KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM18,000 atau 15 bulan penjara ke atas seorang penolong pegawai tadbir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menerima wang berjumlah RM2,700 daripada dua pemilik syarikat kontraktor pembersihan.
Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamed Helfien Nordin, 45, selepas dia mengaku bersalah atas enam pertuduhan menerima rasuah daripada dua pemilik syarikat kontraktor pembersihan, yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya di Maybank Cawangan Medan Tuanku, Jalan Medan Tuanku 1 di sini, antara Januari 2014 hingga Jun 2017.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, bapa empat anak itu didenda RM3,000 bagi setiap kesalahan atau dua bulan penjara, jika gagal membayar denda tersebut manakala bagi pertuduhan keempat hingga keenam, dia didenda RM3,000 bagi setiap kesalahan atau dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Sebelum menjatuhkan hukuman itu, Rozina menasihati tertuduh agar menjadi contoh yang baik kepada empat anaknya dan bukan melakukan perbuatan menyalahi undang-undang.
"Mahkamah memberi peluang terakhir kepada kamu untuk benar-benar berubah. Walaupun kamu mengaku bersalah, ia amat mendukacitakan kerana ia (rasuah) dilakukan oleh seorang penjawat awam. Kamu berada di lokap selama 26 hari dan mahkamah berharap ia akan menjadi pengajaran kepada kamu," kata hakim itu.
Tertuduh yang berdiri di kandang tertuduh kemudian menjawab "Saya faham".
Mengikut keenam-enam pertuduhan itu, Mohamed Helfien seorang Penolong Pegawai Tadbir (N29), Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti yang bertugas sebagai Pengurus Perumahan Zon 2 DBKL, didakwa menerima untuk dirinya wang berkenaan yang dimasukkan dalam akaun Maybank miliknya daripada pemilik syarikat kontraktor pembersihan perumahan dan rumah sampah di DBKL yang ada hubungan dengan kerja rasmi tertuduh sebagai Pengurus Perumahan Zon 2.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pada 12 Mac tahun lepas, Mohamed Helfien yang dihadapkan ke tiga Mahkamah Sesyen di sini mengaku tidak bersalah atas 120 pertuduhan menerima wang berjumlah RM82,700 daripada lima pemilik syarikat kontraktor pembersihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Pada prosiding Isnin, mahkamah mempertimbangkan 28 lagi pertuduhan mengikut Seksyen 171A Kanun Prosedur Jenayah selepas tertuduh mengaku bersalah atas enam pertuduhan di bawah Kanun Keseksaan.
Peguam C Rajsurian Pillai mewakili tertuduh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Fadhli Ab Wahab.
Sementara itu, Fadhli ketika ditemui pemberita selepas prosiding berkata 86 lagi pertuduhan yang dihadapi tertuduh di dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini ditetapkan untuk sebutan pada 19 Jan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
![Mengaku terima rasuah, penolong pegawai tadbir DBKL didenda RM18,000 Mengaku terima rasuah, penolong pegawai tadbir DBKL didenda RM18,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641851193_Rasuah.jpg)
Pada 12 Mac 2021, Mohamed Helfien mengaku tidak bersalah atas 120 pertuduhan menerima wang berjumlah RM82,700 daripada lima pemilik syarikat kontraktor pembersihan. - Gambar fail/BERNAMA
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM akan teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Mengaku terima rasuah, penolong pegawai tadbir DBKL didenda RM18,000 Mengaku terima rasuah, penolong pegawai tadbir DBKL didenda RM18,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641851193_Rasuah.jpg)
Mengaku terima rasuah, penolong pegawai tadbir DBKL didenda RM18,000
Mohamed Helfien mengaku bersalah atas enam pertuduhan menerima rasuah daripada dua pemilik syarikat kontraktor pembersihan.