AUTONOMI kesihatan, mekanisme pelaksanaan projek bawah RM50 juta dan penurunan kuasa Persekutuan kepada jabatan dan agensi negeri dijangka menjadi mauduk perbincangan dalam mesyuarat Majlis Tindakan MA63, yang akan berlangsung di Bilik Majlis Raja-Raja di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Jumaat.
Jika masa mengizinkan, mungkin akan disentuh sedikit agenda persempadanan pilihan raya Dewan Undangan Negeri dan Parlimen. Sabah dan Sarawak sebelum ini menuntut agar penjajaran semula dengan agihan sama rata kerusi di antara tiga wilayah terlibat -- bagi memastikan keadilan ketika proses pengundian berlaku di Dewan Rakyat.
Maklumat membisikkan sudah ada titik persetujuan awal bahawa proses ini akan berlaku selewat-lewatnya pada 2026.
Mungkin juga dilanjutkan dengan formula dan mekanisme pengiraan geran tahunan kepada Sabah dan Sarawak, selain tarikh penting pewartaan kedua-duanya sebagai "wilayah", setelah keputusan mengenainya dimuktamadkan dalam perbincangan yang lalu.
Dengan banyak agenda yang menanti dimuktamadkan, kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempengerusikan mesyuarat ini amat dinanti.
Anwar sendiri sudah pasti mahu meletakkan titik noktah terhadap apa jua perkara yang melingkari MA63 sekian lama. Perkara ini telah membabitkan lima Perdana Menteri -- sejak penafian hak kedua-dua negeri ini pertama kali didedahkan Allahyarham Tok Nan.
Ketika ini, rakyat di seluruh negara, terutamanya dari kedua-dua negeri Borneo itu mengharapkan isu ini dapat diselesaikan segera.
Mereka mahu hak yqng seharusnya dimiliki ketika persetujuqn penubuhan Malaysia direalisasikan dan bukan sekadar tertulis atau ditandatangani di atas dokumen.
Apatah lagi setelah Anwar memanjangkan tanggungjawab ini ke atas bahu Timbalannya; yang juga anak jati Sarawak, Datuk Seri Fadillah Yusof, yang dilihat lebih memahami akan latar dan keperluan tuntutan hak itu. Kerana itu Fadillah secara terang-terangan sebelum ini mahu isu ini diselesaikan dalam satu bulan.
Bagi Anwar, jadual kunjungannya ke Sarawak kali ini tidak seperti sebelumnya. Beliau tidak terkejar-kejar menghadiri mesyuarat parti sebelum berebut ke lapangan terbang, seperti dua kunjungan terakhir ke Kuching.
Kali ini beliau hadir sebagai pemimpin utama kerajaan; perkara yang kali terakhir dilakukannya 25 tahun yang lalu, atas kapasiti Timbalan Perdana Menteri dalam kabinet Tun Mahathir Mohamad, sebelum dipecat pada 2 September 1998.
Sebagai Perdana Menteri yang lama berada di blok pembangkang, beliau pasti memahami, malah merasai denyut nadi rakyat kedua-dua negeri ini, yang dilaungnya sebagai agak ketinggalan.
Justeru mesyuarat ini penting, bukan sahaja untuk memastikan pemulangan hak, malah menambah baik agar sejajar dengan keperluan semasa. Inilah waktunya untuk garis dilakar bagi menentukan apa sebenarnya beza di antara "wilayah" dan "negeri" bagi mempermudahkan semua pihak untuk "move on".
Setelah 60 tahun bersama membentuk Malaysia, pulau seberang Laut China Selatan ini telah mencipta sejarah apabila diberi peluang menduduki kerusi Timbalan Perdana Menteri.
Manakala di Sarawak, tiada lagi istilah Ketua Menteri, bagi menjustifikasikan kedudukan negeri itu yang berstatus wilayah.
Kerana itu, mesyuarat ini dilihat amat signifikan sebagai langkah pemula kepada Malaysia bentuk baharu; yang akan melihat usaha yang lebih gigih untuk mencipta "quantum leap" bagi membolehkan pembangunan di Sabah dan Sarawak diganda dan disegerakan, setara dengan tanah Semenanjung.
Semua pihak harus sedar, apabila Jakarta memilih Nusantara di Kalimantan Timur sebagai ibu negaranya yang baharu, bermakna potensi Borneo untuk menjadi lubuk emas baharu adalah besar.
Malaysia perlu melihat serius perkara ini, kerana tidak mustahil, suatu ketika kelak, salah satu daerah di Baram mahupun di Kapit mungkin berpotensi menjadi Putrajaya baharu bagi Malaysia.
Kunjungan selepas 24 tahun tidak berada di dalam kerajaan, pasti sesuatu yang mengujakan bagi Anwar.
Beliau pernah menolak permintaan pembangunan yang dibawa oleh Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar suatu ketika dahulu ketika menjadi Menteri Kewangan, kerana tiada keperluan.
Situasi sekarang berbeza, dan kita amat berharap ia tidak lagi berulang. Kerana Anwar, sejak menduduki kerusi berpusing di Putrajaya, sudah membayangkan, beliau ada dimensi baharu untuk kedua-dua negeri itu.
Yang jelas, rakyat Sarawak tidak sabar menerima Perdana Menteri kesepuluh ini, terutama untuk makan bersama "pengilan" selepas solat Jumaat, esok.
Ia tradisi rakyat negeri itu yang sentiasa menerima dengan tangan terbuka, siapa pun yang menjadi pemimpin negara.
Dan semoga kehadiran beliau penuh dengan buah tangan, kerana bukan selalu individu yang bergelar Perdana Menteri dapat hadir kerap ke kedua-dua negeri yang terasing ini.
Rudi Affendi Khalik
Thu Jan 19 2023

