MELAKA: The Royal Press mungkin tidak membawa apa-apa maksud kepada generasi muda hari ini, namun syarikat itu sebenarnya banyak berjasa dalam menyediakan khidmat pencetakan 'letterpress' seawal tahun 1900 di negeri ini.
'Letterpress' merujuk kepada teknik mencetak yang menggunakan blok karakter yang disusun dan disapu cat pada permukaannya, seterusnya ditekap pada kertas.
Kini dikenali sebagai Muzium The Royal Press yang terletak di No 29, Jalan Hang Jebat (berhampiran pasar malam Jonker Street), di sini, apa yang lebih membanggakan ia adalah antara Muzium Percetakan Letterpress Polyglot (pelbagai bahasa) yang tertua di dunia dan satu-satunya yang ada di Malaysia.
Selain masih menyimpan baik beberapa blok karakter pelbagai bahasa antaranya Roman (Melayu dan Inggeris), Arab, Cina dan Tamil, terdapat juga mesin cetak pelbagai versi yang dibeli dan digunakan sejak zaman pramerdeka Tanah Melayu yang boleh didapati di muzium ini.
TUJUH DEKAD BEROPERASI
Mengimbau sejarah, nama The Royal Press diambil daripada peribahasa Cina (Luo Yang Zhi Gui) yang bermaksud, 'kertas di Luo Yang mahal sekali'. (Luo Yang sebelum ini pernah dijadikan ibu negara China sebelum Beijing). Sebutan 'Luo Yang' hampir sama dengan Royal.
The Royal Press bermula sebagai syarikat percetakan pada tahun 1938 apabila bapa kepada pengasas syarikat berkenaan Ee Joo Guat iaitu mendiang Ee Lay Swee, membeli mesin cetak model 'Hand-Fed Jobbing Platen Press'.
Menurut pengurus dan pemandu pelancong Muzium The Royal Press, Muhammad Al-Amin Mohd Fadeli, mesin cetak terus ditambah dari semasa ke semasa dan ada catatan yang merekodkan terdapat mesin yang beli pada sekitar tahun 1940-an dan 1950-an.
"Ketika itu, tiada syarikat percetakan di Melaka yang mempunyai mesin seperti di The Royal Press.
"Memandangkan teknik pencetakan yang teliti dan pantas menghasilkan produk berkualiti, permintaan ketika itu sangat tinggi, dengan harga bermula sekitar satu sen bagi cetakan surat khabar pada tahun sebelum 1957," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
"Syarikat The Royal Press bagaimanapun terpaksa menamatkan operasinya pada tahun 2010 disebabkan pelbagai faktor antaranya persaingan yang semakin sengit apabila tempahan berkurangan kerana ramai beralih kepada teknik pencetakan moden.
"Bayangkan, daripada mempunyai 50 orang pekerja pada satu masa, akhirnya hanya lima orang sahaja yang kekal sebelum turut berhenti sepenuhnya pada hujung tahun 2009," katanya, menambah sebelum tahun 2000, pekerja di The Royal Press dikatakan penerima gaji paling lumayan iaitu antara RM320 hingga RM470 sebulan, bergantung pada tugasan.
Lebih kurang tujuh dekad beroperasi sejak 1938 hingga 2010, pelbagai bahan cetakan dihasilkan menerusi teknik 'letterpress' termasuklah buku sekolah, dokumen kerajaan, surat khabar, label pada botol, kalendar serta tiket bas dan wayang.
LEBIH 150,000 BLOK ACUAN
Pada tahun 2013 hingga 2015, The Royal Press dikenali sebagai The Royal Press Living Museum (muzium hidup-masih menjalankan fungsi asalnya dan memberi pengalaman kepada pengunjung untuk melihat sendiri proses pencetakan dilakukan) dan kemudian dijadikan muzium sejak 2019.
Kebanyakan mesin cetak yang ada di muzium yang asalnya adalah premis percetakan dua tingkat dengan keluasan hampir 186 meter persegi itu masih berfungsi dengan baik sehingga kini, termasuklah mesin Glockner-Mercedes yang bertarikh 1956.
"Paling utama ialah mesin Linotype Model 78 yang dibuat pada tahun 1961, iaitu mesin cetak yang menghasilkan acuan huruf dalam satu baris dengan menggunakan cecair aloi.
