KUALA LUMPUR: Negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat setelah bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu meninggal dunia hari ini pada usia 86 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, mendiang Samy Vellu sebelum ini berjaya menyatukan masyarakat India di Malaysia, selain memperjuangkan nasib kaum itu.
"Kita kehilangan seorang pemimpin yang hebat. Tun Samy Vellu yang selama ini dianggap sebagai bapa penyatuan kepada masyarakat India.
"Kita lihat Tun Samy Vellu sewaktu menjadi Presiden MIC berjaya menyatupadukan masyarakat India di Malaysia dan memperjuangkan masyarakat India dari segi ekonomi dan sebagainya, maka negara kehilangan seorang pemimpin yang hebat seperti Tun ini," katanya ketika ditemui selepas Majlis Kemuncak Semarak Patriotik Institusi Pengajian Tinggi 2022 di sini hari ini.
Samy Vellu meninggal dunia di kediamannya di sini, kira-kira 7 pagi tadi.
Perkara itu disahkan bekas Presiden MIC, Tan Sri Dr S. Subramaniam.
Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 adalah antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.
Sementara itu, Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook rasmi beliau mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Samy Vellu dan jasa bekas Presiden MIC itu akan terus dikenang.
"Pagi ini saya menerima berita sedih tentang pemergian Samy Vellu, mantan Presiden MIC dan juga bekas menteri Kabinet paling lama berkhidmat bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979 hingga 1989 dan 1995 hingga 2008.
"Mendiang juga menjadi Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dari 1989 hingga 1995," katanya.
Perdana Menteri berkata, mendiang Samy Vellu juga banyak memainkan peranan dalam pembangunan rangkaian jalan raya dalam negara.
Beliau juga menyifatkan bekas Ahli Parlimen Sungai Siput selama lapan penggal bermula pada 1974 itu sebagai pejuang dan bapa penyatuan masyarakat kaum India serta mentor kepada pemimpin MIC sepanjang dan selepas kepemimpinannya.
"Banyak sumbangan yang ditaburkannya kepada negara dan masyarakat India seperti penubuhan Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED); Universiti Aimst dan Kolej Tafe yang membantu meningkatkan kehidupan masyarakat itu di negara ini," kata Perdana Menteri. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 15 2022

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kanan) memberikan penghormatan terakhir pada Tun S Samy Vellu di kediaman mendiang di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
AWANI Ringkas 11 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Mac 2025
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Letupan Bom di Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Putera Mahkota Arab Saudi, Setiausaha AS bincang perkembangan serantau dan antarabangsa
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Mengenang Samy Vellu: Negara kehilangan seorang pemimpin hebat - PM
Samy Vellu sebelum ini berjaya menyatukan masyarakat India di Malaysia, selain memperjuangkan nasib kaum itu, kata Ismail Sabri.