tentu pemergian ini adalah satu kehilangan yang amat besar kepada negara kerana Tun Razak dan Tun Rahah merupakan tokoh penting dalam pembentukan negara.
“Saya masih ingat Tun Razak meninggal dunia pada 1976, ayah saya membawa saya menghadiri majlis pengebumian pada masa itu kerana rakyat Malaysia melihat kepimpinan Tun Razak sebagai tokoh negarawan terbilang dan amat disegani.
“Sudah tentu jasa dan pengorbanan Tun Rahah penting untuk membantu suaminya memimpin negara,” katanya ketika ditemui selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah di kediamannya di Jalan Eaton di sini.
BACA: Tun Rahah meninggal dunia
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut hadir merakamkan ucapan takziah buat semua keluarga Allahyarham.
“Mudah-mudahan Allah beri kehidupan keberkatan kepada kehidupan masing-masing, kesabaran. Saya doakan Allahyarham ditempatkan bersama para solihin
“Saya tidak katakan kepada Allahyarham kecuali yang baik-baik, jasanya, sikapnya, kesabarannya, dermawannya dan segala sifat terpuji dengan sifat keibuan terwujud padanya.
“Insya-Allah, Allah ganjarkan padanya ganjaran untuk orang-orang yang soleh,” katanya ketika ditemui di luar kediaman Tun Rahah.
Astro AWANI sedang mengikuti perkembangan terkini pemergian Allahyarham Tun Rahah di saluran 501, Live TV di platform digital dan semua platform media sosial Astro AWANI.
Fareez Azman, Ridauddin Daud
Fri Dec 18 2020
Hari yang amat sedih buat Malaysia, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulas pemergian Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah pada Jumaat. - Astro AWANI
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
'Kasih sayangnya tidak terhingga.. saya pasti akan merinduinya' - Nazir Razak
Apabila anda mengenalinya, anda secara naluri pasti ingin menyenangkannya walaupun beliau tidak pernah meminta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mengenang Tun Rahah: Hari yang amat sedih buat kita semua - Azmin Ali
Hari yang amat sedih buat Malaysia, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulas pemergian Tun Rahah Mohamed Noah pada Jumaat.
Mengenang Tun Rahah: Raja Permaisuri Agong berkenan beri penghormatan terakhir
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Iskandariah yang berkenan berangkat memberikan penghormatan terakhir buat Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah.
Bukan serbu, cuma pemeriksaan di rumah Tun Rahah - Timbalan KPN
Pihak PDRM hanya melakukan pemeriksaan mengikut prosedur yang sepatutnya selepas menerima maklumat.