"Ia diperbuat di England, diimport sekitar 1960-an dan melaluinya, industri pencetakan mengalami perubahan ketara daripada aspek kepantasan. Malah perkataan 'line-o-type' diambil daripada fungsi mesin ini yang menghasilkan keseluruhan baris jenis logam yang kemudiannya menjadi acuan berbentuk huruf dalam satu baris," jelas Muhammad Al-Amin.
Era kegemilangan pencetakan 'letterpress' turut menyaksikan The Royal Press mewujudkan sebuah 'perpustakaan' atau bilik kompos bagi memudahkan petugas ketika itu mencari huruf pada blok cetakan memandangkan terdapat lebih 150,000 blok acuan metal terhasil yang terdiri daripada empat karakter tulisan bahasa Roman, Arab, Cina dan Tamil.
"Jadi bayangkan betapa cekapnya pekerja ketika itu. Bukan saja perlu tahu kedudukan blok perkataan tetapi juga perlu mempunyai mata yang tajam untuk membaca tulisan pada blok tersebut.
"Ini kerana terdapat pelbagai saiz yang disebut 'point' dan 'font' mengikut karakter bahasa yang dimahukan pelanggan. Dalam simpanan kami, point paling kecil adalah enam manakala 72 adalah point paling besar," jelasnya.
Beliau menambah, setiap laras ketebalan hasil cetakan yang timbul adalah 'signiture' tersendiri yang dihasilkan oleh setiap petugas.
"Disebabkan itu setiap hasil cetakan tidak akan sama dan mempunyai identiti tersendiri kerana ada beza tebal dan nipis pada huruf yang dicetak. Kita boleh tahu dengan cara menyentuh dengan jari atau melihat kertas pada aras mata," katanya.
HARGAI WARISAN
Mengakui seni cetakan 'letterpress' semakin dilupakan dengan kewujudan pelbagai mesin dan teknik cetakan moden, Muhammad Al-Amin menyifatkan melupakan seni yang dianggap sebagai kraf warisan ini adalah sesuatu yang menyedihkan.
Bukan sahaja fungsi mesin itu akan 'mati' begitu sahaja, malahan pakar dan pekerja yang mahir mengendalikan mesin serta teknik cetakan tersebut sejak bergenerasi lamanya juga semakin pupus seiring peredaran zaman.
Untuk mengelakkan keadan itu daripada berlaku, generasi ketiga The Royal Press iaitu Ketua Pegawai Eksekutifnya Ee Soon Wei, giat memulihara warisan keluarganya dengan memastikan mesin, bahan mencetak dan muzium itu sendiri berada dalam keadaan terbaik untuk generasi hari ini.
"Cabaran utama adalah untuk mendapatkan alat ganti jika ada mana-mana bahagian yang rosak memandangkan mesin ini sudah tidak ada lagi pengeluarannya. Kita juga mempunyai juruteknik khas yang akan melakukan penyelenggaraan berkala seperti meletakkan minyak gris dan mencuci habuk atau kotoran pada mesin," katanya, menambah muzium berkenaan menjurus kepada pameran persendirian (private exhibition).
Menurut beliau, pihaknya mahu warisan tersebut terus diingati dan dihargai kerana tanpa tindakan sewajarnya seperti menjadikannya sebagi muzium, generasi muda tidak akan mengenali mesin yang pernah mencetak pelbagai bahan, yang ada antaranya merupakan sebahagian daripada sejarah negara.
The Royal Press juga sedang menyusun rancangan untuk mengadakan bengkel khususnya untuk generasi muda merasai pengalaman menggunakan mesin 'letterpress'.
"Banyak rancangan sedang direncanakan namun ia akan dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keadaan. Cuma sekarang, kita mengharapkan lebih ramai pengunjung datang ke muzium ini untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman 'bekerja' dalam bidang pencetakan," katanya.
-- BERNAMA / Shanika Abdullatib
Bernama
Thu Jun 30 2022
Pemandu pelancong Muzium The Royal Press Muhammad Al-Amin Mohd Fadeli memberi penerangan mengenai fungsi mesin Linotype Model 78 yang dibuat pada 1961 ketika tinjauan di galeri The Royal Press. - Foto BERNAMA/Zulhilmi Daud
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Memulihara seni warisan cetakan 'letterpress'
'Letterpress' merujuk kepada teknik mencetak yang menggunakan blok karakter yang disusun dan disapu cat pada permukaannya, seterusnya ditekap pada kertas.