KUALA LUMPUR: Memorandum Transformasi Parlimen telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini selaras dengan komitmen yang dibuat antara kerajaan dan pembangkang pada Februari lepas.
Kenyataan bersama Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara dan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan memorandum itu disampaikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.
"Perdana Menteri menyambut baik usaha tersebut dan memaklumkan kepada kedua-dua Yang Dipertua bahawa penelitian khusus akan dilakukan termasuk pandangan objektif Jemaah Menteri dan pihak berwajib yang lain," menurut kenyataan itu.
Katanya Jawatankuasa Transformasi Parlimen yang dipengerusikan Rais sejak setahun lepas telah menyelesaikan kerja-kerja semakan perundangan ke arah menjadikan Parlimen bebas daripada kepentingan dan kuasa mana-mana pihak termasuk Eksekutif.
"Memorandum itu juga mengesyorkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperbaharui dan dilunaskan dengan segera supaya konsep Asingan Kuasa benar-benar dilaksanakan dan bersekali menjaga kepentingan penjawat awam yang berkhidmat di bawah Parlimen kini," menurut kenyataan itu.
Selain itu, penyampaian memorandum tersebut menyentuh beberapa pindaan kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk mengendalikan isu berkaitan kelakuan, kanun etika dan tata disiplin setiap Ahli Parlimen di kedua-dua Dewan.
"Kedua-dua Speaker Parlimen dan Perdana Menteri juga membincangkan tentang potensi menjadikan 'rasa juang negara' dalam kalangan peserta Parlimen Belia melalui sebaran dan serapan nilai-nilai Rukun Negara yang kini didapati tiada promosi dalam kalangan masyarakat," menurut kenyataan itu.
Rais turut memaklumkan Anwar akan bertemu pimpinan Dewan Negara dalam tempoh terdekat bagi melunaskan beberapa hal dan isu berkaitan Senat sebagai Dewan Tertinggi Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 29 2022

Jawatankuasa Transformasi Parlimen telah menyelesaikan kerja-kerja semakan perundangan ke arah menjadikan Parlimen bebas daripada kepentingan dan kuasa mana-mana pihak termasuk Eksekutif. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Memorandum Transformasi Parlimen telah diserah kepada PM
Memorandum Transformasi Parlimen telah diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini selaras dengan komitmen yang dibuat antara kerajaan dan pembangkang pada Februari lepas.