Namun, kewibawaan dan kebijaksanaan dalam penulisan mahupun pandangan beliau sepanjang hayatnya terus menjadi pedoman sehingga ke hari ini.
Berikut enam perkara penting yang disampaikan beliau kepada para pemimpin semasa pelancaran buku 'Perkhidmatan Awam Malaysia - Ke Arah Kecekapan dan Keberkesanan' pada tahun 1996.
BACA: Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
BACA: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Ahmad Sarji
1. Pengurus perlu mengamalkan "managing by going out"
Perlu mengetahui apa yang berlaku di dalam organisasinya, sentiasa berhubung dengan setiap lapisan anggota-anggotanya dan mengetuai atau menyertai mesyuarat dan perbincangan penting yang diadakan.
2. Pengurus perlu cekap dalam menggunakan maklumat
Bijak menggunakan teknologi moden bagi membantu membuat keputusan yang strategik dan mengawal keadaan.
3. Pengurus yang berjaya sentiasa memberi fokus kepada keberkesanan
Pengurus yang lemah dalam memilih apa yang perlu didahulukan dan berapa banyak yang harus dilakukan, akhirnya terperangkap dengan membuat berbagai-bagai tindakan tetapi tiada satu pun yang benar-benar memberi impak kepada organisasinya.
4. Pengurus perlu mempunyai kemahiran dalam menyelesaikan masalah
Berfikiran positif melihat masalah sebagai peluang dan bukannya ancaman, amalkan 'lateral thinking' dan inovatif dalam memikirkan pelbagai alternatif kepada penyelesaian sesuatu masalah.
5. Pengurus perlu membina budaya pembelajaran yang berterusan dalam organisasinya
Membaca, maklum balas dari dalam atau luar organisasi juga merupakan bahan pembelajaran.
6. Amalannya sentiasa bertapakkan kepada nilai-nilai murni dan etika kerja yang baik
Seorang pengurus yang patut diteladani, antara lain, perlu amanah dalam menyempurnakan tanggungjawab yang diberi; memiliki tahap disiplin yang tinggi; dan sentiasa accountable ke atas setiap tindakan yang dilakukan.