Cadangan untuk meratifikasi Statut Rom bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya ia telah dimulakan sewaktu Kerajaan Barisan Nasional memerintah.
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata berdasarkan rekod, Kabinet telah bersetuju dengan cadangan itu pada 2011, namun perkara itu tidak diteruskan.
Atas sebab itu, kata Thomas, beliau mengambil keputusan untuk menasihati kerajaan kini agar menerima dan meratifikasi Statut Rom selepas turut mengambil kira keperluan dari segi undang-undang, termasuk Perlembagaan Persekutuan.
Katanya lagi, pengkritik hari ini tidak bersikap serupa ketika kerajaan terdahulu membuat keputusan sama.
“Kita harus ingat ini, Kabinet pada 18 Mac 2011, telah membuat keputusan bahawa Malaysia akan meratifikasi perjanjian itu, walaupun tiada tindakan selanjutnya selepas itu.
“Jadi apabila Kerajaan Pakatan Harapan berhasrat untuk menerima Statut Rom, mereka hanya ingin meneruskan polisi dari kerajaan terdahulu.
"Jadi sikap hipokrisi ini mesti ditunjukkan kepada awam,” katanya ketika berucap di Forum Awam: Malaysia dan Statut Rom di Auditorium Tun Mohamed Suffian, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi panelis, Datuk Noor Farida Ariffin memberitahu forum beliau adalah antara individu yang bertanggungjawab mendraf dan membentangkan kertas kerja ke Kabinet dalam usaha memastikan Malaysia antara negara peserta.
“Saya merupakan Ketua Pengarah di Jabatan Kajian Perjanjian dan Undang-undang Antarabangsa, di bawah Wisma Putra ketika itu.
"Kami menyediakan kertas Kabinet dan menghantarnya ke semua agensi berkaitan, termasuk Pejabat Peguam Negara.
“Semua bersetuju, kecuali, yang agak mengejutkan saya, Peguam Negara sendiri,” katanya lagi.
Noor Farida berkata, akhirnya Kabinet membuat keputusan meneruskan keputusan itu, tetapi ketika pihaknya sudah menyiapkan surat cara penyertaan (instrument of accession) untuk dihantar ke Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ketika itu, atas sebab-sebab yang tidak diketahui, ia tidak ditandatangani bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Firdaus Azil
Sat Apr 27 2019

TOMMY THOMAS: Kabinet pada 18 Mac 2011 telah membuat keputusan bahawa Malaysia akan meratifikasi perjanjian itu. -Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.

Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.

Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.

Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.

PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.