Ketiga-tiga pemimpin ini akan menghadiri Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching pada Jumaat.
Grab Malaysia, SDEC meterai MoU
Grab menjelaskan sebagai pengiktirafan kepada peranan penting digitalisasi dalam ekonomi Sarawak yang sedang berkembang, perjanjian itu bertujuan memanfaatkan keupayaan teknologi dan aplikasi Grab.
Penyasaran subsidi ambil kira harga pasaran
Pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 kelak akan membabitkan penetapan harga pam yang mengambil kira harga pasaran iaitu sama seperti pelaksanaan ke atas diesel.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata penerima subsidi RON95 meliputi 85 peratus pengguna warganegara akan terus menikmati RON95 bersubsidi.
Bagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata penerima subsidi RON95 meliputi 85 peratus pengguna warganegara akan terus menikmati RON95 bersubsidi.
Proton e.MAS 7 kuasai 25 peratus pasaran EV negara
e.MAS 7 kini menguasai 25 peratus bahagian pasaran EV tempatan, menjadikannya antara model paling popular dalam segmen ini.
Garis panduan baharu penyediaan RMK13 tangani ketirisan, kelewatan projek - Rafizi
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata langkah itu, bertujuan menambah baik dan memperkemas proses pelaksanaan projek pembangunan kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan beberapa pendekatan baharu yang menekankan kawalan kos untuk mengelakkan ketirisan, pembaziran kewangan dan kelewatan projek di seluruh negara.
Institusi tempatan kekal sokong Bursa Malaysia
Institusi tempatan terus menjadi pemacu utama di Bursa Malaysia, merekodkan minggu belian bersih ke-19 berturut-turut dengan aliran masuk kukuh sebanyak RM817.4 juta dalam ekuiti domestik, meningkat ketara daripada RM316.3 juta pada minggu sebelumnya.
BNM dijangka mengekalkan OPR 3.00 peratus Khamis ini
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus pada mesyuaratnya Khamis ini dalam usaha menyokong pertumbuhan di tengah-tengah persekitaran luaran yang mencabar.
KKM lancar WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad melancarkan WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan di talian 012-8484378.
Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.
Jelasnya, ia bagi memastikan keselamatan makanan menjadi tanggungjawab bersama dan aduan dapat disampaikan secara langsung.

Trump bincang henti bantuan ketenteraan kepada Ukraine - Laporan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan pertemuan dengan pegawai AS untuk mempertimbangkan dan kemungkinan mengambil beberapa langkah terhadap Kiev.
Sekatan Israel langgar undang-undang antarabangsa - Liga Arab
Parlimen Arab mengecam tindakan sekatan bantuan kemanusiaan yang dilakukan oleh Israel dan menyifatkan ia sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Orang ramai serbu bazar, walaupun kenaikan harga
Hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa menyaksikan orang ramai berpusu-pusu mencari makanan dan juadah berbuka di Bazar Ramadhan Stadium Sultan Muhamad ke-IV

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.

Presiden FAM jumpa PM Anwar, kongsi agenda terkini bola sepak negara
Mohd Joehari menekankan hasrat memperkasakan pembangunan peringkat remaja dan akar umbi kepada Perdana Menteri.

PM Anwar beri sumbangan kepada nelayan di Kampung Cherating Baru
Sumbangan termasuk wang tunai dan kerja-kerja baik pulih rumah Mustafa yang uzur akan segera dilaksanakan.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PM Anwar beri bantuan kepada 166 penerima di DUN Beserah, Semambu
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.