KANGAR: Perlis dijangka mampu merangsang sektor pelancongan bertemakan penjelajahan melalui pewujudan kem induk bagi aktiviti mendaki batu di Gua Kelam, Padang Besar.
Kem itu diilhamkan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berhasrat meletakkan Indera Kayangan di peta dunia bagi penggemar aktiviti tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyUS Venture Partners Sdn Bhd Group Datuk Nellsen Young berkata pihaknya telah menjalin kerjasama rapat dengan pendaki di Perlis dan individu yang sudah biasa dengan laluan pendakian di negeri itu untuk menghasilkan bentuk aktiviti mendaki batu serta pakej pengembaraan.
"Selain aktiviti mendaki batu, memandangkan kami bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Perlis, kami akan berusaha mempromosi alam semula jadi dan persekitaran yang indah di negeri ini dengan pakej lawatan serta pengalaman yang direka khas," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata sebelum ini, aktiviti itu hanya ditumpukan kepada kumpulan khusus terdiri daripada individu yang gemar mendaki batu kerana ia memerlukan tahap kepakaran tertentu.
"Kem Induk Mendaki Batu Perlis @ Gua Kelam menyasarkan untuk menjadikan aktiviti ini lebih mudah diakses oleh semua melalui kemudahan yang disediakan di kem itu dengan bakat dan peralatan yang betul malah tempat latihannya sendiri, Pusat Eco-Adventure, bagi membantu orang baru, amatur hinggalah profesional," katanya.
Kem itu juga akan merangkumi tempat rehat dan rawat bagi pengunjung serta pendaki iaitu Eco-Adventure Boutique Accommodation selain kafe dalam hutan untuk mereka yang ingin menikmati makanan atau minuman ringan.
Dengan keluasan keseluruhan 23,094 kaki persegi dan kawasan binaan seluas 9,880 kaki persegi, Kem Induk Mendaki Batu Perlis @ Gua Kelam terdiri daripada 40 bilik yang boleh menampung empat orang sebilik dan 10 khemah premium yang mampu memuatkan empat individu setiap satunya serta diurus oleh MyEco Discovery Sdn Bhd.
Seorang peminat sukan mendaki batu tempatan Alif Ahmad pula berkata beliau gembira kem induk itu akan dibina bagi menyokong komuniti yang menggemari aktiviti itu.
"Pastinya ia akan menjadi nilai tambah yang besar apabila para pendaki menilai lokasi pendakian. Malaysia berpotensi menjadi hab mendaki batu di peringkat antarabangsa sekiranya terdapat kemudahan dan infrastruktur yang lebih baik untuk menyokong sukan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Kem Induk Mendaki Batu Perlis @ Gua Kelam terdiri daripada 40 bilik dan 10 khemah premium. - Gambar fail
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
FIM MiniGP Dunia: Qabil Irfan, Qayyim Razin ke Aragon berbekal keyakinan tinggi
"Saya dengar pelumba di sana 'main kasar' dan saya perlu begitu juga. Tapi tidak boleh sampai membahayakan pelumba lain."
KUSKOP cadang anjur karnival usahawan wanita sempena kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencadangkan agar satu karnival usahawan wanita diadakan sewaktu kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.
Tarikh pilihan raya umum belum ditetapkan - PM Singapura
Lawrence Wong berkata beliau mempunyai "masa sehingga hujung tahun depan" untuk menentukannya.
Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.
It’s About YOUth: Supporting young families
Rising childcare and education costs in Malaysia are pushing many young couples to delay or forgo having children. UNFPA’s Lee Min Hui and PJ Lestari advocate Nur Hafizah Noslan discuss potential government strategies to ease the pressures on young parents. #ItsAboutYOUth
Kes demam denggi menurun pada ME 44, satu kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 1,346 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) 44 bagi tempoh 27 Okt hingga 2 Nov lepas berbanding 1,521 kes pada minggu sebelumnya.
AWANI Ringkas: Wanita dikhuatiri lemas, motosikal ditemukan di tebing sungai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 8th Nov 2024
#AWANITonight 8 Nov 2024 with Saraya Mia
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
- U Mobile's selection for second network final - Fahmi Fadzil
- Govt has backup plan if Malbatt has to withdraw from Lebanon
#AWANIEnglish #AWANINews
Mendaki batu di Gua Kelam mampu rangsang aktiviti pelancongan, ekonomi tempatan
Perlis dijangka mampu merangsang sektor pelancongan bertemakan penjelajahan melalui pewujudan kem induk bagi aktiviti mendaki batu di Gua Kelam, Padang Besar.